February 27, 2021

Nik Nock

Blogger Malaysia

Dhiaza Bahulu Sekupang Kedah | Usahawan PeDAS

Dhiaza-bahulu-sekupang-kedah

Bahulu adalah antara kuih tradisional Melayu yang menjadi kegemaran ramai orang tidak mengira usia. Ramai pengusaha kuih bahulu di seluruh Malaysia. Kalau di utara, antara pengusahanya adalah Dhiaza Bahulu Sekupang Kedah.

Bagi anak-anak muda yang belum pernah tahu atau tidak pernah makan kuih bahulu, ianya adalah kuih tradisioal masyarakat Melayu.

Kuih bahulu secara asasnya di buat daripada bahan-bahan seperti tepung gandum, telur dan gula. Adunan ini kemudiannya di masukkan ke dalam acuan yang berbentuk dan dibakar.

Kalau mengikut cara lama, bahulu dibakar dengan menggunaka sabut kelapa. Namun sekarang sudah boleh dibakar dengan menggunakan oven. Tetapi rasa bahulu yang dibakar dengan sabut sudah tentunya lebih sedap dan asli.

Ramai antara pengusaha bahulu tetap menggunakan resepi dan kaedah yang lama bagi mengekalkan keaslian rasa bahulu. Terutamanya resepi keluarga turun temurun yang patut dikekalkan.

Dhiaza Bahulu Sekupang Kedah juga masih mengekalkan resepi keluarga sehingga kini untuk perniagaan bahulu mereka di Pendang, Kedah.

Bahulu Sekupang adalah nama yang diambil bersempena dengan bahulu mereka yang bersaiz sangat kecil dan comel.

Menurut pengasas Dhiaza Bahulu Sekupang Kedah, bahulu keluaran mereka terkenak dengan panggilan bahulu sekupang oleh kerana saiznya yang sangat kecil.

Melalui syarikatkanya HBB Utama Enterprise, Puan Rodiah ingin memasarkan Dhiaza Bahulu Sekupang Kedah ke seluruh Malaysia.

Beliau juga membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat terutamanya ibu-ibu tunggal untuk membantu mereka meningkatkan kewangan mereka dengan perniagaan bahulu.

Puan Rodiah yang mengusahakan perniagaan ini semenja tahun 2008 bersama-sama suaminya iaitu Tuan Muhammad Zahir. Mereka berhasrat ingin membayar zakat dengan jumlah yang tinggal hasil daripada perniagaan bahulu ini.

Setiap usaha Insya Allah pasti berjaya

Rodiah Bt Md Akhir
Pengasas Dhiaza Bahulu Sekupang Kedah
Puan Rodiah Pengasas Dhiaza-bahulu-sekupang-kedah-ikan.jpg

Produk Dhiza Bahulu Sekupang Kedah sememangnya mendapat sambutan daripada pelanggan mereka yang setia sejak dahulu lagi sehinggalah sekarang.

Keistimewaan Dhiaza Bahulu Sekupang Kedah

Apa yang membezakan Dhiaza Bahulu Sekupang Kedah adalah kerana saiznya yang sangat kecil dan sangat mudah dan sedap dimakan.

Antara keistimewaan Dhiaza Bahulu Sekupang Kedah adalah seperti berikut;

(1) Produk Halal Syarikat Bumiputera

Sudah tentunya Bahulu Sekupang ini Halal dimakan tanpa was-was kerana ianya dihasilkan oleh pengusaha Bumiputera Islam.

Bahan-bahan yang digunakan adalah halal dan bersih demi menjaga kualiti bahulu.

Dhiaza Bahulu Sekupang Kedah
Produk Bahulu Sekupang Keluaran Bumiputera

(2) Tahan Lama Tiada Pengawet

Dhiaza Bahulu Sekupang Kedah boleh tahan sehingga 1 bulan walaupun ianya diadun tanpa sebarang bahan pengawet.

Bahulu mestilah dan di simpan di dalam bekas kedap udara.

(3) Sedap dan Kurang Manis

Bahulu Sekupang mempunyai rasa bahulu sedap dan kurang manis dan menepati citarasa pelbagai golongan masyarakat zaman kini.

(4) Rangup Di Luar Gebu Di dalam

Dhiaza Bahulu Sekupang Kedah mengekalkan rasa bahulu traditional yang garing di luar lembut serta gebu di dalamnya.

(5) Mengimbau Kengangan Lama

Menikmati Bahulu Sekupang mampu mengembalikan nostalgia dan kenagan dulu-dulu bersama ibu dan keluarga.

(6) Di Bakar Setiap Hari

Bahulu Sekupang di bakar dan di proses setiap hari untuk memastikan kualiti bahulu yang memuaskan hati pelanggan.

(7) Saiz Kecil Senang Di Makan

Bahulu Sekupang mempunyai saiz yang sangat kecil dan comel. Ianya sangat mudah untuk dimakan pada setiap masa seperti sarapan pagi dan minum petang serta di gemari untuk semua peringkat umur.

Ianya sangai sesuai di hidangkan untuk makan semasa minum petang bersama keluarga.

(8) Harga Bahulu Sekupang Yang Berpatutan

Tanpa mengenepikan rasa dan kualiti, Dhiaza Bahulu Sekupang Kedah di jual dengan harga kasih sayang yang berpatutan.

Asalnya dahulu, bahulu sekupang dijual dengan harga sekupang (10sen) sebiji, namun kini harganya mengikut peredaran masa mengikut harga bahan-bahan ramuanya.

(9) Membantu Meningkatkan Ekonomi Setempat

Dhiaza Bahulu Sekupang membuka peluang bagi penduduk sekitarnya untuk mendapatkan pekerjaan di kilang mereka. Dengan ini akan meningkatkan taraf ekonomi setempat.

Malah mereka juga memberi ruang untuk mereka yang ingin menjadi agen dan pengedar Bahulu Sekupang.

Produk Dhiaza Bahulu Sekupang Kedah

Walaupun Dhiaza Bahulu Sekupang popular dengan bahulu sekupangnya, namun mereka juga mengeluarkan beberapa jenis bahulu yang lain.

Antara produk Dhiaza Bahulu Sekupang Kedah adalah seperti berikut;

  • Bahulu Sekupang
  • Bahulu Ikan puyu
  • Bahulu Kandeh @ cermai..
  • Bahulu Ikan Mas
  • Bahulu Bunga
Dhiaza Bahulu Sekupang Kedah Bersaiz Kecil
Bahulu Sekupang
Dhiaza Bahulu Sekupang Kedah Bahulu Ikan Puyu
Bahulu Ikan Puyu
Dhiaza Bahulu Sekupang Kedah Bahulu Ikan Mas
Bahulu Ikan Mas

Dhiaza Bahulu Sekupang Kedah Sesuai dijadikan Doorgift

Bahulu Sekupang juga menyediakan doorgift dan hamper bahulu untuk majlis-majlis seperti kenduri kahwin, majlis harijadi, majlis persatuan, syarikat dan organisasi.

Nik Nock kongsikan antara majlis dan acara yang sesuai untuk dijadikan doorgift bahulu sekupang yang kecil molek ini. Boleh juga dijadikan sebagai buah tangan dan sumbangan untuk sedekah.

Doorgift Bahulu Sekupang sesuai untuk majlis, buah tangan dan sumbangan bagi event yang berikut;

  • Doorgift majlis perkahwinan
  • Doorgift majllis pertunangan
  • Doorgift majlis harijadi
  • Doorgift majlis rasmi syarikat/kerjaaan
  • Doorgift majlis perjumpaan persatuam/alumni
  • Buah tangan ketika mengunjungi sanak saudara dan kenalan
  • Buah tangan ketika menziarahi pusat jagaan orang tua
  • Buah tangan ketika mengunjungi rumah anak yatim
  • Hamper untuk majlis anugerah dan pertandingan
  • Hamper untuk hari sukan
  • Sumbangan kepada masjid dan surau
  • Sumbangan kepada majlis amal
  • Hidangan ringan untuk majlis yang diadakan
  • Hidangan ringan untuk aktiviti ‘picnic’
  • Hidangan ringan untuk majlis buka puasa dan selepas terawih bulan Ramadhan

Banyak kan yang kita boleh gunakan bahulu sekupang ni sebagai doorgift ataupun goodies. Ianya tidak terhad untuk majlis kahwin sahaja, malah boleh jadikan sumbangan kepada pihak yang memerlukannya.

Testimoni Dhiza Bahulu Sekupang Kedah

Dhiaza Bahulu Sekupang sememangnya sudah menjadi pilihan penduduk setempat dengan produk bahulunya. Mereka berpuas hati dengan rasa bahulu sekupang yang sedap serta saiznya yang kecil.

Bagi kawan-kawan yang berminat untuk mendapatkan Dhiaza Bahulu Sekupang ini boleh mengunjungi Facebook mereka seperti berikut;

Facebook Dhiaza Bahulu Sekupang

Dhiaza Bahulu Sekupang Kedah berlokasi di Pendang Kedah. Bagi yang tinggal jauh dan berada diluar kawasan tersebut bolehlah menghubungi mereka untuk urusan tempahan dan pembelian secara online.

Pihak Dhiaza menyediakan penghantaran ke seluruh Malaysia. Mereka boleh dihubungi melalui link wasap yang berikut;

KLIK DI SINI UNTUK DHIAZA BAHULU SEKUPANG

Nik Nock kongsikan juga media sosial, nombor telefon dan lain-lain maklumat untuk berhubung dengan pihak DHIAZA BAHULU SEKUPANG.

FACEBOOK DHIAZA BAHULU SEKUPANG
NO TELEFON
0195201243
(PUAN RODIAH)
WASAP DHIAZA BAHULU SEKUPANG
ALAMAT
5A KAMPONG LINCHAN, MUKIM PADANG KERBAU
06750 PENDANG, KEDAH

Terima kasih kepada Usahawan DHIAZA BAHULU SEKUPANG yang mempunyai wawasan untuk memperkembangan perniagaan bahulu tradisional masyarakat Melayu. Semoga usaha DHIAZA BAHULU SEKUPANG terus diberikan kejayaan yang berkekalan. Aameen.

Nik Nock

Artikel lain yang boleh di baca berhubung DHIAZA BAHULU SEKUPANG boleh KLIK pada link yang berikut;

Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS