March 8, 2021

Nik Nock

Blogger Malaysia

Kasut Pengantin Lelaki Melayu | Arils PeDAS

Kasut-pengantin-lelaki-Melayu

Secara kebiasaannya, persiapan perkahwinan bagi lelaki biasanya lebih ringkas dan mudah berbanding dengan perempuan kan. Walaupun begitu, dikatakan kelengkapan lelaki lebih mahal seperti baju dan seluar. Betul ke? Bagaimana dengan pemilihan kasut pengantin lelaki Melayu?

Nik Nock berpendapat ada betulnya barangan lelaki lebih mahal daripada perempuan. Tetapi disebabkan keperluan perempuan lebih banyak, mestilah kosnya melebihi daripada lelaki kan. Haha.

Apa pun seperti pengantin perempuan, pihak lelaki juga perlu membuat persiapan untuk majlis perkahwinan mereka. Daripada majlis merisik, bertunang sehinggalah majlis kenduri mestilah dibuat persiapan yang rapi.

Membuat pemilihan dan tempahan baju, seluar, songkok serta kasut mestilah dibuat dan dirancang dengan baik. Biarpun lelaki biasanya memilih yang ringkas tapi tidak bermakna mereka tidak bergaya dan kelihatan kemas di majlis perkahwinan.

Kali ini, Nik Nock nak kongsikan tips pemilihan gaya kasut pengantin lelaki Melayu yang sesuai digayakan untuk majlis perkahwinan.

Enam Gaya dan Jenis Kasut Pengantin Lelaki Melayu Untuk Majlis Perkahwinan

Biasanya pengantin wanita yang mempunyai lebih banyak pilihan kasut dengan pelbagai corak, warna dan bentuk yang cantik.

Namun pilihan untuk pengantin lelaki juga tidak ada kurangnya. Apa yang penting kasut mestilah dipilih mengikut keselesaan masing-masing.

Terdapat pelbagai jenama yang terdapat di Malaysia untuk kasut lelaki. Antaranya adalah Clarks, Aldo, Tomaz, Bata dan pelbagai lagi jenama yang ada sama ada jenama antarabangsa ataupun tempatan .

Setiap jenama menampilkan pelbagai jenis dan gaya kasul sama ada formal atau kasual untuk dijadikan pilihan mengikut citarasa dan bajet pengantin lelaki.

Trend masa kini, pihak pengantin lelaki tidaklah terlalu memilih gaya yang formal dan kasut bewarna hitam sahaja. Malah ada antara pengantin sekarang agak santai memakai kasut kasual semasa majlis persandingan.

Namun adakah ianya sesuai? Bergantung juga kepada kesesuian majlis dan keadaan. Tapi akhirnya ia adalah pilihan pasangan mempelai yang masing-masing ada citarasa dan pendapat yang tersendiri.

Secara kebiasaannya, kasut pengantin lelaki Melayu yang menjadi pilihan adalah gaya kasut yang formal, material kulit dan bewarna gelap sebagai pilihan yang selamat.

Gaya #1 Kasut Pengantin Lelaki Melayu : Kasut Loafer

Kasut Loafer adalah sejenis kasut yang boleh disarung tanpa tali. Ia boleh kelihatan kasual atau formal bergantung kepada design dan material pembuatannya.

Untuk pengantin, adalah sesuai jenis loafer daripada kulit kerana ianya lebih kelihatan formal dan sesuai untuk pakaian pengantin sama ada tuxedo atau persalinan songket.

Jadi bolehlah para lelaki memilih jenis kasut ini untuk dijadikan kasut pengantin lelaki Melayu dan dipadankan dengan baju pengantin yang moden atau tradisional.

Kasut pengantin lelaki Melayu jenis loafer
Kasut Jenis Loafer

Gaya #2 Kasut Pengantin Lelaki Melayu : Kasut Oxford

Kasut jenis oxford adalah sejenis kasut yang mudah untuk dicari dan selalu menjadi pilhan lelaki untuk gaya yang formal sama ada ke pejabat atau majlis rasmi.

Ia lebih sesuai dipadankan dengan seluar slack, kemeja ataupun t-shir yang berkolar.

Kasut ini biasanya menggunakan material daripada kulit dan lebih tertutup ke atas bahagian kaki (Closed Laces)

Jadi sudah tentulah ianya sesuai untuk dijadikan kasut pengantin lelaki Melayu untuk digayakan dengan busana perkahwinan mereka.

Kasut pengantin lelaki Melayu jenis oxford
Kasut Jenis Oxford

Gaya #3 Kasut Pengantin Lelaki Melayu : Kasut Derby

Kasut derby ialah sejenis kasut yang bertali dan kelihatan formal dan sedikit kasual. Mungkin anda keliru antara kasut Derby dengan kasut Oxford.

Kelainan pada kasut Derby terletak pada lubang tali kasut yang lebih jarak, selain mempunyai lapisan atas yang lebih lebar dan selesa.

Kasut ini sesuai digayakan ke majlis formal atau semi-kasual.

Oleh itu, mestilah sesuai untuk djadikan kasut pengantin lelaki Melayu untuk dipakai semasa majlis resepsi perkahwinan.

Kasut pengantin lelaki Melayu jenis derby
Kasut Jenis Derby

Gaya #4 Kasut Pengantin Lelaki Melayu : Kasut Monk Strap

Kasut jenis monk strap mempunyai strap yang kadang kala datang dalam bentuk buckle. Bentuknya yang kelihatan kelakian menjadi pilihan lelaki untuk pilihan formal mahupun kasual.

Lelaki yang memakai kasut Monk Strap akan nampak lebih bergaya dengan aura klasik.

Bentuk kasut ini tidak ubah seperti kasut Oxford, cuma ia digantikan dengan Monk Strap untuk dipakai atau ditanggalkan.

Tak kisah sama ada anda berimej kasual atau formal, kasut Monk Strap ini boleh digayakan pada bila-bila masa mengikut kesukaan para lelaki.

Jadi untuk lelaki yang sukakan kasut jenis strap pasti memilih kasut ini sebagai kasut pengantin lelaki Melayu untuk majlis persandingan nanti.

Kasut-pengantin-lelaki-Melayu jenis monk strap
Kasut Jenis Monk Strap

Gaya #5 Kasut Pengantin Lelaki Melayu : Kasut Brogue

Kasut Brogue adalah sejenis kasut yang selalu menjadi pilihan kaum lelaki untuk menghadiri majlis formal tetapi ianya juga mempunyai banyak reka bentuk yang sesuai untuk pakaian kasual.

Terdapat corak khas di sepanjang tepi kasut yang berlubang atau brogues. Semakin banyak brogues, semakin kasual gaya yang akan ditampilkan oleh si pemakai.

Jadi, kasut jenis brogue yang paling sesuai untuk dijadikan kasut pengantin lelaki Melayu adalah jenis klasik dan diperbuat daripada kulit.

Ia akan membuatkan pengantin lelaki tampil bergaya di hari persandingan.

Kasut pengantin lelaki Melayu jenis brogue
Kasut Jenis Brogue

Gaya #6 Kasut Pengantin Lelaki Melayu : Capal Tradisional

Lima gaya yang dikongsikan di atas adalah kasut pengantin lelaki Melayu yang formal dan semi-kasual yang sesuai untuk digayakan bersama busana moden seperti suit dan tuxedo mahupun pakaian tradisional songket atau baju Melayu.

Gaya yang ke enam (6) ini semakin menjadi pilihan ramai pengantin lelaki masa kini yang memilih untuk memakai capal sebagai padanan kepada busana tradisional Melayu pengantin lelaki.

Antara busana pengantin yang sesuai untuk dipakai bersama capal adalah seperti seperti baju melayu songket, baju melayu cekak musang, baju melayu moden dan sebagainya.

Sudah pastinya, dengan memilih capal sebagai kasut pengantin lelaki Melayu, pengantin akan terserlah dengan gaya kemelayuannya yang segak dan bergaya di hari persandingan.

Namun, capal tidak semudah untuk didapati dipasaran seperti mana jenis kasut yang lain.

Capal tradisional Melayu biasanya di hasilkan secara handmade oleh orang yang berkemahiran tinggi dalam proses pembuatan capal tradisional.

Salah satu pengusaha capal tradisional Melayu adalah Arils Leatherville Craft yang menghasikan capal kulit asli secara handmade.

Pelbagai Gaya Capal Kulit Arils

Capal bukan hanya sesuai untuk dijadikan kasut pengantin lelaki Melayu, namun ia juga sesuai untuk dipakai oleh semua lelaki tidak kira bangsa dan umur untuk pelbagai jenis majlis.

Capal handmade Arils yang cantik dan berkualiti ini boleh dipakai dan digayakan untuk pelbagai jenis keadaan seperti yang berikut;

  • Majlis Perkahwinan
  • Majlis Persilatan
  • Sambutan Hari Merdeka
  • Sambutan Hari Jadi
  • Hadiah kepada keluarga dan rakan-rakan
  • Hadiah untuk pertandingan
  • Sumbangan untuk majlis amal
  • Sumbangan kepada badan kebajikan
  • Hadiah eksklusif dan premium
Kasut pengantin lelaki Melayu Capal premium kulit kambing
Capal Premium Kulit Kambing

Oleh itu, kita janganlah beranggapan bahawa pemakaian capal itu sangat terhad kepada kasut pengantin lelaki Melayu sahaja, malah capal boleh juga dipakai untuk kegunaan harian dan dijadikan hadiah kepada yang tersayang.

Keistimewaan Capal Kulit Asli Arils

Sudah semestinya Capal Arils ini sangat istimewa kerana mereka hanya menghasilkan capal kulit tradisional menggunakan kulit yang asli dan bermutu tinggi.

Berikut adalah di antara keistimewaan capal Arils;

(1) Capal Buatan Tangan (Handmade)

Capal kulit asli Arils dijahit dan dihasilkan menggunakan tangan. Oleh itu capal yang terhasil di jahit kemas dan berkualiti.

Semua produk keluaran mereka dihasilan sendiri secara handmade dan mempunyai pelbagai koleksi yang menarik.

(2) Kulit Asli dan Berkualiti

Capal Arils hanya dihasilkan dengan menggunakan kulit kambing dan kulit lembu yang asli dan berkualiti sahaja.

Ini adalah untuk memastikan capal Arils mengekalkan kualitinya untuk para pelanggan yang setia dengan jenama mereka.

(3) Tukang Berpengalaman

Tukang yang menghasilkan capal Arils sangat mahir dalam proses pembuatan capal dan mempunyai banyak pengalaman.

Oleh itu, jenama Arils memang terkenal dengan hasil tangan yang kemas dan cantik.

(4) Design Klasik Tradisional

Sememangnya Capal Arils telah terkenal dengan capalnya yang mengekalkan design betul-betul klasik dan tradisional.

Justeru itu, warisan Melayu asli dapat dikekalkan untuk diwarisi oleh generasi yang akan datang.

Kasut pengantin lelaki Melayu Capal Nabi
Capal Nabi Antara Capal Menjadi Pilihan Ramai

(5) Pelbagai Peringkat Umur

Walau pun kini pemakaian capal tidak seperti dahulu, namun capal kulit Arils tetap menjadi pilihan pelbagai peringkat umur.

Capal Arils yang sangat sesuai dipakai oleh kanak-kanak, remaja, dewasa dan juga warga emas.

(6) Selesa dan Tahan Lasak

Jangan risau, kerana capal asli kulit Arils ini sangat selesa dipakai dan tidak sakitkan kaki.

Ini adalah kerana buatan capal menggunakan kulit, getah dan fiber berkualiti pada tapak dan akan membuatkannya selesa serta tahan lasak walau lama dipakai

(7) Padanan Pelbagai Fesyen

Capal selalunya boleh dipakai sebagai padanan pakaian tradisional Melayu seperti baju Melayu, Baju Songket, Baju Silat dan lain-lain.

Namun, Capal Arils ini juga sangat sesuai digayakan dengan baju t-shirt biasa atau jeans oleh golongan muda

(8) Tempahan Mengikut Jenis Saiz

Setiap pelanggan boleh menempah capal kulit tradisional mengikut saiz dan design yang mereka inginkan.

Daripada saiz sekecil kanak-kanak, dewasa sehingga replika capal boleh ditempah dengan pihak Arils ini.

Jenis-Jenis Capal Kulit Asli Arils

Jenama Arils mengeluarkan pelbagai jenis produk berangan kulit hasil buatan tangan mereka sendiri.

Antara produk dan capal keluaran Arils adalah seperti berikut;

  • Capal Klasik Kulit Kambing
  • Capal Klasik Kulit Lembu
  • Capal Nabi / Capal Rasul
  • Capal Kurta
  • Capal Aladdin
  • Capal Songket
  • Pelbagai Jenis Sandal Kulit
  • Tali Pinggang Kulit
  • Beg Kulit
Kasut pengantin lelaki Melayu Capal kulit kambing
Capal Klasik Kulit Kambing

Testimoni Capal Kulit Asli Arils

Bukan sahaja lelaki dewasa yang suka memakai capal Arils, malah kanak-kanak pun ramai yang menyukainya.

Ini adalah kerana mereka sukakan rekabentuk klasik capal Arils yang cantik dan sangat selesa dipakai.

Bagi kawan-kawan yang berminat untuk mendapatkan koleksi Capal Kulit Asli Arils ini boleh mengunjungi Facebook mereka seperti berikut;

Facebook Capal Kulit Arils

Bagi yang tinggal jauh dan berada diluar kawasan Johor boleh menghubungi mereka untuk urusan tempahan dan pembelian secara online.

Pihak Arils menyediakan penghantaran ke seluruh Malaysia. Mereka boleh dihubungi melalui link wasap yang berikut;

KLIK DI SINI UNTUK WASAP ARILS

Nik Nock kongsikan juga media sosial, nombor telefon dan lain-lain maklumat untuk berhubung dengan pihak Arils.

FACEBOOK CAPAL KULIT ARILS
INSTAGRAM CAPAL KULIT ARILS
NO TELEFON
0162337580/0178428469
(ARIF SYAHMI)
WASAP CAPAL KULIT ARILS
ALAMAT
NO 155E, KM15/4, JLN BAKRI
84000 MUAR, JOHOR
LOKASI KE CAPAL KULIT ARILS

Terima kasih kepada Usahawan CAPAL KULIT ARILS yang mempunyai wawasan untuk memperkembangan perniagaan capal kulit demi mempertahankan warisan Melayu. Semoga usaha CAPAL KULIT ARILS terus diberikan kejayaan yang berkekalan. Aameen.

Nik Nock

Artikel lain yang boleh di baca berhubung CAPAL KULIT ARILS boleh KLIK pada link yang berikut;

Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS