February 27, 2021

Nik Nock

Blogger Malaysia

Pakaian Muslimah Patuh Syariah | Fatma Sofea PeDAS

Pakaian-muslimah-patuh-syariah

Bila kita perkatakan mengenai tutup aurat, pakaian yang selalunya kita fikirkan adalah tudung. Namun tutup aurat meliputi keseluruahnnya kecuali muka dan tangan bagi muslimah. Bukan sahaja menutup aurat malah pakaian muslimah patuh syariah penting untuk kita menyempurnakan suruhan Allah SWT.

Perkembangan industri fesyen muslimah di Malaysia adalah suatu tanda positif yang banyak mendorong wanita untuk berhijrah. Tambahan pula, ramai artis Malaysia yang sudah berhijrah dengan menutup aurat.

Antara artis yang berhijrah dan mempunyai nama besar dalam industri hiburan adalah seperti Dato’ Siti Nurhaliza, Ziana Zin, Rozita Che Wan, Ellla dan ramai lagi.

Ke semua mereka menjadi topik bualan hangat para peminat kerana langkah yang diambil adalah semasa kerjaya mereka sedang melonjak naik dan mempunyai ramai peminat di seluruh negara.

Neelofa juga tidak ketinggalan menjadi bualan apabila beliau tiba-tiba menggemparkan Malaysia apabila mengambil keputusan untuk bertudung. Kemudiannya Neelofa berjaya menaikkan fesyen tudung dengan jenamanya sendiri.

Pakaian Muslimah Patuh Syariah - Neelofa
Neelofa Antara Artis Yang Berjaya Dalam Bidang Fesyen

Secara tidak langsung, ia turut menjadi inspirasi buat wanita Malaysia untuk turut berhijrah kerana walaupun bertudung dan menutup aurat, ia bukanlan penyebab untuk menghadkan aktiviti yang kita lakukan selagi tidak melanggar batasan Islam.

Namun penghijrahan artis-artis ini juga menimbulkan banyak tanda tanya dan persoalan mengenai cara pemakaian mereka apabila bertudung sama ada ianya pakaian muslimah mengikut syariah Islam ataupun tidak.

Banyak gaya fesyen yang ditonjolkan mereka seperti pemakaian selendang dan singkat dan bukan pakaian muslimat mengikut syariah. Ini secara tidak langsung juga menjadi ikutan ramai.

Namun ada juga dikalangan artis yang berhijab mengenakan pemakaian muslimah patuh syariah dan kebanyakan mereka mula berubah sikit demi sedikit.

Apa pun ikutan fesyen zaman kini, kita perlu juga mengetahui apakah sebenarnya yang dimaksudkan pemakaian muslimah patuh syariah?

Adakah asal memakai tudung itu sudah dikira pemakaian muslimah patuh syariah?

Pemakaian tudung itu sendiri pun kalau mengikut syariah islam ada ciri-ciri yang perlu kita titik beratkan.

Nik Nock berpendapat asalkan kita mempunyai niat untuk menjadi yang lebih baik adalah satu permulaan yang akan disukai Allah. Namun, kita perlu terus berusaha dan mendalami ilmu agama untuk perubahan yang betul mengikut landasan Islam.

Jadi, dalam artikel ini sama-sama kita belajar dan ambil tahu apakah garis panduan pakaian muslimah patuh syariah yang perlu kita patuhi.

Pakaian Muslimah Patuh Syariah - Che Ta
Pakaian Menutup Aurat Yang Labuh dan Sopan

Tips dan Panduan Pakaian Muslimah Patuh Syariah

Dalam kita memilih tudung dan baju yang terdapat di pasaran sekarang, kita perlu cuba untuk mendapatkan pakaian muslimah patuh syariah agar aurat dan maruah kita terus terpelihara.

Antara panduan yang perlu kita ambilkira adalah seperti berikut;

Pakaian Muslimah Patuh Syariah #1 : Pemilihan Tudung

Tudung yang dipilih mestilah tidak nipis yang boleh menampakkam rambut, bentuk telingan dan leher kita.

Ia juga mestilah labuh menutupi dada. Dan jika ingin bersanggul, pastikan bentuk rambut itu tidak kelihatan.

Pakaian Muslimah Patuh Syariah #2 : Pilih Yang Labuh Menutupi Badan

Baju yang dipilih mestilah labuh dan tidak singkat. Baju yang jenis blouse seharusnya labuh melepasi punggung.

Begitu juga pemilihan jubah, seluar atau kain. Kita mesti memilih jubah, seluar atau kain yang labuh dan menutupi badan.

Elakkan memilih kain yang singkat dan terbelah kerana ianya boleh menampakkan kaki.

Pakaian muslimah patuh syariah yang labuh menutup aurat
Pakaian Muslimah Yang Labuh dan Menutup Aurat

Pakaian Muslimah Patuh Syariah #3 : Pakaian Longgar dan Tidak Nipis

Pakaian yang ketat akan menampakkan bentuk tubuh kita. Begitu juga dengan pakaian yang nipis. Pakaian nipis dan jarang akan menampakkan tubuh kita dan ianya tidak sesuai untuk pakaian muslimah.

Jadi untuk tips memilih pakaian muslimah, pilihlah yang longgar agar kita selesa memakainya.

Pakaian yang longgar dan labuh juga sesuai untuk dipakai untuk menunaikan solat.

Pakaian Muslimah Patuh Syariah #4 : Menutup Aurat

Yang pentinya adalah memilih pakaian yang menutup aurat. Bagi muslimat, pakaian yang dipilih mestilah menutupi semua anggota badan kecuali muka dan tangan.

Jika memilih seluar sekalipun, pastikan ianya juga labuh dan menutup aurat.

Pakaian Muslimah Patuh Syariah #5 : Memilih Seluar

Pemakaian seluar untuk wanita adalah harus. Pemilihan seluar sepatutnya yang longgar, tidak nipis dan tidak ketat.

Seluar seharusnya dipadankan dengan baju yang melepasi punggung.

Pakaian Muslimah Patuh Syariah #6 : Memilih Pakaian Bukan Untuk Bermegah

Tips memilih pakaian muslimah bukan sahaja terletak pada fizikal pakaian, namun niat juga adalah penting.

Allah sukakan kepada kecantikan, oleh itu pilihlah pakaian yang cantik dan bersin namun Allah tidak suka kepada orang yang takabbur.

Oleh itu, elakkan memakai pakaian dengan tujuan untuk bermegah dan untuk mendapatkan pujian dan kemuliaan.

Pakaian Muslimah Patuh Syariah #7 : Pilih Lengan Yang Panjang dan Longgar

Tips memilih pakaian muslimah mestilah juga mengambil kira keadaan lengan baju.

Elakkan lengan baju yang ketat dan singkat kerana ianya boleh menampakkan aurat wanita.

Namun begitu, trend zaman sekarang telah disediakan inner baju yang dipakai di dalam baju. Atau boleh juga memakai inner lengan apabila memakai baju lengan yang pendek.

Ia juga boleh mengelakkan aurat terdedah sekiranya tangan diangkat.

Pakaian Muslimah Patuh Syariah #8 : Memakai Pakaian Menyerupai Lelaki

Bagi muslimah, kita tidak seharusnya memakai pakaian yang menyerupai lelaki. Begitu lah juga sebaliknya.

Pakaian Muslimah Patuh Syariah #9 : Menggambarkan Imej Islam

Dalam memilih pakaian muslimah patuh syariah, kita mesti pastikan ianya menonjolkan imej kita sebagai seorang Islam yang sopan, bersederhana dan bermaruah.

Pakaian Muslimah Patuh Syariah #10 : Warna dan Hiasan Sederhana

Pilihan warna untuk pakaian muslimah patuh syariah adalah warna-warna natural dan tidak terlalu menonjol.

Begitu juga perhiasan dan corak yang mestilah sederhana dan sesuai dengan padanan baju seadanya dan bukanlan dipakai untuk menunjuk-nunjuk.

Dengan perkongsian tips memilih pakaian muslimah patuh syatriah ini, Nik Nock berharap dapatlah kita serba sedikit panduan untuk memastikan pakaian yang dipilih sesuai untuk imej kita sebagai wanita Islam.

Antara jenama yang menyediakan koleksi pakaian muslimah yang menepati tips memilih pakaian muslimah ini adalah jenama Fatma Sofea.

Fatma Sofea menyediakan banyak koleksi pakaian muslimah yang sesuai untuk digayakan oleh para wanita yang mencari pakaian muslimah patuh syariah.

Antara keistimewaan butik Fatma Sofea adalah seperti berikut;

Fatma Sofea mengeluarkan rangkaian pakaian muslimah yang moden dan terkini mengikut citarasa wanita Islam.

Antara keistimewaan dan kelebihan koleksi Fatma Sofea adalah seperti berikut;

(1) Pelbagai Koleksi

Fatma Sofea menghasilkan pelbagai koleksi dan jenis busana untuk wanita dan lelaki termasuklah kanak-kanak.

Ianya memberikan pelbagai pilihan untuk para pelanggan memilih pakaian yang sesuai untuk mereka dan keluarga.

Berikut adalah antara koleksi yang dihasilkan oleh jenama Fatma Sofea.

  • Tudung
  • Blouse
  • Pakaian Lelaki
  • Pakaian Kanak-kanak
  • Skirt
  • Telekung
Pelbagai Corak Jubah Fatma Sofea
Pelbagai Corak Jubah Fatma Sofea
Gaya blouse labuh moden
Gaya Blouse Labuh Yang Moden

(2) Sangat Selesa Dipakai

Apa yang paling utama adalah keselesaan si pemakai. Fatma Sofea hanya menggunakan material yang berkualiti sahaja untuk dijadikan bahan koleksi pakaian mereka.

Ini kerana mereka ingin memastikan ke semua koleksi mereka, walaupun menutup aurat namun tetap selesa dipakai.

(3) Sesuai Seisi Keluarga

Koleksi yang ada adalah meliputi pakaian untuk ibu, bapa dan anak-anak, daripada tudung, baju, dan seluar. Jadi ianyakan akan memupuk pemakaian menutup aurat mengikut syariah Islam untuk seisi keluarga

(4) Design Moden dan Terkini

Fatma Sofea tetap menghasilkan koleksi pakaian mereka mengikut design dan corak yang moden dan terkini.

Oleh itu, para pelanggan mereka tetap akan tampil kemas dengan gaya terkini walaupun mengenakan busana muslimah.

(5) Jahitan Yang Kemas

Penghasilan pakaian daripada Fatma Sofea adalah hasil tangan tukang jahit yang berpengalaman. Koleksi yang mereka keluarkan sudah tentunya kemas dijahit dan terletak cantik apabila dipakai.

(6) Patuh Syariah Islam

Rangkaian produk pakaian Fatma Sofea adalah sopan dan menutup aurat mengikut syariah yang dilandaskan oleh Agama Islam.

Oleh itu, ianya memenuhi keperluan wanita Islam untuk berfesyen dan pada masa yang sama masih sopan dan menunjukkan ciri-ciri wanita Islam.

(7) Perkhidmatan Jahitan Pukal

Butik muslimah Fatma Sofea bukan sahaja menyediakan koleksi pakaian sopan dan mengikut syarikat Islam, malah mereka juga menyediakan servis jahitan pukal untuk usahawan dan pengusaha fesyen di Malaysia.

Antara jenis pakaian yang boleh ditempah secara pukal adalah seperti berikut;

  • Telekung
  • Jubah
  • Tudung Dewasa
  • Tudung Kanak-kanak
  • Shawl / Selendang
  • Skirt
  • Blouse
  • Pakaian Lelaki
  • Handsock
  • Uniform

Mereka turut menerima tempahan pukal untuk uniform atau pakaian seragam daripada institusi pengajian, tadika, persatuan, jabatan kerajaan, syarikat swasta dan lain-lain.

Pakaian muslimah patuh syariah untuk jahitan pukal
Pelbagai Design Telekung Solat Juga Disediakan Untuk Jahitan Pukal

Testimoni Pelanggan Butik Muslimah Fatma Sofea

Koleksi pakaian Fatma Sofea telah menjadi pilihan ramai orang yang semakin membuka mata untuk memakai busana muslimah. Mereka amat berpuas hati dengan koleksi Fatma Sofea yang mereka beli.

Bagi kawan-kawan yang berminat untuk mendapatkan koleksi busana muslimah Fatma Sofea dan ingin mendapatkan servis jahitan pukal ini boleh mengunjungi Facebook mereka seperti berikut;

Facebook Fatma Sofea

Nik Nock kongsikan juga media sosial, nombor telefon dan lain-lain maklumat untuk berhubung dengan pihak Fatma Sofea.

FACEBOOK FATMA SOFEA
INSTAGRAM FATMA SOFEA
NO TELEFON
014-8404924
(PUAN FATMA)
WASAP FATMA SOFEA
ALAMAT
NO12A, JLN TPS2/2, TMN PELANGI SEMENYIH 2
43500, SEMENYIH
SELANGOR

Terima kasih kepada Usahawan FATMA SOFEA yang mempunyai wawasan untuk memperkembangan perniagaan busana muslimah serta jahitan pukal. Semoga usaha FATMA SOFEA terus diberikan kejayaan yang berkekalan. Aameen.

Nik Nock

Artikel lain yang boleh di baca berhubung FATMA SOFEA boleh KLIK pada link yang berikut;


Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS