
Bahulu adalah kuih tradisional yang popular dikalangan masyarakat Melayu sejak dahulu sehingga kini. Bukan setakat dijadikan makanan bersama minum petang, door gift bahulu sekupang juga menjadi pilihan sebagai door gift untuk majlis-majlis keramaian.
Masyarakat Melayu sememangnya sinonim dengan kuih bahulu sejak dahulu lagi. Sentiasa menjadi pilihan terutama menjelang musim perayaan dan juga majlis-majlis keraian.
Seperti sudah menjadi kemestian masyarakat Melayu untuk menjadikan kuih bahulu sebagai buah tangan kepada tetamu yang datang ke majlis perkahwinan.
Bahulu juga menjadi hidangan ringan yang diletakkan di meja-meja tetamu serta disediakan untuk orang kampung yang datang bergotong royong memasak untuk majlis tersebut.
Terdapat ramai pengusaha kuih bahulu yang memasarkan kuih ini secara meluas. Mereka bukan sahaja menjual bahulu secara runcit, malah juga sedia untuk diborong dan dijadikan door gift atau goodies untuk pelbagai jenis majlis.
Kalau di utara, antara pengusaha bahulu yang sentiasa menjadi pilihan untuk mencari bahulu yang sedap adalah Dhiza bahulu sekupang yang berlokasi di Pendang, Kedah.
Dhiaza Bahulu Sekupang adalah produk keluaran syarikat Bumiputera iaitu HBB Utama Enterprise.
Yang istimewanya kuih bahulu daripada Dhiaza ini adalah saiznya sangat kecil dan sangat sesuai untuk dijadikan door gift.
Nik Nock nak kongsikan apa lagi idea lain untuk menjadikan door gift bahulu sekupang ini sebagai pelengkap pelbagai jenis majlis.
Door Gift Bahulu Sekupang Sesuai Untuk Pelbagai Majlis
Door Gift Bahulu Sekupang ini bukan sahaja boleh di tempah untuk dijadikan buah tangan kepada tetamu di majlis perkahwinan, malah banyak lagi majlis yang bersesuaian.
Door gift Bahulu Sekupang sesuai untuk majlis, buah tangan dan sumbangan bagi majlis-majlis yang berikut;
- Doorgift majlis perkahwinan
- Doorgift majllis pertunangan
- Doorgift majlis harijadi
- Doorgift majlis rasmi syarikat/kerjaaan
- Doorgift majlis perjumpaan persatuam/alumni
- Buah tangan ketika mengunjungi sanak saudara dan kenalan
- Buah tangan ketika menziarahi pusat jagaan orang tua
- Buah tangan ketika mengunjungi rumah anak yatim
- Hamper untuk majlis anugerah dan pertandingan
- Hamper untuk hari sukan
- Sumbangan kepada masjid dan surau
- Sumbangan kepada majlis amal
- Hidangan ringan untuk majlis yang diadakan
- Hidangan ringan untuk aktiviti ‘picnic’
- Hidangan ringan untuk majlis buka puasa dan selepas terawih bulan Ramadhan

Bahulu Sebagai Buah Tangan
Door gift bahulu sekupang sangai sesuai di gunakan sebagai buah tangan untuk ibu dan ayah ketika pulang ke kampung.
Juga sesuai untuk diberikan semasa menziarahi sanak saudara, sahabat handai dan semasa kunjungan ke mana-mana majlis.
Bahulu Sebagai Sedekah atau Sumbangan
Bagi individu atau organisasi yang mengadakan kunjungan ke rumah kebajikan, rumah anak yatim, rumah orang tua dan sebagainya, mereka juga boleh menjadikan door gift bahulu sekupang sebagai sumbangan mereka.
Selain menjamu mereka dengan pelbagai hidangan, pemberian wang ringgit, bahulu juga boleh menceriakan mereka untuk dinikmati bersama-sama semasa minum petang atau malam.
Bahulu juga boleh dijadikan sebagai hidangan sedekah kepada surau, masjid atau mana-mana majlis tahlil.
Bahulu Sebagai Hamper
Bahulu daripada Dhiaza ini juga boleh dijadikan sebagai hamper untuk diberikan bersempena dengan mana-mana majlis anugerah, pertandingan atau majlis persatuan.
Door Gift Bahulu Sekupang untuk Majlis Kenduri
Ramai yang menjadikan bahulu sebagai door gift untuk majlis perkahwinan, pertunangan, majlis harijadi dan sebagainya.
Bahulu juga dijadikan salah satu hidangan sampingan di majlis kenduri untuk dinikmati oleh tetamu selain daripada menjamu nasi minyak
Banyak kan yang kita boleh gunakan door git bahulu sekupang ini. Ianya tidak terhad untuk majlis kahwin sahaja, malah boleh jadikan sumbangan kepada pihak yang memerlukannya.
Keistimewaan Door Gift Bahulu Sekupang
Keistimewaan door gift bahulu sekupang adalah kerana saiznya yang sangat kecil dan sangat mudah dan sedap dimakan.
Oleh itu, senang untuk dimasukkan ke dalam packaging untuk door gift dalam pelbagai saiz mengikut citarasa pelanggan.
Antara keistimewaan Dhiaza Bahulu Sekupang Kedah adalah seperti berikut;
(1) Produk Halal Syarikat Bumiputera
Sudah tentunya door gift bahulu sekupang ini Halal dimakan tanpa was-was kerana ianya dihasilkan oleh pengusaha Bumiputera Islam.
Bahan-bahan yang digunakan adalah halal dan bersih demi menjaga kualiti bahulu.
(2) Tahan Lama Tiada Pengawet
Dhiaza Bahulu Sekupang Kedah boleh tahan sehingga 1 bulan walaupun ianya diadun tanpa sebarang bahan pengawet.
Bahulu mestilah dan di simpan di dalam bekas kedap udara.
(3) Sedap dan Kurang Manis
Door gift bahulu sekupang mempunyai rasa bahulu sedap dan kurang manis dan menepati citarasa pelbagai golongan masyarakat zaman kini.
(4) Rangup Di Luar Gebu Di dalam
Door gift bahulu sekupang mengekalkan rasa bahulu traditional yang garing di luar lembut serta gebu di dalamnya.
(5) Mengimbau Kengangan Lama
Menikmati Bahulu Sekupang mampu mengembalikan nostalgia dan kenagan dulu-dulu bersama ibu dan keluarga.
(6) Di Bakar Setiap Hari
Bahulu Sekupang di bakar dan di proses setiap hari untuk memastikan kualiti bahulu yang memuaskan hati pelanggan.
(7) Saiz Kecil Senang Di Makan
Bahulu Sekupang mempunyai saiz yang sangat kecil dan comel. Ianya sangat mudah untuk dimakan pada setiap masa seperti sarapan pagi dan minum petang serta di gemari untuk semua peringkat umur.
Ianya sangai sesuai di hidangkan untuk makan semasa minum petang bersama keluarga.

(8) Harga Bahulu Sekupang Yang Berpatutan
Tanpa mengenepikan rasa dan kualiti, Dhiaza Bahulu Sekupang Kedah di jual dengan harga kasih sayang yang berpatutan.
Asalnya dahulu, bahulu sekupang dijual dengan harga sekupang (10sen) sebiji, namun kini harganya mengikut peredaran masa mengikut harga bahan-bahan ramuanya.
(9) Membantu Meningkatkan Ekonomi Setempat
Dhiaza Bahulu Sekupang membuka peluang bagi penduduk sekitarnya untuk mendapatkan pekerjaan di kilang mereka. Dengan ini akan meningkatkan taraf ekonomi setempat.
Malah mereka juga memberi ruang untuk mereka yang ingin menjadi agen dan pengedar Bahulu Sekupang.
Produk Dhiaza Bahulu Sekupang Kedah
Walaupun Dhiaza Bahulu Sekupang popular dengan bahulu sekupangnya, namun mereka juga mengeluarkan beberapa jenis bahulu yang lain.
Antara produk Dhiaza Bahulu Sekupang Kedah adalah seperti berikut;
- Bahulu Sekupang
- Bahulu Ikan puyu
- Bahulu Kandeh @ cermai..
- Bahulu Ikan Mas
- Bahulu Bunga

Testimoni Door Gift Bahulu Sekupang
Dhiaza Bahulu Sekupang sememangnya sudah menjadi pilihan penduduk setempat dengan produk bahulunya. Mereka berpuas hati dengan rasa bahulu sekupang yang sedap serta saiznya yang kecil.
Saiznya yang kecil juga membolehkan para pelanggan mereka menjadikan door gift bahulu sekupang untuk majlis-majlis yang mereka jalankan.
Bagi kawan-kawan yang berminat untuk mendapatkan Dhiaza Bahulu Sekupang ini boleh mengunjungi Facebook mereka seperti berikut;
Facebook Dhiaza Bahulu Sekupang
Dhiaza Bahulu Sekupang Kedah berlokasi di Pendang Kedah. Bagi yang tinggal jauh dan berada diluar kawasan tersebut bolehlah menghubungi mereka untuk urusan tempahan dan pembelian secara online.
Pihak Dhiaza menyediakan penghantaran ke seluruh Malaysia. Mereka boleh dihubungi melalui link wasap yang berikut;
KLIK DI SINI UNTUK DHIAZA BAHULU SEKUPANG
Nik Nock kongsikan juga media sosial, nombor telefon dan lain-lain maklumat untuk berhubung dengan pihak DHIAZA BAHULU SEKUPANG.
FACEBOOK DHIAZA BAHULU SEKUPANG |
NO TELEFON 0195201243 (PUAN RODIAH) |
WASAP DHIAZA BAHULU SEKUPANG |
ALAMAT 5A KAMPONG LINCHAN, MUKIM PADANG KERBAU 06750 PENDANG, KEDAH |
Terima kasih kepada Usahawan DHIAZA BAHULU SEKUPANG yang mempunyai wawasan untuk memperkembangan perniagaan bahulu tradisional masyarakat Melayu. Semoga usaha DHIAZA BAHULU SEKUPANG terus diberikan kejayaan yang berkekalan. Aameen.
Nik Nock
Artikel lain yang boleh di baca berhubung DHIAZA BAHULU SEKUPANG boleh KLIK pada link yang berikut;
Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS
More Stories
Idea Bilik Tidur Sempit | Izzahrra PeDAS
Tips Menghias Ruang Tamu | Izzahrra PeDAS
Kedai Perabot Online Izzahrra | Usahawan PeDAS