September 28, 2020

Nik Nock

Blogger Malaysia

Biskut Kelapa Asli Shahrinie | Usahawan PeDAS

Biskut-kelapa-asli-Shahrinie

Walaupun terdapat banyak biskut raya moden, namun biskut raya tradisional masih menjadi pilihan bila tiba musim perayaan seperti biskut kelapa. Biskut Kelapa Asli Shahrinie adalah antara produk biskut tradisional yang masih mengekalkan rasa asli cara lama.

Nik Nock sendiri masih sukakan biskut tradisional berbanding biskut moden. Selain biskut kelapa, biskut arab, batang buruk dan biskut suji adalah antara biskut tradisional yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Biskut tradisional ini masih kekal dijadikan sebahagian daripada hidangan bukan sahaja di musim perayaan, namun kini telah menjadi kudapan tidak mengira masa dan tidak terhad di musim perayaan sahaja.

Ramai usahawan yang masih mengekalkan kuih tradisional sebagai produk perniagaan mereka. Termasuklah Syarikat Shahrinie Foods Industries yang mengeluarkan produk biskut berasaskan kelapa.

Syarikat ini diasaskan oleh Puan Noraini Binti Yahaya dan ditubuhkan semenjak tahun 2002 yang lalu. Puan Noraini kini mewariskan perniagaan beliau kepada anaknya iaitu Tuan Mior Haziq.

Pengasas Biskut Kelapa Asli Shahrinie
Puan Noraini Binti Yahya Pengasas Shahrinie

Produk utama syarikat mereka pada mulanya adalah biskut kelapa. Kini, setelah hampir 20 tahun beroperasi, jenama Shahrinie telah mengeluarkan produk-produk yang lain seperti biskut sagun dan roti lutut.

Menurut Tuan Mior Haziq, matlamat beliau adalah ingin memasarkan produk jenama Shahrinie ke seluruh pasaraya besar di dalam Malaysia. Beliau juga berharap dapat memperkenalkan biskut tradisional keluaran Shahrinie ke peringkat antarabangsa.

Mengekalkan resepi turun temurun daripada ibunya, Puan Noraini, biskut kelapa Shahrinie sememangnya menjadi pilihan utama para pelanggan mereka semenjak dahulu lagi.

Saya akan memastkan produk keluaran Shahrinie akan mempunyai kilang pemprosesan bertaraf GMP, Halal dan MESTI. InshaAllah

Mior Haziq Adli Bin Mior Shahrin

Produk Shahrinie juga selalu menjadi pilihan dan dipilih sebagai Juara dalam setiap pertandingan yang disertai oleh pihak syarikatnya.

Ini termasuklah pertandingan yang dianjurkan oleh pihak MAHA serta tersenarai di antara produk Malaysia Best dan juga Perak Best.

Keistimewaan Biskut Kelapa Asli Shahrinie

Berikut adalah antara keistimewaan biskut kelapa asli Shahrinie yang menjadi pilihan ramai.

(1) Kelapa Segar

Biskut Kelapa Asli Shahrinie dihasilkan dengan menggunakan 100% kelapa segar tanpa campuran hampas kelapa.

Pihak Shahrinie hanya menggunaka kelapa segar yang diparut dan masih mempunyai santan. Ini menghasilkan biskut kelapa yang sedap dan penuh rasa asli tradisional.

Biskut Kelapa Asli Shahrinie Menggunakan kelapa segar
Shahrinie Hanya Menggunakan Kelapa Segar

(2) Tepung Istimewa

Yang istimewanya juga adunan Biskut Kelapa Asli Shahrinie hanya menggunakan tepung roti keluaran syarikatnya sendiri.

Ini sudah tentulah menjadikan biskut kelapa mereka mempunya rasa yang tersendiri dan lain dari yang lain.

(1) Resepi Tradisional Asli

Biskut Kelapa Asli Shahrinie menggunakan resepi orang lama untuk menghasilkan biskut kelapa yang mengekalkan rasa yang asli.

(2) Buatan Bumiputera

Shahrinie adalah syarikat Bumiputera muslim. Produk biskut kelapa tradisional mereka adalah Halal dan boleh dimakan tanpa was-was.

(3) Rangup dan Tahan Lama

Biskut keluaran Shahrinie dibuat menggunakan cara dan proses yang sangat teliti dan menghasilkan biskut yang rangup dan tahan lebih lama.

(4) Sedap dan Nostalgia

Selain rasanya yang sedap, ianya mengikut citarasa orang lama dan boleh menggamit kenangan dan memori lama bersama keluarga.

(5) Sesuai Dinikmati Semua

Biskut Kelapa Asli Shahrinie yang rangup dan sedap sesuai dengan citarasa pelbagai golongan tidak mengira umur.

Daripada kanak-kanak sehingga orang dewasa menggemari biskut kelapa dan biskut lutut ini.

(6) Sesuai Dijadikan Doorgift

Biskut Kelapa Asli Shahrinie Sesuai Sebagai Doorgift
Biskut Kelapa Shahrinie Sesuai Dijadikan Doorgift

Biskut kelapa keluaran Shahrinie sedia untuk ditempah sebagai doorgift atau goodies untuk pelbagai majlis dan tujuan seperti berikut;

  • Doorgift majlis perkahwinan
  • Doorgift majllis pertunangan
  • Doorgift majlis harijadi
  • Doorgift majlis rasmi syarikat/kerjaaan
  • Doorgift majlis perjumpaan persatuam/alumni
  • Buah tangan ketika mengunjungi sanak saudara dan kenalan
  • Buah tangan ketika menziarahi pusat jagaan orang tua
  • Buah tangan ketika mengunjungi rumah anak yatim
  • Hamper untuk majlis anugerah dan pertandingan
  • Hamper untuk hari sukan
  • Sumbangan kepada masjid dan surau
  • Sumbangan kepada majlis amal
  • Hidangan ringan untuk majlis yang diadakan
  • Hidangan ringan untuk aktiviti ‘picnic’
  • Hidangan ringan untuk majlis buka puasa dan selepas terawih bulan Ramadhan

Produk Keluaran Jenama Shahrinie

Selain biskut kelapa asli Shahrinie, mereka juga mengeluarkan produk-produk biskut tradisional seperti yang berikut;

  • Biskut Kelapa
  • Biskut Sagun
  • Roti Lutut
Biskut Sagun Asli Shahrinie
Biskut Sagun Shahrinie
Roti Lutut Shahrinie
Roti Lutut Shahrinie

Testimoni Biskut Kelapa Asli Shahrinie

Biskut Kelapa Asli Shahrinie mendapat sambutan yang hangat daripada pelanggan mereka. Rata-rata mereka sangat berpuas hati dengan rasa keaslian biskut kelapa keluaran Shahrinie.

Kepada kawan-kawan yang menggemari biskut tradisional seperti biskut kelapa asli Shahrinie ini, bolehlah dapatkan produk keluaran Shahrinie ini di kedai mereka yang berlokasi di Kuala Kangsar, Perak.

Lokasi Shahrinie Foods Industries

Bagi yang tinggal jauh dan berada diluar kawasan Perak boleh menghubungi mereka untuk urusan tempahan dan pembelian secara online.

Pihak Shahrinie menyediakan penghantaran ke seluruh Malaysia. Mereka boleh dihubungi melalui link wasap yang berikut;

KLIK DI SINI UNTUK WASAP SHAHRINIE

Nik Nock kongsikan juga media sosial, nombor telefon dan lain-lain maklumat untuk berhubung dengan pihak SHAHRINIE.

KLIK pada link di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung produk mereka.

FACEBOOK SHAHRINIE
INSTAGRAM SHAHRINIE
WEBSITE SHAHRINIE
NO TELEFON
0186642968
(MIOR HAZIQ)
WASAP SHAHRINIE
ALAMAT
LOT 342, KG. ENGGOR, JLN. KUALA KANGSAR
33600 KARAI, PERAK DARUL RIDZUAN
LOKASI KE KEDAI SHAHRINIE

Terima kasih kepada Usahawan SHAHRINIE yang mempunyai wawasan untuk memperkembangan perniagaan biskut tradisional. Semoga usaha SHAHRINIE terus diberikan kejayaan yang berkekalan. Aameen.

Nik Nock

Artikel lain yang boleh di baca berhubung SHAHRINIE boleh KLIK pada link yang berikut;

Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS