October 24, 2020

Nik Nock

Blogger Malaysia

Resepi Roti Kering Homemade | Shahrinie PeDAS

Resepi-roti-kering-homemade

Pelbagai hidangan boleh disediakan untuk dimakan semasa minum pagi dan petang termasuklah roti. Roti juga boleh dipelbagaikan selain daripada dimakan begitu seperti Resepi Roti Kering Homemade.

Nik Nock selalu juga buat resepi ni, terutamanya bila roti yang dibeli dah hampir expired tarikhnya. Sangat senang dan sedap. Kat kedai roti juga ada juga dijual. Tapi kita boleh cuba membuatnya sendiri di rumah.

Selain resepi roti kering homemade banyak resepi lain yang boleh dicuba dengan menggunakan roti yang ada dirumah. Antaranya adalah seperti puding roti, cucur roti, lasagna roti dan lain-lain.

Untuk menyediakan resepi roti kering homemade ini kita boleh menggunakan pelbagai jenis roti yang ada. Contohnya ada seperti roti putih, roti wholegrain, roti wholemeal, roti sourdough dan roti rai (rye bread).

Semuanya bergantung kepada jenis bahan dan tepung roti yang digunakan. Bentuknya juga pelbagai, ada yang berbentuk hirisan, bentuk bun serta ada yang bentuk buku dan perlu dihiris sebelum di makan.

Biasanya roti yang selalu menjadi pilihan rakyat Malaysia adalah seperti benggali, roti putih dan roti wholemeal berjenama Gardenia. Jadi apa pun jenis bolehlah digunakan untuk resepi roti kering homemade. Tapi roti canai tak jadi rasanya. Haha.

Resepi Roti Kering Homemade Pelbagai jenis roti
Pelbagai Jenis Roti

Cara Menyediakan Resepi Roti Kering Homemade Paling Mudah

Nik Nock kongsikan resepi untuk membuat sendiri roti kering di rumah dengan cara yang mudah dan ringkas dengan bahan-bahan yang minima.

Namun, ada beberapa cara dan bahan yang Nik Nock tandakan ikut citararasa untuk ditambah kepada resepi supaya menjadi lebih sedap.

Bahan-bahan Resepi Roti Kering Homemade

  • 10 Keping Roti Tawar / Roti Putih atau Roti Gardenia
  • Planta / Butter Secukupnya
  • Secukup rasa Susu Pekat (Pilihan jika suka)
  • Secukup rasa Gula Pasir (Pilihan jika suka)

Cara-cara Penyediaan Resepi Roti Kering Homemade

(1) Menyediakan Roti

Sediakan roti yang hendak digunakan. Sekiranya menggunakan roti buku, roti hendaklah dihiris terlebih dahulu.

Jika menggunakan roti keping, boleh juga dipotong mengikut size yang dikehendaki atau dibiarkan mengikut size kepingan asal.

Bagi Resepi Roti Kering Homemade ini, boleh juga potong bahagian tepi kulit roti jika suka. Terpulang mengikut citarasa masing-masing.

(2) Sapukan Planta/Butter

Masukkan Susu Pekat kedalam mangkuk yang berisi Planta, gaul hingga sebati.

Kemudian sapukan adunan planta/butter dengan susu pekat tadi pada permukaan roti.

Jika tidak gunakan susu pekat, boleh terus sapukan planta/butter pada roti.

Sebagai tambahan, kita boleh juga menambah serbuk bawang putih ke dalam adunan planta/butter dan di sapukan pada roti. Serta taburkan daun parsley fresh/kering dan kita akan menghasilkan roti kering garlic.

Resepi Roti Kering Homemade yang paling simple adalah hanya gunakan roti dan planta sahaja.

Resepi Roti Kering Homemade menggunakan bahan-bahan simple
Bahan-bahan Yang Ringkas

(3) Taburkan Gula

Taburkan Gula Pasir secukupnya ke atas roti yang disapu planta/butter tadi.

Bagi Resepi Roti Kering Homemade, boleh juga tidak menggunakan gula dan akan terhasil nanti roti kering tanpa gula.

(4) Bakar Roti

Kemudian boleh lah dibakar kan roti tersebut selama lebih kurang 20 minit. Atau sehingga kuning keemasan dan ranggup, bergantung kepada pembakar atau oven yang digunakan.

Roti yang siap dibakar sangat sesuai dan Enak dimakan bersama minuman panas diwaktu minum petang.

Selamat Mencuba Resepi Roti Kering Homemade !!

Selain Resepi Roti Kering Homemade ini, ada satu lagi jenis roti yang memang sedap dimakan dengan air kopi ataupun teh iaitu Roti Lutut. Ianya memang klasik dan sudah menjadi kegemaran sejak dahulu lagi.

Roti Lutut juga dikenali sebagai Biskut Lutut, biskut mayat dan roti kok. Panggilan berbeza mengikut kawasan dan negeri namun nostalgia roti lutut tetap menjadi ingatan.

Bagi generasi muda yang tidak pernah makan atau dengar apa itu rotu lutut, harapnya selepas ini bolehlah mencuba makan roti lutut dicicah dengan air kopi.

Roti lutut boleh didapati di pasaraya ataupun boleh dapatkannya daripada pengusaha bumiputera seperti jenama Shahrinie iaitu keluaran Shahrinie Foods Enterprise.

Pengeluar Roti Lutut Shahrinie Perak

Shahrinie adalah pengeluar roti lutut yang menggunakan resepi turun temurun untuk menghasilkannya. Jenama Shahrinie juga terkenal dengan produk berasaskan kelapa mereka iaitu biskut kelapa dan biskut sagun.

Beroperasi semenjak tahu 2003, Shahrinie telah menjadi pilihan ramai pelanggan mereka yang ingin mendapatkan biskut tradisional ini.

Berikut Nik Nock kongsikan antara keistimewaan Roti Lutut Shahrinie dan mengapa ianya menjadi pilihan ramai.

Resepi Roti Kering Homemade roti lutut Shahrinie
Roti Lutut Shahrinie

(1) Keluaran Bumiputera

Sudah tentunya biskut lutut ini menjadi pilihan utama pelanggan mereka kerana ianya dibuat dan dihasikan oleh syarikat bumiputera. Ianya Halal dan boleh dimakan tanpa was-was.

(2) Biskut Tradisional Bahan Semulajadi

Biskut lutut ini menggunakan resepi asli melayu dan diadun dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi dan berkualiti tinggi.

Diadun tanpa sebarang pengawet dan pewarna tiruan, roti lutut Shahrinie memberikan rasa yang sedap, rangup dan rasa asli seperti dulu-dulu.

(3) Biskut Rangup dan Garing

Roti Lutut Shahrinie mempunyai tekstur yang rangup kerana ianya dibakar pada suhu yang rendah. Ianya senang dimakan kerana tidak keras.

Ia juga diuli dengan lama untuk menghasilkan biskut lutut yang garing

(4) Roti Lutut Tahan Lama

Biskut ini dihasilkan dengan teliti agar ianya tahan lama dan boleh disimpan sehingga enam (6) bulan di dalam bekas kedap udara.

(5) Sesuai Untuk Semua Golongan

Semenjak dahulu, biskut lutut digemari oleh pelbagai peringkat umur. Shahrinie mengekalkan rasa asli, saiz kecil dan kerangupan biskutnya supaya dapat dinikmati oleh orang tua, dewasa dan kanak-kanak.

Secara tak langsung dapat mengekalkan biskut tradisional ini untuk generasi baru turun temurun.

(6) Boleh Dinikmati Bersama Minuman Lain

Seperti kelazimannya, biskut lutut ini memang sedap dimakan dengan air kopi, teh, susu dan sebagainya.

Namun ianya juga tetap sedap untuk dimakan begitu sahaja.

(7) Boleh Dimakan pada bila-bila Masa

Kebiasaanya biskut lutut ini popular untuk dimakan pada musim hujan bersama air kopi panas. Namun itu suatu memori yang tak dapat dilupakan.

Yang sebenarnya biskut lutut ini biasa dimakan pada waktu minum pagi, tengahari ataupun malam. Dan pada waktu diperlukan untuk mengalas perut di kala kelaparan.

(8) Mengukuhkan tali persaudaraan

Dengan adanya biskut lutut, biasanya satu keluarga akan menikmatinya bersama-sama. Ianya akan lebih berselera bila makan bersama. Secara tak langsung akan mengeratkan lagi kasih sayang sesama keluarga.

Tidak terhad kepada keluarga, biskut lutut juga sesuai untuk dimakan bersama sahabat handai, sanak saudara dan juga rakan sekerja.

(9) Sesuai Dijadikan Goodies atau Doorgift

Roti lutut keluaran Shahrinie ini, bukan sahaja sedap dimakan begitu sahaja, malah ianya sangat sesuai untuk dijadikan goodies atau doorgift bagi sebarang majlis yang diadakan untuk meraikan tetamu yang hadir.

Nik Nock kongsikan di sini, majlis atau acara yang sesuai untuk kita jadikan roti lutut sebagai buah tangan kepada tetamu atau kenalan.

  • Goodies majlis perkahwinan
  • Goodies majllis pertunangan
  • Goodies majlis harijadi
  • Goodies majlis rasmi syarikat/kerjaaan
  • Goodies majlis perjumpaan persatuam/alumni
  • Buah tangan ketika mengunjungi sanak saudara dan kenalan
  • Buah tangan ketika menziarahi pusat jagaan orang tua
  • Buah tangan ketika mengunjungi rumah anak yatim
  • Hamper untuk majlis anugerah dan pertandingan
  • Hamper untuk hari sukan
  • Sumbangan kepada masjid dan surau
  • Sumbangan kepada majlis amal
  • Hidangan ringan untuk majlis yang diadakan
  • Hidangan ringan untuk aktiviti ‘picnic’
  • Hidangan ringan untuk majlis buka puasa dan selepas terawih bulan Ramadhan

Selain roti lutut, biskut kelapa dan sagun kelapa keluaran Shahrinie juga sangat sesuai untuk dijadikan doorgift.

Testimoni Produk Keluaran Shahrinie

Produk Shahrinie mendapat sambutan yang hangat daripada pelanggan mereka. Rata-rata mereka sangat berpuas hati dengan rasa keaslian roti lutut, biskut kelapa dan sagun kelapa keluaran Shahrinie.

Kepada kawan-kawan yang menggemari biskut tradisional seperti roti lutut dan biskut kelapa asli Shahrinie ini, bolehlah dapatkan produk keluaran Shahrinie ini di kedai mereka yang berlokasi di Kuala Kangsar, Perak.

Bagi yang tinggal jauh dan berada diluar kawasan Perak boleh menghubungi mereka untuk urusan tempahan dan pembelian secara online.

Pihak Shahrinie menyediakan penghantaran ke seluruh Malaysia. Mereka boleh dihubungi melalui link wasap yang berikut;

KLIK DI DINI UNTUK WASAP PIHAK SHAHRINIE

Atau boleh mengunjungi Instagram Shahrinie untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk keluaran mereka.

Instagram Shahrinie

Nik Nock kongsikan juga media sosial, nombor telefon dan lain-lain maklumat untuk berhubung dengan pihak SHAHRINIE.

FACEBOOK SHAHRINIE
INSTAGRAM SHAHRINIE
WEBSITE SHAHRINIE
NO TELEFON
0186642968
(MIOR HAZIQ)
WASAP SHAHRINIE
ALAMAT
LOT 342, KG. ENGGOR, JLN. KUALA KANGSAR
33600 KARAI, PERAK DARUL RIDZUAN
LOKASI KE KEDAI SHAHRINIE

Terima kasih kepada Usahawan SHAHRINIE yang mempunyai wawasan untuk memperkembangan perniagaan biskut tradisional. Semoga usaha SHAHRINIE terus diberikan kejayaan yang berkekalan. Aameen.

Nik Nock

Artikel lain yang boleh di baca berhubung SHAHRINIE boleh KLIK pada link yang berikut;

Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS