October 24, 2020

Nik Nock

Blogger Malaysia

Kedai Perabot Online Izzahrra | Usahawan PeDAS

Kedai-perabot-online-Izzahrra

Boleh ke kita membeli perabot secara online tanpa ke kedai? Dengan peredaran zaman sekarang, pembelian perabot rumah secara online kini semakin mendapat sambutan. Seperti yang disediakan oleh Kedai Perabot Online Izzahrra.

Untuk membeli barangan kelengkapan rumah seperti almari, sofa dan meja makan, kebiasaannya kita akan ke kedai perabot utuk memilih rekabentuk dan size yang dikehendaki.

Ianya lebih menyakinkan kerana kita dapat melihat fizikal perabot tersebut di depan mata. Kita juga dapat mencuba dan menguji ketahanan perabot sebelum membuat pembelian.

Namun kini, seperti juga barangan dagangan yang lain, perabot juga boleh dibeli secara online. Cuma perlulah kita pastikan kedai atau pengusaha perabot tersebut boleh dipercayai dan menyakinkan.

Antara pengusaha perabot secara online yang kian mendapat kepercayaaan adalah Kedai Perabot Online Izzahrra yang diusahakan oleh Usahawan Bumiputera iaitu Puan Izzati Mohamad Amran.

Puan Izzati telah pun hampir lima (5) tahun menjalankan perniagaan Perabot secara online ini. Beroperasi di bawah syarikat miliknya sendiri iaitu Izzahrra Enterprise, beliau ingin menjadikan syarikatnya sebagai Kedai Perabot Online yang paling dipercayai di Malaysia.

Seterusnya mengembangkan perniagaan perabot online nya ke seluruh Malaysia agar semua orang dapat membeli perabot secara online tanpa perlu ke kedai.

Buat masa ini Puan Izzati menyatakan bahawa, syarikat Izzahrra Enterprise membuat penghantaran perabot ke seluruh negeri Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka.

Beliau berharap agar suatu masa nanti perniagaannya akan memudahkan rakyat Malaysia membeli perabot secara online.

Izzahrra Enterprise membekalkan pelbagai jenis perabot bagi kelengkapan rumah, pejabat, hotel dan homestay.

Kedai Perabot Online Izzahrra
Kedai Perabot Online Izzahrra Enterprise

Kelebihan Kedai Perabot Online Izzahrra

(1) Syarikat Milik Bumiputera

Kebolehpercayaan kepada syarikat yang berdaftar terutamanya mempunyai banyak testimoni dan maklum balas yang bagus daripada pelanggan.

(2) Membekal Pelbagai Jenis Perabot

Izzahrra Enterprise membekalkan pelbagai jenis perabot seperti Sofabed, katil, tilam, almari, sofa, meja dan lain-lain.

Pelbagai jenis perabot di Kedai Perabot Online Izzahrra
Pelbagai Jenis Meja Dari Izzahrra Enterprise

(3) Penghantaran & Pos Percuma

Izzahrra Enterprise menyediakan perkhidmatan penghantaran terus ke rumah pelanggan secara percuma.

Kawasan penghantaran adalah meliputi seluruh Negeri Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan.

Mereka juga menghantar pesanan perabot dengan pos juga secara percuma

(4) Pemasangan Percuma

Kedai Perabot Online Izzahrra juga menyediakan perkhidmatan pemasangan perabot secara percuma untuk semua pelanggan mereka.

Oleh itu, pelanggan tidak perlu risau mengenai perihal bagaimana nak memasang perabot yang dibeli.

(5) Perabot Berkualiti

Membekalkan perabot terbaik & berkualiti khas untuk pelanggan adalah jaminan daripada Kedai Perabot Online Izzahrra.

Oleh kerana itulah, ramai pelanggan mereka yang berpuas hati dengan kualiti perabot yang dibeli daripada Izzahrra Enterprise.

(6) Jaminan Order mesti sampai

Bagi setiap tempahan dan pembelian perabot yang diterima, Izzahrra memberikan jaminan bahawa setiap order tersebut mesti akan sampai kepada pelanggan.

Pelanggan tidak perlu risau kerana mereka mempunyai testimoni dan bukti-bukti kebolehpercayaan kepada perkhidmatan yang mereka berikan.

(7) Deposit Rendah

Untuk menempah dan membuat pembelian perabot, Izzahrra Enterprise hanya mengenakan caj deposit yang rendah untuk menjamin pesanan yang dibuat sebelum mereka membuat penghantaran.

(8) Menjimatkan Masa dan Kos Pelanggan

Dengan pembelian perabot secara online, ianya dapat menyenangkan pelanggan kerana tidak perlu ke kedai dan tidak perlu parking untuk memilih perabot.

Secara tidak langsung pelanggan bukan sahaja dapat menjimatkan masa malah dapat mengurangkan kos petrol untuk perjalalan.

Meraka hanya perlu memilih perabot daripada katalog yang disediakan yang disertakan dengan butiran material, saiz dan warna perabot yang ditawarkan.

(9) Harga Yang Berpatutan

Kedai Perabot Online Izzahrra dapat menawarkan harga yang amat berpatutan kepada pelanggan mereka kerana mereka dapat mengurangkan kos kedai dan kos pekerja.

Antara Koleksi Perabot Izzahrra

Kedai Perabot Online Izzahrra menyediakan pelbagai jenis perabot yang sedia untuk dipilih oleh pelanggan.

Antara koleksi perabot yang disediakan oleh Izzahrra adalah seperti berikut;

  • Perabot Jati
  • Set Bilik Tidur
  • Sofa
  • Almari
  • Tilam
  • Meja Makan
  • Kabinet TV
  • Drawer
  • Kerusi
  • Katil
Koleksi Kedai Perabot Online Izzahrra
Koleksi Kedai Perabot Online Izzahrra
Koleksi Kedai Perabot Online Izzahrra

Testimoni Pelanggan Izzahrra Enterprise

Kedai Perabot Online Izzahrra sememangnya telah mempunyai ramai pelanggan yang berpuas hati dengan perkhidmatan yang mereka berikan.

Bukan sahaja terhadap kualiti perabot yang mereka terima, malah harga yang sangat berpatutan dan menjimatkan.

Buat kawan-kawan yang ingin mendapatkan perabot secara Online, bolehlah menghubungi pihak Izzahrra untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai koleksi perabot mereka.

Pihak Izzahrra menyediakan penghantaran ke seluruh negeri Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan serta pengeposan ke seluruh Malaysia. Mereka boleh dihubungi melalui LINK wasap yang berikut;

KLIK DI SINI UNTUK WASAP IZZAHRRA

Atau boleh mengunjungi Facebook Izzahrra untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai koleksi perabot mereka.

Facebook Izzahrra

Nik Nock kongsikan juga LINK media sosial, nombor telefon dan lain-lain maklumat untuk berhubung dengan pihak IZZAHRRA.

FACEBOOK IZZAHRRA
INSTAGRAM IZZAHRRA
NO TELEFON
017-3370507
(PUAN IZZATI)
WASAP IZZAHRRA

Terima kasih kepada Usahawan IZZAHRRA yang mempunyai wawasan untuk memperkembangan perniagaan perabot secara online. Semoga usaha IZZAHRRA terus diberikan kejayaan yang berkekalan. Aameen.

Nik Nock

Artikel lain yang boleh di baca berhubung IZZAHRRA boleh KLIK pada link yang berikut;

Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS