September 28, 2020

Nik Nock

Blogger Malaysia

Tips Menghias Ruang Tamu | Izzahrra PeDAS

Tips-menghias-ruang-tamu

Antara ruang yang penting dalam satu rumah adalah ruang tamu kan. Biasanya ruang tamu menjadi ruangan utama tempat keluarga berkumpul dan menghabiskan masa. Jadi, tips menghias ruang tamu juga penting untuk memastikan ruang tersebut menarik dan selesa.

Bukan sahaja menjadi ruang untuk aktiviti keluarga, ruang tamu juga menjadi tempat untuk meraikan tetamu yang datang ke rumah. Jadi ia mestilah sentiasa kemas dan bersedia menerima kunjungan tetamu.

Kebanyakan rumah boleh dikatakan ruang tamu adalah ruang utama yang kita jumpa apabila memasuki rumah. Suasana ruang yang cantik, tenang dan selesa amat penting terutama bila balik dari kerja dan memasuki ruang yang boleh menghilangkan penat ternyata penting.

Terdapat pelbagai tema, gaya dan konsep ruang tamu yang dihasilkan mengikut citarasa tuan rumah. Ada yang memilih gaya moden, gaya tradisional dan juga kontemporari.

Bagi yang berkemampuan, bolehlah menggunakan perkhidmatan pakar seperti Interior Designer untuk mencatikkan ruang tamu di rumah. Namun ada juga yang memilih untuk menghias sendiri ruang tamu kerana bajet serta minat.

Setiap orang mempunyai citarasa dan minat yang tersendiri. Idea bagi tips hiasan ruang tamu yang berbeza akan menghasilkan ruangan yang berbeza bagi setiap rumah. Ianya juga bergantung kepada status dan size keluarga masing-masing.

Ada yang bujang mungkin tips menghias ruang tamu berbeza dengan orang yang berkeluarga. Begitu juga dengan rumah yang kecil pastinya berbeza dengan rumah dan ruang yang lebih besar.

Bilakah masanya yang sesuai untuk mengubahsuai ruang tamu? Selalunya kita akan mula berfikir untuk mengubah dan menghias ruang tamu bergantung kepada beberapa perkara yang berikut;

  • Memasuki rumah baru
  • Bosan dengan ruang tamu sedia ada
  • Bilangan ahli keluarga bertambah
  • Memerlukan perubahan suasana
  • Memerlukan lebih keselesaan
  • Bila tiba musim perayaaan

Antara elemen yang mesti diambilkira untuk tips menghias ruang tamu adalah seperti konsep, warna, perhiasan dan juga perabot.

Tips Menghias Ruang Tamu Yang Lebih Selesa

Kali ini Nik Nock kongsikan antara idea dan tips menghias ruang tamu untuk menjadikannya lebih selesa dan cantik.

Tips Menghias Ruang Tamu agar cantik dan selesa

(1) Tentukan Konsep Ruang Tamu

Apabila kita sudah bersedia untuk mula menghias ruang tamu, tips menghias ruang tamu yang perlu dibuat dahulu adalah menentukan konsep dan gaya deco yang kita mahukan.

Antara konsep yang menjadi pilihan ramai adalah seperti gaya English, Jepun, Melayu, Klasik, Moden, Vintage dan sebagainya.

Kalau tiada konsep yang spesifik, gaya padan dan suai (mix and match) juga adalah antara pilihan yang sesuai dan tidak terikat dengan bajet dan pemilihan hiasan.

(2) Pilih Warna Dinding Ruang Tamu

Setelah menentukan konsep yang dikehendaki, tips menghias ruang tamu yang seterusnya adalah memilih warna dinding untuk ruang tamu.

Selain dapat memberikan wajah baru kepada ruang tamu, cat juga boleh mengubah suasana ruang tamu yang sedia ada. Ianya juga dapat mempengaruhi emosi dan mood kepada kita.

Selain cat, kita juga boleh menggunakan pelekat dinding atau wall paper yang menjadi pilihan ramai masa kini.

Warna juga dapat memberikan kesan kepada keluasan ruang tamu yang ada. Seperti warna yang cerah akan menampakkan ruang yang lebih besar, warna gelap memberikan pengaruh kepada ruang sempit manakala warna cerah memberikan tenaga yang penuh untuk seisi keluarga.

(3) Menentukan Titik Fokus Dinding Ruang Tamu

Titik fokus dinding atau ‘feature wall’ adalah fokus atau bahagian dinding yang menjadi fokus utama apabila kita memasuki ruang tamu.

Ianya penting kerana bahagian tersebut selalunya menjadi perhatian di ruang tamu. Jadi ianya mestilah dihias dengan warna dan hiasan seperti frame gambar yang sesuai.

(4) Menghias Dinding

Setelah menentukan titik fokus dinding pada ruang tamu, tips menghias ruang tamu seterusnya, kita mestilah pula menghias dinding tersebut dengan warna yang sesuai.

Warna dinding pada titik fokus boleh dipilih warna yang sama atau berbeza dengan dinding yang lain.

Kita juga boleh meletakkan hiasan di dinding tersebut seperti frame gambar yang menarik.

(5) Pengcahayaan Yang Sesuai

Cahaya adalah antara elemen yang penting dalam tips menghias ruang tamu. Pemilihan lampu dan pencahayaan yang betul akan mengubah suasana ruang tamu yang lebih menarik dan selesa.

Oleh itu kita mesti tentukan kedudukan lampu, jenis lampu dan warna lampu yang bersesuaian dengan ruang tamu rumah.

Tips Menghias Ruang Tamu guna hiasan dan lampu yang sesuai
Ruang Tamu Dihias Dengan Hiasan Dinding dan Lampu Yang Sesuai

(6) Kemasan dan Hiasan Lantai

Lantai di ruang tetamu mestilah selesa dan sesuai dengan keadaan ruang tamu. Lantai jenis Vinyl adalah antara jenis lantai yang popular masa kini. Ini adalah kerana bukan sahaja cantik malah ianya senang untuk dibersihkan.

Lantai ini juga boleh dipasang sendiri bagi yang ingin menjimatkan kos. Selain itu, lantai ruang tamu yang sedia ada juga masih boleh dihiaskan dengan karpet yang sesuai.

(7) Hiasan Tingkap

Sekiranya ruang tamu rumah meliputi juga tingkap, bolehlah menghias tingkap dengan langsir atau bidai yang bersesuaian.

Pilih langsir dengan warna dan material yang sesuai untuk memastikan cahaya boleh memasuki ruang tamu dengan baik adalah juga tips menghias ruang tamu.

(8) Perabot Yang Sesuai

Perkara terakhir untuk tips menghias ruang tamu adalah Pemilihan perabot mestilah yang bersesuaian dengan ruang dan keperluan keluarga.

Jika ruang yang sempit bolehlah memilih perabot yang muat dengan ruangan yang selesa.

Begitu juga pemilihan perabot untuk keluarga yang besar, mestilah ada ruangan untuk anak-anak bermain dengan selesa.

Jenis-jenis perabot yang sesuai untuk diletakkan di ruang tamu adalah seperti sofa, meja, kusyen, kabinet tv dan sebagainya.

Selamat Mencuba Tips Menghias Ruang Tamu !!

Antara tips menghias ruang tamu yang penting adalah pemilihan perabot yang sesuai untuk diletakkan di ruang tamu mengikut size ruang dan keperluan keluarga.

Oleh itu, kita perlu memilih perabot yang bersesuaian agar ruang tamu lebih cantik dan selesa untuk menjadi tempat berehat bersama keluarga.

Antara pengusaha perabot yang menawarkan pembelian perabot secara online adalah Izzahrra Enterprise.

Antara Koleksi Perabot Izzahrra

Kedai Perabot Online Izzahrra menyediakan pelbagai jenis perabot yang sedia untuk dipilih oleh pelanggan.

Antara koleksi perabot yang disediakan oleh Izzahrra adalah seperti berikut;

  • Set Ruang Tamu
  • Perabot Jati
  • Set Bilik Tidur
  • Sofa
  • Almari
  • Tilam
  • Meja Makan
  • Kabinet TV
  • Drawer
  • Kerusi
  • Katil
Tips Menghias Ruang Tamu Set Ruang Tamu Izzahrra
Koleksi Ruang Tamu Izzahrra
Tips Menghias Ruang Tamu Set Ruang Tamu Kayu Jati
Koleksi Ruang Tamu Kayu Jati Izzahrra

Testimoni Pelanggan Izzahrra Enterprise

Kedai Perabot Online Izzahrra sememangnya telah mempunyai ramai pelanggan yang berpuas hati dengan perkhidmatan yang mereka berikan.

Bukan sahaja terhadap kualiti perabot yang mereka terima, malah harga yang sangat berpatutan dan menjimatkan.

Buat kawan-kawan yang ingin mendapatkan perabot secara Online, bolehlah menghubungi pihak Izzahrra untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai koleksi perabot mereka.

Pihak Izzahrra menyediakan penghantaran ke seluruh negeri Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan serta pengeposan ke seluruh Malaysia. Mereka boleh dihubungi melalui LINK wasap yang berikut;

KLIK DI SINI UNTUK WASAP IZZAHRRA

Atau boleh mengunjungi Instagram Izzahrra untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai koleksi perabot mereka.

Instagram Izzahrra

Nik Nock kongsikan juga LINK media sosial, nombor telefon dan lain-lain maklumat untuk berhubung dengan pihak IZZAHRRA.

FACEBOOK IZZAHRRA
INSTAGRAM IZZAHRRA
NO TELEFON
017-3370507
(PUAN IZZATI)
WASAP IZZAHRRA

Terima kasih kepada Usahawan IZZAHRRA yang mempunyai wawasan untuk memperkembangan perniagaan perabot secara online. Semoga usaha IZZAHRRA terus diberikan kejayaan yang berkekalan. Aameen.

Nik Nock

Artikel lain yang boleh di baca berhubung IZZAHRRA boleh KLIK pada link yang berikut;

Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS