
Mee adalah makanan yang selalu dijadikan menu selain nasi. Ada pelbagai memasak mee seperti mee goreng, mee sup, mee tomyan dan sebagainya. Ada yang suka mee rebus? Nik Nock nak kongsikan resepi ringkas mee rebus sambal pecal.
Mee rebus adalah masakan mee kuning yang berkuah biasanya popular di negeri Johor. Antara bahan yang digunakan untuk membat mee Johor adalah seperti ubi keledek, udang kering, bawang, tauchu dan sebagainya.
Kuahnya sedikit pekat dan dihidangkan bersama telur rebus, taugeh, tauhu goreng dan lain-lain. Banyak juga bahan-bahan yang digunakan dalam resepi mee rebus. Oleh kerana itulah rasanya penuh dengan rasa dan sedap dimakan panas-panas.
Nik Nock sendiri pun makan mee rebus. Tapi kalau di Kelantan, kami lebih suka makan mee kuah. Siapa pernah cuba makan mee kuah Kelantan? Sedak sengoti.
Kali ini, kita nak tengok resepi mee rebus sambal pecal. Ianya adalah resepi mee rebus cuma ia lebih mudah kerana kita akan menggunakan sambal pecal segera keluaran Lahza.

Jadi resepi mee rebus sambal pecal ini akan lebih ringkas dan cepat untuk disediakan. Namun rasanya pasti sedap dan terangkat.
Jom kita tengok macam mana nak sediakan resepi mee rebus sambal pecal.
Resepi Mee Rebus Sambal Pecal Terangkat Pasti Sedap
Resepi ini adalah untuk hidangan lima (5) orang makan mengikut kesesuaian.
Bahan-bahan Mee Rebus Sambal Pecal
Bahan-bahan Mee dan Hiasan;
- 1 Paket Mee Kuning
- Sayur Sawi
- Taugeh
- Telur Rebus
- Bawang goreng
- Tauhu goreng
- Lada hijau
- Daun sup
- Limau kasturi
Bahan-bahan Kuah untuk Mee Rebus Sambal Pecal;
- 7 Sudu besar Sambal Pecal Segera Lahza
- Ayam/Daging dipotong kecil
- 1 Biji bawang besar
- 3 Ulas bawang putih
- 1 Inci halia
- 3 Biji ubi kentang (Direbus dan dikisar)
- 1 Sup bunjut / Kiub pati ayam
- Gula secukup rasa
- Garam
- Sos Cili
- Air
- 1 Biji tomato (Dibelah 4)
- Sedikit Minyak untuk menumis
Cara Penyediaan Mee Rebus Sambal Pecal
Cara Penyediaan Kuah Mee rebus Sambal Pecal;
(1) Tumiskan bawang dan halia
- Kisarkan bawang besar, bawang putih dan halia.
- Masukkan sedikit minyak ke dalam periuk dan panaskan.
- Masukkan bawang dah halia yang dikisar tadi
- Kemudian tumiskan sehingga naik bau
(2) Masukkan bahan-bahan
- Masukkan Sambal Pecal Segera Lahza kedalam tumisan tadi.
- Kemudian masukkan sos cili
- Kacau sekejap sehingga sebati
- Masukkan Ayam / Daging
- Masak sekejap kemudian bolehlah masukkan air
- Sukatan air mengikut kuantiti kuah yang diperlukan. Tapi jangan terlalu cair
- Kemudian bolehlah dimasukkan kentang yang dikisar
- Biarkan kuahnya mendidih dengan api perlahan
- Pastikan ayam betul-betul masak
- Akhir sekali masukkan tomato dan bahan perasa, gula dan garam secukup rasa.
- Biarkan ia masak sekejap dan boleh tutup api.
Cara Untuk Menghidang;
- Potong telur rebus
- Celur mee kuning, sayur sawi dan taugeh
- Masukkan mee kuning ke dalam mangkuk
- Tuangkan kuah ke dalamnya
- Masukkan telur, sayur sawi dan taugeh yang dicelur
- Kemudian boleh dihiaskan dengan tauhu goreng, daun sup, bawang goreng, lada hijau dan limau kasturi.
Apa yang menariknya, resepi mee rebus sambal pecal ini, tak perlu untuk kisar cili dan kacang tanah sebab sambal pecal segera ni dah tersedia dengan cili dan kacang tanah.
Jadi sedikit sebanyak, resepi mee rebus sambal pecal ini menjimatkan masa dan tenaga kita serta sedap untuk dinikmati bersama keluarga
Selamat Mencuba !!

Kalau rasa terliur nak mencuba resepi mee rebus sambal pecal ini, mestilah dapatkan dahulu Sambal Pecal Segera Lahza yang sedang dan mudah untuk disediakan.
Nik Nock kongsikan serba sedikit info mengenai sambal pecal segera ini.
Keistimewaan Sambal Pecal Segera Keluaran Lahza
Sambal pecal segera Lahza adalah produk makan sedia dimakan (Ready To Eat) yang senang, mudah dan sedap.
(1) Produk Keluaran Bumiputera
Produk ini dikeluarkan oleh syarikat tempatan milik usahawan Bumiputera muslim.
Sudan tentunya ianya halal dan boleh dimakan tanpa was-was
(2) Sedia Untuk Dimakan (Ready To Eat)
Sambal segera ini adalah produk keluaran Lahza yang sedia untuk dimakan dan tak perlu dimasak.
Hanya perlu dicampur air panas dan sedia untuk dihidangkan bersama sayur sayuran pecal.
(3) Resepi Asli Turun Temurun
Dihasilkan daripada resepi asli turun temurun daripada keluarga berketurunan Jawa, sambal pecal ini sangat sedap dan lazat kena dengan citarasa semua.
(4) Bahan-bahan Segar
Bukan sahaja resepi asli keturunan jawa, malah resepi sambal pecal segera Lazha menggunakan bahan-bahan segar dan berkualiti seperti kacang, cili kering, belacan dan sebagainya.
(5) Sesuai Untuk Semua
Sambal segera ini sangat sesuai untuk dimakan untuk semua golongan dan peringkat umur.
Kanak-kanak pun suka makan sambal pecal yang sedap ini.
(6) Menjimatkan Masa
Sudah tentunya sambal ini adalah sangat senang untuk digunakan. Oleh itu, ia menjimatkan masa dan tenaga kita untuk menyediakan pecal yang sedap
(7) Menjimatkan Kos
Harganya amat berpatutan dan mampu milik. Oleh itu, sambal ini boleh dibeli dengan senang oleh mereka yang ingin merasainya.
(8) Tahan Lama
Sambal pecal ini dibuat secara homemade dan boleh tahan sehingg enam (6) bulan.
(9) Pelengkap Rasa Pelbagai Hidangan
Bukan setakat boleh dihidangkan bersama sayur-sayuran pecal malah boleh juga dinikmati dan sebagai pelengkap hidangan dan masakan yang lain seperi cucur udang, sate dan sebagainya
Cara Penyediaan Sambal Pecal Segera Lahza
Makanan sedia dimakan ini, sangat senang dan mudah untuk disediakan. Berikut adalah cara penyediaan sambal pecal segera Lahza;
(1) Masukkan serbuk sambal pecal LAHZA ke dalam bekas
(2) Masukkan air panas mengikut kepekatan yang diingini
(3) Kacau sehingga sebati
(4) Siap untuk dihidangkan
Sambal Pecal Segera Lahza juga sesuai dan boleh dihidangkan bersama-sama hidangan dan makanan yang berikut;
- Pecal
- Sate
- Nasi Himpit
- Cucur Udang
- Cucur biasa
- Tempe goreng
- Kuah Mee Rebus
Testimoni Sambal Pecal Segera Lahza
Sambal pecal segera Lahza kian mendapat sambutan ramai kerana rasanya yang enak dan sangat mudah untuk disediakan.

Kalau ada yang terliur dan ingin merasa sambal pecal segera Lahza ini bolehlah mengunjungi kedai jualan mereka seperti berikut;
Lokasi Lahza
Produk Keluaran Lahza Enterprise
Selain daripada sambal segera pecal, Lahza juga mengeluarkan kuah rojak yang juga menggunakan resepi keluarga turun temurun.
(1) Kuah Rojak
(2) Sambal Pecal Segera

Nik Nock kongsikan juga media sosial, nombor telefon dan lain-lain maklumat untuk berhubung dengan pihak Lahza Enterprise.
FACEBOOK LAHZA |
INSTAGRAM LAHZA |
WEBSITE LAHZA |
NO TELEFON 012-9683836 (PUAN SITI NURLAILAH) |
WASAP LAHZA |
ALAMAT NO A99, FELDA TERSANG 2 27600 RAUB, PAHANG |
LOKASI KE LAHZA |
Terima kasih kepada Usahawan LAHZA yang mempunyai wawasan untuk memperkembangan perniagaan sambal pecal dan kuah royak sedai dimakan (ready to eat). Semoga usaha LAHZA terus diberikan kejayaan yang berkekalan. Aameen.
Nik Nock
Artikel lain yang boleh di baca berhubung LAHZA boleh KLIK pada link yang berikut;
Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS
More Stories
Idea Bilik Tidur Sempit | Izzahrra PeDAS
Tips Menghias Ruang Tamu | Izzahrra PeDAS
Kedai Perabot Online Izzahrra | Usahawan PeDAS