February 27, 2021

Nik Nock

Blogger Malaysia

Capal Kulit Asli Arils | Usahawan PeDAS

Capal-kulit-asli-Arils

Capal-kulit-asli-Arils

Capal itu apa ya? Ini mestilah soalan yang biasa ditanya bagi orang yang pertama kali mendengar mengenai capal terutamanya golongan muda. Tak ramai usahawan yang mengambil inisiatif untuk mengekalkan capal warisan Melayu ini. Antaranya adalah Capal Kulit Asli Arils.

Capal tu sebenarnya adalah sejenis selipar atau alas kaki tradisional orang Melayu dulu-dulu.

Namun bila zaman berganti zaman, capal tidak lagi popular dan tidak digunaka secara meluas lagi. Malah ramai golongan muda yang tidak mengenali capal.

Dikatakan dahulunya, asal capal dibawa masuk oleh pedagang India yang memakai selipar jenis capal ketika mereka datang ke Tanah Melayu beratus tahun yang lalu.

Capal kemudiannya menjadi popular di kalangan bangsawan Melayu dan kekal dipakai dalam kehidupan seharian orang Melayu.

Untuk mengekalkan capal tradisional ini bagi zaman yang mendatang, banyak usahawan yang mengambil langkah membuat capal untuk diperkenalkan kepada generasi muda.

Salah satu daripada syarikat milik Bumiputera yang aktif dalam perniagaan capal adalah Syarikat Arils Leatherville Craft yang berlokasi di Johor.

Logo Capal kulit asli Arils
Jenama Arils Mengeluarkan Capal Kulit Asli

Menurut pemilik syarikat Arils iaitu Tuan Arif Syahmi, beliau adalah legasi muda yang meneruskan perniagaan yang diasaskan oleh ayah iaitu Tuan Shahril Abdul Rahman.

Bermula dengan perniagaan membaiki kasut, Tuan Shahril yang ingin memperkembangangkan perniagaannya, mengambil peluang untuk belajar mengenai cara-cara membuat capal dengan kenalannya yang berasal dari Indonesia.

Beliau menghasilkan capal dengan tangannya sendiri dan diperbuat daripada 100% kulit.

Setelah berpuluh tahun, kini perniagaannya diwariskan kepada anaknya Arif di bawah jenama Arils.

Arif berhasrat untuk memperkembangkan lagi perniagaan capal mereka di seluruh Malaysia juga akan membawa jenama Arils ke peringkat antarabangsa.

Lets spread the leather vibes

Arif Syahmi Mohd Shahril
Pengasas Capal kulit asli Arils
Aris Syahmi Bersama Bapanya Tuan Shahril

Arils masih lagi mengekalkan capal buatan mereka secara handmade dan menggunakan kulit yang asli.

Selain capal, Arils juga masih menghasilkan sandals dan barangan kulit yang lain sepeti tali pinggang, beg dan lain-lain.

Sebagai anak muda, Arif Syahmi cukup bersemangat dan berbangga mendapat peluang untuk menceburkan diri di dalam perniagaan capal dan memertabatkan lagi warisan orang Melayu.

Beliau ingin menghasilkan serta menginovasikan lagi produk capal kulit asli Arils sehingga dapat menarik minat orang ramai untuk memakai capal.

Secara tak langsung, perniagaan keluarga belia dapat memperluaskan dan diperkenalkan tradisi orang melayu ke serata dunia.

Di sini, Nik Nock nak kongsikan apa yang istimewanya Capal Kulit Asli Arils.

Keistimewaan Capal Kulit Asli Arils Buatan Tangan

Sudah semestinya capal kulit asli Arils sangat istimewa kerana tidak ramai usahawan yang menceburi bidang ini.

Berikut adalah di antara keistimewaan capal Arils;

(1) Capal Buatan Tangan (Handmade)

Capal kulit asli Arils dijahit dan dihasilkan menggunakan tangan. Oleh itu capal yang terhasil di jahit kemas dan berkualiti

(2) Kulit Asli dan Berkualiti

Capal Arils hanya dihasilkan dengan menggunakan kulit kambing dan kulit lembu yang asli dan berkualiti sahaja.

Ini adalah untuk memastikan capal Arils mengekalkan kualitinya

(3) Tukang Berpengalaman

Tukang yang menghasilkan capal Arils sangat mahir dalam proses pembuatan capal dan mempunyai banyak pengalaman.

Oleh itu, jenama Arils memang terkenal dengan hasil tangan yang kemas dan cantik

(4) Design Klasik Tradisional

Sememangnya capal Arils telah terkenal dengan capalnya yang mengekalkan design betul-betul klasik dan tradisional.

(5) Pelbagai Peringkat Umur

Walau pun kini pemakaian capal tidak seperti dahulu, namum capal kulit Arils tetap menjadi pilihan pelbagai peringkat umur.

Capal Arils sangat sesuai dipakai oleh kanak-kanak, remaja, dewasa dan juga warga emas.

(6) Selesa dan Tahan Lasak

Jangan risau, kerana capal asli kulit Arils ini sangat selesa dipakai dan tidak sakitkan kaki.

Kerana buatan capal menggunakan plat besi pada tapak dan akan membuatkannya selesa serta tahan lasak walau lama dipakai

(7) Padanan Pelbagai Fesyen

Capal selalunya boleh dipakai sebagai padanan pakaian tradisional Melayu seperti baju Melayu, Baju Songket, Baju Silat dan lain-lain.

Capal Arils ini juga boleh digayakan dengan baju t-shirt biasa atau jeans oleh pelbagai golongan

Pelbagai Kegunaan Capal Kulit Arils

Capal ni biasanya kita mesti gambarkan ianya dipakai oleh pendekar dan golongan bangsawan dahulu kala.

Tapi sebenarnya penggunaan capal bukanlah hanya untuk golongan tersebut. Ianya boleh dipakai atau digunakan untuk pelbagai jenis keadaan seperti yang berikut;

  • Majlis Perkahwinan
  • Majlis Persilatan
  • Sambutan Hari Merdeka
  • Sambutan Hari Jadi
  • Hadiah kepada keluarga dan rakan-rakan
  • Hadiah untuk pertandingan
  • Sumbangan untuk majlis amal
  • Sumbangan kepada badan kebajikan
  • Hadiah eksklusif dan premium
Pengantin memakai Capal kulit asli Arils
Capal Sinonim Sebagai Pelengkap Pengantin Lelaki

Jenis-Jenis Capal Kulit Asli Arils

Jenama Arils mengeluarkan pelbagai jenis produk berangan kulit hasil buatan tangan mereka sendiri.

Antara produk dan capal keluaran Arils adalah seperti berikut;

  • Capal Klasik Kulit Kambing
  • Capal Klasik Kulit Lembu
  • Capal Nabi / Capal Rasul
  • Capal Kurta
  • Capal Aladdin
  • Capal Songket
  • Pelbagai Jenis Sandal Kulit
  • Tali Pinggang Kulit
  • Beg Kulit
Capal kulit asli Arils capal nabi
Capal Nabi
Capal kulit asli Arils capal kurta
Capal Kurta
Capal kulit asli Arils capal eksklusif
Capal Kulit Kambing Eksklusif

Testimoni Capal Kulit Asli Arils

Bukan sahaja lelaki dewasa yang suka memakai capal Arils, malah kanak-kanak pun ramai yang menyukainya.

Ini adalah kerana mereka sukakan rekabentuk klasik capal Arils yang cantik dan sangat selesa dipakai.

Bagi kawan-kawan yang berminat untuk mendapatkan koleksi Capal Kulit Asli Arils ini boleh mengunjungi Facebook mereka seperti berikut;

Facebook Capal Kulit Arils

Nik Nock kongsikan juga media sosial, nombor telefon dan lain-lain maklumat untuk berhubung dengan pihak Arils.

FACEBOOK CAPAL KULIT ARILS
INSTAGRAM CAPAL KULIT ARILS
NO TELEFON
0162337580/0178428469
(ARIF SYAHMI)
WASAP CAPAL KULIT ARILS
ALAMAT
NO 155E, KM15/4, JLN BAKRI
84000 MUAR, JOHOR
LOKASI KE CAPAL KULIT ARILS

Terima kasih kepada Usahawan CAPAL KULIT ARILS yang mempunyai wawasan untuk memperkembangan perniagaan capal kulit demi mempertahankan warisan Melayu. Semoga usaha CAPAL KULIT ARILS terus diberikan kejayaan yang berkekalan. Aameen.

Nik Nock

Artikel lain yang boleh di baca berhubung CAPAL KULIT ARILS boleh KLIK pada link yang berikut;

Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS