March 8, 2021

Nik Nock

Blogger Malaysia

Butik Muslimah Fatma Sofea | Usahawan PeDAS

Butik-muslimah-fatma-sofea

Ingat tak pernah suatu ketika ramai betul artis yang berhijab? Masa tu yang paling tak disangka bila Lofa yang tiba-tiba bertudung. Kemudian fesyen bertudung dan pakaian muslimah melonjak naik. Kini, boleh dikatakan banyak butik yang ada termasuk Butik Muslimah Fatma Sofea.

Nik Nock sendiri kalau dahulunya cuma pandai pakai tudung bawal sahaja. Kalau di Kelantan, tudung bawal tu maksudnya tudung empat segi yang diperbuat daripada kain jenis bawal.

Namum kini, revolusi fesyen semakin moden. Daripada tudung bawal kepada tudung instant, selendang dan kini popular pula fesyen turban. Butik-butik muslimah pula tumbuh bagaikan cendawan demi menampung permintaan yang tinggi terhadap fesyen wanita Islam.

Antara lokasi popular butik-butik ini beroperasi adalah seperti Shah Alam, Bandar Baru Bangi dan tidak dilupakan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Kalau ada berada di sekitar semenyih, bolehlah cuba ke butik muslimah Fatma Sofea.

Blouse Butik Muslimah Fatma Sofea
Blouse Muslimah Fatma Sofea

Pelbagai Fesyen di Butik Muslimah Fatma Sofea

Fatma Sofea adalah suatu jenama keluaran Syarikat Urduga Sofea. Di ambil bersempena nama pengasasnya, Butik Muslimah Fatma Sofea sudah pun lebih tiga (3) tahun berada di pasaran dan beroperasi di Semenyih.

Menurut pengasasnya Puan Siti Fatma Sofea, beliau ingin menjadikan Urduga Sofea sebuah syarikat bumiputera yang progresif dan maju dalam bidang fesyen.

Jenama Fatma Sofea menyediakan pelbagai pilihan dalam reka bentuk, jenis, warna dan corak terhadap semua fesyen muslimah.

Beliau ingin memastikan Fatma Sofea bukan sahaja menampilkan fesyen muslimah terkini, namun tetap menutup aurat mengikut syariah yang ditetapkan oleh Agama Islam.

Antara pakaian yang dihasilkan oleh butik muslimah Fatma Sofea adalah seperti tudung, blouse, skirt, kain dan juga telekung.

Keistimewaan Butik Muslimah Fatma Sofea

Butik Muslimah Fatma Sofea bukan sahaja menyediakan pelbagai pilihan fesyen dan corak terkini untuk menjadi pilihan pelanggan wanita mereka, malah ianya merangkumi juga pakaian lelaki dan kanak-kanak.

Antara keistimewaan butik Fatma Sofea adalah seperti berikut;

(1) Pelbagai Koleksi

Fatma Sofea menghasilkan pelbagai koleksi dan jenis busana untuk wanita dan lelaki termasuklah kanak-kanak.

Ianya memberikan pelbagai pilihan untuk para pelanggan memilih pakaian yang sesuai untuk mereka dan keluarga.

(2) Sangat Selesa Dipakai

Apa yang paling utama adalah keselesaan si pemakai. Fatma Sofea hanya menggunakan material yang berkualiti sahaja untuk dijadikan bahan koleksi pakaian mereka.

Ini kerana mereka ingin memastikan ke semua koleksi mereka, walaupun menutup aurat namun tetap selesa dipakai.

(3) Sesuai Seisi Keluarga

Koleksi yang ada adalah meliputi pakaian untuk ibu, bapa dan anak-anak, daripada tudung, baju, dan seluar. Jadi ianyakan akan memupuk pemakaian menutup aurat mengikut syariah Islam untuk seisi keluarga

(4) Design Moden dan Terkini

Fatma Sofea tetap menghasilkan koleksi pakaian mereka mengikut design dan corak yang moden dan terkini.

Oleh itu, para pelanggan mereka tetap akan tampil kemas dengan gaya terkini walaupun mengenakan busana muslimah.

(5) Jahitan Yang Kemas

Penghasilan pakaian daripada Fatma Sofea adalah hasil tangan tukang jahit yang berpengalaman. Koleksi yang mereka keluarkan sudah tentunya kemas dijahit dan terletak cantik apabila dipakai.

(6) Perkhidmatan Jahitan Pukal

Butik muslimah Fatma Sofea bukan sahaja menyediakan koleksi pakaian sopan dan mengikut syarikat Islam, malah mereka juga menyediakan servis jahitan pukal untuk usahawan dan pengusaha fesyen di Malaysia.

Bagi perkhidmatan ini, pelanggan boleh memilih jenis design, corak, size yang dikehendaki untuk dihasilkan oleh Fatma Sofea.

Antara jenis pakaian yang boleh ditempah secara pukal adalah seperti berikut;

  • Telekung
  • Jubah
  • Tudung Dewasa
  • Tudung Kanak-kanak
  • Shawl / Selendang
  • Skirt
  • Blouse
  • Pakaian Lelaki
  • Handsock
  • Uniform

Mereka turut menerima tempahan pukal untuk uniform atau pakaian seragam daripada institusi pengajian, tadika, persatuan, jabatan kerajaan, syarikat swasta dan lain-lain.

Koleksi Pakaian Butik Muslimah Fatma Sofea

Fatma Sofea menghasilkan pelbagai koleksi dan jenis busana untuk wanita dan lelaki termasuklah kanak-kanak.

Ianya memberikan pelbagai pilihan untuk para pelanggan memilih pakaian yang sesuai untuk mereka dan keluarga.

Berikut adalah antara koleksi yang dihasilkan oleh jenama Fatma Sofea.

  • Tudung
  • Blouse
  • Pakaian Lelaki
  • Pakaian Kanak-kanak
  • Skirt
  • Telekung
Koleksi tudung Butik Muslimah Fatma Sofea
Koleksi Tudung Fatma Sofea
Koleksi Telekung Butik Muslimah Fatma Sofea
Koleksi Telekung Fatma Sofea
Koleksi Jubah Butik Muslimah Fatma Sofea
Koleksi Jubah Fatma Sofea
Koleksi Kasual Butik Muslimah Fatma Sofea
Koleksi Kasual Seisi Keluarga

Testimoni Pelanggan Butik Muslimah Fatma Sofea

Koleksi pakaian Fatma Sofea telah menjadi pilihan ramai orang yang semakin membuka mata untuk memakai busana muslimah. Mereka amat berpuas hati dengan koleksi Fatma Sofea yang mereka beli.

Bagi kawan-kawan yang berminat untuk mendapatkan koleksi busana muslimah Fatma Sofea ini boleh mengunjungi Facebook mereka seperti berikut;

Facebook Fatma Sofea

Nik Nock kongsikan juga media sosial, nombor telefon dan lain-lain maklumat untuk berhubung dengan pihak Fatma Sofea.

FACEBOOK FATMA SOFEA
INSTAGRAM FATMA SOFEA
NO TELEFON
014-8404924
(PUAN FATMA)
WASAP FATMA SOFEA
ALAMAT
NO12A, JLN TPS2/2, TMN PELANGI SEMENYIH 2
43500, SEMENYIH
SELANGOR

Terima kasih kepada Usahawan FATMA SOFEA yang mempunyai wawasan untuk memperkembangan perniagaan busana muslimah serta jahitan pukal. Semoga usaha FATMA SOFEA terus diberikan kejayaan yang berkekalan. Aameen.

Nik Nock

Artikel lain yang boleh di baca berhubung FATMA SOFEA boleh KLIK pada link yang berikut;

Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS