
Di zaman yang serba moden ini, nak makan bahulu lebih senang kerana banyak peralatan yang boleh bantu dalam proses memasak bahulu sendiri. Bakar bahulu pun boleh pakai oven sahaja tak perlu sabut. Namun ada bezanya terutama dari segi bau bahulu. Kali ini Nik Nock kongsikan tips bahulu tradisional lembut untuk rasa bahulu tradisional seperti dulu-dulu.
Setahu Nik Nock, ada beberapa jenis bahulu seperti bahulu cermai, bahulu gulung, bahulu ikan dan bahulu lapis. Ini berbeza mengikut proses penghasilan bahulu sama ada menggunakan acuan, digulung atau pun dibuat lapisan.
Bentuk bahulu pula bergantung kepada acuan bahulu yang digunakan seperti bentuk bujur, cermai, ikan dan sebagainya.
Manakala rasa bahulu pula sudah tentunya berbeza mengikut resepi masing-masing serta bahan perisa yang ditambah untuk menepati citarasa ramai.
Antara perasa bahulu yang ada adalah seperti rasa asli / original, nenas, strawberry, coklat dan pandan.
Bahulu juga ada kalanya berbeza mengikut negeri seperti Kelantan, Kedah, Johor dan lain-lain. Citarasa dan budaya berbeza negeri juga menghasilkan pebagai citarasa bahulu yang ada di Malaysia.
Walau bagaimanapun asasnya tetap sama dan kaedah pembuatannya juga tidak banyak berbeza.
Secara tradisionalnya bahulu dibuat daripada bahan-bahan asas iaitu telur ayam / itik dan gula. Kemudian dua bahan ini dipukul di dalam pasu besar menggunakan pemukul spring. Sampai lenguh la tangan kalau sesiapa yang terpaksa tolong mak di dapur kan. Haha.
Dahulunya tiada oven, jadi proses pembakaran adalah menggunakan sabut kelapa. Oleh itu, api mesti dijaga untuk kejadian bahulu yang sempurna.
Walau pun sekarang lebuh mudah kerana sudah ada mixer dan oven, sudah pastinya bahulu dibuat dengan kaedah tradisional ada bezanya dari segi rasa dan baunya yang memang tak dapat dibandingkan.
Kalau nak buat sendiri bahulu, boleh cuba resepi dan tips bahulu tradisional lembut ini.
Resepi dan Tips Bahulu Tradisional Lembut Cara Moden
Walaupun ini adalah resepi bahulu tradisional, bolehlah kita gunakan peralatan moden yang lebih memudahkan dan mempercepatkan kerja ya.
Bahan-bahan
- 6 Biji telur ayam gred A
- 3 Cawan gula
- 1/2 Sudu esen vanilla
- 2 Cawan tepung gandum

Cara-cara Penyediaan
(1) Panaskan Oven
Sementara siapkan bahan-bahan kuih bahulu, kita panaskan oven dahulu dalam suhu 180°C dalam 10 minit.
Masukkan acuan bahulu yang disapu dengan minyak. Ini adalah antara Tips bahulu tradisional lembut.
(2) Adunan Gula dan Telur
Masukkan gula, telur dan esen vanilla ke dalam mangkuk. Putarkan bahan-bahan ini sehingga kembang dan ringan juga adalah tips bahulu tradisional lembut
(3) Masukkan Tepung
Setelah adunan tersebut kembang, masukkan tepung sikit demi sikit. Guna kaedah kaup dan balik sehingga adunan menjadi sebati.
Jangan terlebih kacau untuk mengelakkan bahulu bantat ya.
(4) Masukkan Dalam Acuan
Adunan yang dah siap bolehlah dituangkan ke dalam acuan. Tuang dalam 3/4 penuh sahaja jangan sampai penuh. Ini kerana bahulu akan naik.
(5) Masukkan Dalam Oven
Acuan yang diisikan dengan adunan, bolehlah dimasukkan ke dalam oven dan biarkan dalam 15 minit sehingga bahulu masak.
(6) Simpan Dalam Bekas
Bahulu yang telah siap dibakar sangat sedap di makan panas-panas bersama air kopi.
Kemudian, Tips bahulu tradisional lembut dan tahan lama adalah bahulu mestilah disejukkan dahulu sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

Petua dan Tips Bahulu Tradisional Lembut dan Tahan Lama
Berikut adalah antara petua dan tips bahulu tradisional lembut yang boleh dibuat untuk menghasilkan bahulu yang sedap.
(1) Tips Bahulu Tradisional Lembut : Jemur Tepung dan Gula
Tepung dan gula hendaklah dijemur terlebih sebelum digunakan untuk membuat bahulu. Ini adalah untuk jadikannya lebih ringan supaya bahulu yang terhasil nanti tahan lebih lama.
(2) Tips Bahulu Tradisional Lembut : Basuh dan Keringkan Telur
Telur yang digunakan mestilah dibasuh terlebih dahulu untuk membuang segala kotoran di telur yang boleh merosakkan bahulu.
Selepas di basuh, kena pastikan telur dilap dan dikeringkan. Ini adalah untuk memastikan tiada air yang masuk ke dalam adunan semasa pecahkan telur.
(3) Tips Bahulu Tradisional Lembut : Pukul Telur dan Gula Sampai Gebu
Telur dan gula hendaklah dipukul sehingga betul-betul gebu, ringan dan kembang.
Pastikan warnanya putih berkrim dan pasti bahulu akan menjadi dengan baik.
(4) Tips Bahulu Tradisional Lembut : Panaskan Acuan Terlebih dahulu
Acuan hendaklah dipanaskan terlebih dahulu sebelum digunakan.
(5) Tips Bahulu Tradisional Lembut : Sapukan Minyak Pada Acuan
Sapukan sedikit minyak pada acuan sebelum dipanaskan di dalam oven.
Ini adalah untuk mengelakkan bahulu melekat pada acuan setelah masak nanti.
Sebelum tuang adunan, pastikan lebihan minyak yang disapu pada acuan dikeluarkan dahulu. Kemudian barulah masukkan adunan bahulu dan di bakar di dalam oven.

(6) Tips Bahulu Tradisional Lembut : Simpan Dalam Bekas Kedap Udara
Untuk disimpan supaya tahan lebih lama, bahulu mestilah disejukkan dahulu sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
Selamat Mencuba Resepi dan Tips Bahulu Tradisional Lembut !!
Jangan risau sekiranya tiada masa untuk mencuba resepi dan tips bahulu tradisional lembut dan risau kalau dah cuba masak sendiri pun tidak menjadi seperti yaang diingini kerana kita boleh beli sahaja kan.
Banyak pengusaha bahulu yang ada dan mereka pastinya menjual bahulu yang sedap dan menepati citarasa rakyat Malaysia.
Bagi yang berada diutara, bolehlah mencuba bahulu daripada Dhiaza Bahulu Sekupang di Pendang, Kedah.

Antara keistimewaan Dhiaza Bahulu Sekupang Kedah adalah seperti berikut;
(1) Produk Halal Syarikat Bumiputera
Sudah tentunya Dhiaza bahulu sekupang ini Halal dimakan tanpa was-was kerana ianya dihasilkan oleh pengusaha Bumiputera Islam.
Bahan-bahan yang digunakan adalah halal dan bersih demi menjaga kualiti bahulu.
(2) Tahan Lama Tiada Pengawet
Dhiaza Bahulu Sekupang Kedah boleh tahan sehingga 1 bulan walaupun ianya diadun tanpa sebarang bahan pengawet.
Bahulu mestilah dan di simpan di dalam bekas kedap udara.
(3) Sedap dan Kurang Manis
Dhiaza Bahulu sekupang mempunyai rasa bahulu sedap dan kurang manis dan menepati citarasa pelbagai golongan masyarakat zaman kini.
(4) Rangup Di Luar Gebu Di dalam
Bahulu sekupang mengekalkan rasa bahulu traditional yang garing di luar lembut serta gebu di dalamnya.
(5) Mengimbau Kengangan Lama
Menikmati Bahulu Sekupang mampu mengembalikan nostalgia dan kenagan dulu-dulu bersama ibu dan keluarga.
(6) Di Bakar Setiap Hari
Bahulu Sekupang di bakar dan di proses setiap hari untuk memastikan kualiti bahulu yang memuaskan hati pelanggan.
(7) Saiz Kecil Senang Di Makan
Bahulu Sekupang mempunyai saiz yang sangat kecil dan comel. Ianya sangat mudah untuk dimakan pada setiap masa seperti sarapan pagi dan minum petang serta di gemari untuk semua peringkat umur.
Ianya sangai sesuai di hidangkan untuk makan semasa minum petang bersama keluarga.
(8) Harga Bahulu Sekupang Yang Berpatutan
Tanpa mengenepikan rasa dan kualiti, Dhiaza Bahulu Sekupang Kedah di jual dengan harga kasih sayang yang berpatutan.
Asalnya dahulu, bahulu sekupang dijual dengan harga sekupang (10sen) sebiji, namun kini harganya mengikut peredaran masa mengikut harga bahan-bahan ramuanya.
(9) Membantu Meningkatkan Ekonomi Setempat
Dhiaza Bahulu Sekupang membuka peluang bagi penduduk sekitarnya untuk mendapatkan pekerjaan di kilang mereka. Dengan ini akan meningkatkan taraf ekonomi setempat.
Malah mereka juga memberi ruang untuk mereka yang ingin menjadi agen dan pengedar Bahulu Sekupang.
(10) Pelbagai Jenis Bahulu
Walaupun Dhiaza Bahulu Sekupang popular dengan bahulu sekupangnya, namun mereka juga mengeluarkan beberapa jenis bahulu yang lain.
Antara produk Dhiaza Bahulu Sekupang adalah seperti berikut;
- Bahulu Sekupang
- Bahulu Ikan puyu
- Bahulu Kandeh @ cermai..
- Bahulu Ikan Mas
- Bahulu Bunga
Testimoni Pelanggan Dhiaza Bahulu Sekupang
Dhiaza Bahulu Sekupang sememangnya sudah menjadi pilihan penduduk setempat dengan produk bahulunya. Mereka berpuas hati dengan rasa bahulu sekupang yang sedap serta saiznya yang kecil.
Bagi kawan-kawan yang berminat untuk mendapatkan Dhiaza Bahulu Sekupang ini boleh mengunjungi Facebook mereka seperti berikut;
Facebook Dhiaza Bahulu Sekupang
Dhiaza Bahulu Sekupang Kedah berlokasi di Pendang Kedah. Bagi yang tinggal jauh dan berada diluar kawasan tersebut bolehlah menghubungi mereka untuk urusan tempahan dan pembelian secara online.
Pihak Dhiaza menyediakan penghantaran ke seluruh Malaysia. Mereka boleh dihubungi melalui link wasap yang berikut;
KLIK DI SINI UNTUK DHIAZA BAHULU SEKUPANG
Nik Nock kongsikan juga media sosial, nombor telefon dan lain-lain maklumat untuk berhubung dengan pihak DHIAZA BAHULU SEKUPANG.
FACEBOOK DHIAZA BAHULU SEKUPANG |
NO TELEFON 0195201243 (PUAN RODIAH) |
WASAP DHIAZA BAHULU SEKUPANG |
ALAMAT 5A KAMPONG LINCHAN, MUKIM PADANG KERBAU 06750 PENDANG, KEDAH |
Terima kasih kepada Usahawan DHIAZA BAHULU SEKUPANG yang mempunyai wawasan untuk memperkembangan perniagaan bahulu tradisional masyarakat Melayu. Semoga usaha DHIAZA BAHULU SEKUPANG terus diberikan kejayaan yang berkekalan. Aameen.
Nik Nock
Artikel lain yang boleh di baca berhubung DHIAZA BAHULU SEKUPANG boleh KLIK pada link yang berikut;
Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS
More Stories
Idea Bilik Tidur Sempit | Izzahrra PeDAS
Tips Menghias Ruang Tamu | Izzahrra PeDAS
Kedai Perabot Online Izzahrra | Usahawan PeDAS