March 8, 2021

Nik Nock

Blogger Malaysia

Jahit Pukal Pakaian Semenyih | Fatma Sofea PeDAS

Jahit-pukal-pakaian-semenyih

Bidang keusahawan kini telah menjadi pilihan ramai golongan muda termasuklah dalam bidang fesyen seperti baju, tudung, jubah dan sebagainya. Selain mendapatkan stok pakaian dari luar negara, ramai juga yang masih gemar menjahit sendiri dan mendapatkan khidmat jahitan seperti Jahit Pukal Pakaian Semenyih.

Perkhidmatan jahitan pukal tempatan semakin mendapat tempat di kalangan usahawan dan pengusaha butik. Ini adalah kerana kebanyakan mereka tidak mampu untuk memenuhi permintaan sekiranya menghasilkan sendiri koleksi baju mereka.

Bagi mereka yang menceburi bidang rekaan dan fesyen, biasanya mereka mengeluarkan koleksi terbaru hampir setiap bulan atau setiap musim perayaan.

Dengan adanya perkhidmatan seperti jahit pukal pakaian Semenyih, para usahawan dapat menumpukan perhatian mereka kepada rekaaan dan pemasaran sahaja. Kepakaran dalam jahitan boleh diserahkan kepada pihak jahitan pukal.

Jahitan pukal adalah suatu servis atau perkhidmatan yang disediaan oleh syarikat atau individu yang menerima tempahan untuk menjahit pakaian dalam kuantit yang banyak.

Jahit Pukal Pakaian Semenyih yang Nik Nock maksudkan adalah Syarikat Urduga Sofea yang berlokasi di Semenyih.

Jahit Pukal Pakaian Semenyih untuk koleksi jubah
Jahitan Pukal Untuk Koleksi Jubah

Dengan membawa jenama Fatma Sofea, mereka menawarkan perkhidmatan jahitan secara pukal untuk para usahawan dan pengusaha butik.

Mereka sememangnya pakar dan berpengalaman dalam bidang jahitan dan mampu menghasilkan pakaian bukan sahaja mengikut kuantiti yang diperlukan, malah boleh menjahit mengikut rekaan yang dikehendaki pelanggan.

Diasaskan oleh Puan Siti Fatma Sofea, mereka telah pun memberikan servis jahitan pukal kepada kebanyakan butik-butik besar tempatan termasuk artis yang mempunyai perniagaan pakaian.

Menurut Puan Fatma, misi dan matlamat beliau adalah untuk menjadi sebuah syarikat bumiputera yang progresif dan maju dalam fesyen.

Apa yang istimewanya, Puan Fatma hanya menumpukan kepada fesyen pakaian muslimah yang menepati syariah Islam.

Pengasas Jahit Pukal Pakaian Semenyih
Puan Siti Fatma Sofea Bt Mohamed Sudin, Pengasas Fatma Sofea

Perkhidmatan Jahit Pukal Pakaian Semenyih, Fatma Sofea

Jahit Pukal Pakaian Semenyih menyediakan perkhimatan jahitan secara pukal untuk memenuhi permintaan pelanggan mereka.

Berikut adalah kelebihan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Jahit Pukal Pakaian Semenyih;

(1) Pelbagai Jenis Pakaian

Jahit Pukal Pakaian Semenyih menyediakan servis jahit pukal khusus untuk pakaian muslimah.

Antara jenis pakaian yang boleh ditempah secara pukal adalah seperti berikut;

  • Telekung
  • Jubah
  • Tudung Dewasa
  • Tudung Kanak-kanak
  • Shawl / Selendang
  • Skirt
  • Blouse
  • Pakaian Lelaki
  • Handsock
  • Uniform

Mereka turut menerima tempahan pukal untuk uniform atau pakaian seragam daripada institusi pengajian, tadika, persatuan, jabatan kerajaan, syarikat swasta dan lain-lain.

Jahit Pukal Pakaian Semenyih untuk uniform
Pakaian Seragam/Uniform Persatuan

(2) Jahitan Berkualiti

Sudah semestinya Jahit Pukal Pakaian Semenyih menghasilkan jahitan yang kemas dan berkualiti.

Mereka mempunyai tukang jahit yang pakar dan sangat berpengalaman. Oleh kerana itulah, hasil produk mereka menjadi pilihan pengusaha butik yang berjenama.

(3) Pelbagai Jenis Rekaan, Corak dan Material

Jahit Pukal Pakaian Semenyih menerima tempahan untuk menjahit pelbagai jenis pakaian custome made mengikut rekaan yang diperlukan oleh pelanggan.

Mereka juga boleh memberikan khidmat nasihat yang sesuai dengan kehendak pelanggan sekiranya diperlukan seperti rekaan, jenis material yang sesuai serta warna dan corak yang terkini yang mendapat permintaan yang tinggi.

(4) Servis Pantas dan Efisyen

Jahit Pukal Pakaian Semenyih memberikan servis yang pantas dan efisyen kepada semua pelanggan mereka tanpa mengenepikan kualiti pakaian yang terhasil.

Setiap permintaan dan pertanyaan akan dilayan dan perbincangan akan diadakan bersama pelanggan.

Mereka juga akan memastikan pelanggan mendapat pakaian pukal yang ditempah mengikut tarikh yang dipersetuji.

(5) Kuantiti Minima Tempahan (MOQ) Yang Rendah

Jahit Pukai Pakaian Semenyih menerima MOQ yang rendah dan boleh dibincangkan bersama. Ini adalah untuk membantu usahawan terutamanya yang baru ingin menceburi perniagaan pakaiaan.

(6) Harga Yang Berpatutan

Fatma Sofea memberikan harga yang berpatutan untuk servis jahitan pukal yang diberikan kepada pelanggan.

Harga yang diberikan adalah bergantung kepada jenis rekaan, material kain, kuantiti serta sebarang tambahan servis yang diperlukan.

Oleh itu, mereka amat menggalakkan agar pelanggan dapat menghubungi pihak Fatma Sofea untuk perbinacangan yang lanjut.

Kepada usahawan, pengasas, pengusaha butik dan individu yang berminat untuk mengeluarkan koleksi pakaian jenama sendiri, bolehlah menghubungi pihak Fatma Sofea seperti yang Nik Nock kongsika pada bahagian bawah artikel ini.

Untuk makluman, selain daripada menyediakan perkhidmatan jahitan pukal, Fatma Sofea sememangnya ada mengeluarkan koleksi pakaian mereka sendiri di bawah jenama Fatma Sofea.

Kelebihan Koleksi Pakaian Fatma Sofea

Fatma Sofea mengeluarkan rangkaian pakaian muslimah yang moden dan terkini mengikut citarasa wanita Islam.

Koleksi Jahit Pukal Pakaian Semenyih
Pelbagai Koleksi Moden dan Terkini Untuk Seisi Keluarga

Antara keistimewaan dan kelebihan koleksi Fatma Sofea adalah seperti berikut;

(1) Pelbagai Koleksi

Fatma Sofea menghasilkan pelbagai koleksi dan jenis busana untuk wanita dan lelaki termasuklah kanak-kanak.

Ianya memberikan pelbagai pilihan untuk para pelanggan memilih pakaian yang sesuai untuk mereka dan keluarga.

Berikut adalah antara koleksi yang dihasilkan oleh jenama Fatma Sofea.

  • Tudung
  • Blouse
  • Pakaian Lelaki
  • Pakaian Kanak-kanak
  • Skirt
  • Telekung

(2) Sangat Selesa Dipakai

Apa yang paling utama adalah keselesaan si pemakai. Fatma Sofea hanya menggunakan material yang berkualiti sahaja untuk dijadikan bahan koleksi pakaian mereka.

Ini kerana mereka ingin memastikan ke semua koleksi mereka, walaupun menutup aurat namun tetap selesa dipakai.

(3) Sesuai Seisi Keluarga

Koleksi yang ada adalah meliputi pakaian untuk ibu, bapa dan anak-anak, daripada tudung, baju, dan seluar. Jadi ianyakan akan memupuk pemakaian menutup aurat mengikut syariah Islam untuk seisi keluarga

(4) Design Moden dan Terkini

Fatma Sofea tetap menghasilkan koleksi pakaian mereka mengikut design dan corak yang moden dan terkini.

Oleh itu, para pelanggan mereka tetap akan tampil kemas dengan gaya terkini walaupun mengenakan busana muslimah.

(5) Jahitan Yang Kemas

Penghasilan pakaian daripada Fatma Sofea adalah hasil tangan tukang jahit yang berpengalaman. Koleksi yang mereka keluarkan sudah tentunya kemas dijahit dan terletak cantik apabila dipakai.

(6) Patuh Syariah Islam

Rangkaian produk pakaian Fatma Sofea adalah sopan dan menutup aurat mengikut syariah yang dilandaskan oleh Agama Islam.

Oleh itu, ianya memenuhi keperluan wanita Islam untuk berfesyen dan pada masa yang sama masih sopan dan menunjukkan ciri-ciri wanita Islam.

Testimoni Jahit Pukal Pakaian Semenyih

Sudah ramai dikalangan usahawan dan pengusaha butik pakaian yang telah mendapatkan perkhidmatan Fatma Sofea untuk mengeluarkan koleksi pakaian mereka.

Tidak terkecuali persatuan, agensi kerajaan dan pihak sekolah serta tadika yang menempah uniform mereka dengan pihak Fatma Sofea. Mereka semua berpuas hati dengan kualiti yang dihasilkan dan yang penting adalah ianya sangat selesa.

Bagi kawan-kawan yang berminat untuk mendapatkan khidmat jhaitan pukal atau mendapatkan koleksi busana muslimah Fatma Sofea ini boleh mengunjungi Instagram mereka seperti berikut;

Instagram Fatma Sofea

Nik Nock kongsikan juga media sosial, nombor telefon dan lain-lain maklumat untuk berhubung dengan pihak Fatma Sofea.

FACEBOOK FATMA SOFEA
INSTAGRAM FATMA SOFEA
NO TELEFON
014-8404924
(PUAN FATMA)
WASAP FATMA SOFEA
ALAMAT
NO12A, JLN TPS2/2, TMN PELANGI SEMENYIH 2
43500, SEMENYIH
SELANGOR

Terima kasih kepada Usahawan FATMA SOFEA yang mempunyai wawasan untuk memperkembangan perniagaan busana muslimah serta jahitan pukal. Semoga usaha FATMA SOFEA terus diberikan kejayaan yang berkekalan. Aameen.

Nik Nock

Artikel lain yang boleh di baca berhubung FATMA SOFEA boleh KLIK pada link yang berikut;

Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS