March 8, 2021

Nik Nock

Blogger Malaysia

Kuah Rojak Pasti Terangkat | Lahza PeDAS

Kuah-rojak-pasti-terangkat2

“Sedapnya mangga muda ni, kalau potong buat buat mangga asam boi mesti sedap ni…” Haa. Itulah trendnya sekarang, viral dengan mangga asam boi. Kalau tak nak buat mangga asam boi pun takpe. Boleh juga mangga tu kita potong, makan dengan kuah rojak pasti terangkat.

Kuah rojak sememangnya popular sebagai pencicah buah-buahan. Ianya adalah sejenis pes yang agak pekat, likat dan warna kehitaman. Biasanya dibuat daripada bahan-bahan seperti cili, kicap, belacan, gula dan lain-lain.

Tetapi kalau di Kelantan, makan buah dengan pencicah ni kami memanggilnya ‘cholek’ buah. Nik Nock sendiri kalau makan cholek buah ni, buat pencicahnya sendiri.

Cuma campurkan gula, kicap atau cuka, belacan dan cili kampung. Kemudian makanlah dengan buah mangga, jambu, belimbing dan sebagainya. Aduhh…sedak sengoti !!

Namun di Kelantan, cholek juga dimakan dengan kuah rojak. Jadi ianya memang biasa kuah rojak dimakan dengan buah-buahan. Begitu juga dengan negeri-negeri lain tempat di Malaysia ni kan.

Kalau tak buat sendiri pun, kuah rojak boleh juga dibeli di pasaraya, kedai runcit dan juga secara online.

Lahza adalah salah satu jenama yang mengeluarkan kuah rojak pasti terangkat. Produk keluaran Lahza Enterprise ini adalah hasil produk homemade yang menggunakan resepi turun temurun daripada keluarga pengasasnya iaitu Puan Siti Nurlailah.

Menurut Puan Siti, kuah rojak pasti terangkat keluaran syarikatnya ini, dihasilkan daripada bahan-bahan yang berkuali dan mengekalkan resepi asli yang dipelajari daripada ibunya.

Kepada mereka yang sukakan kuah rojak, pasti kena mencuba produk keluaran Lahza ini.

Sebelum itu, Nik Nock kongsikan antara keistimewaan kuah rojak jenama Lahza ini.

Kuah Rojak Pasti Terangkat dimakan dengan buah buahan
Kuah Rojak Dimakan Dengan Buahan Yang Rangup

Keistimewaan Kuah Rojak Pasti Terangkat Lahza

Kuah rojak pasti terangkat Lahza ini adalah produk yang sudah sedia untuk dimakan. Tak perlu memasak atau menambah apa-apa bahan yang lain. Ianya sedia dimakan bersama buah-buahan seperti mangga.

Antara keistimewaan kuah rojak pasti terangkat Lahza adalah seperti berikut;

(1) Produk Keluaran Bumiputera

Produk ini dikeluarkan oleh syarikat tempatan milik usahawan Bumiputera muslim.

Sudan tentunya ianya halal dan boleh dimakan tanpa was-was

(2) Sedia Untuk Dimakan (Ready To Eat)

Produk keluaran Lahza ini sudah sedia untuk dimakan dan tak perlu dimasak.

Hanya perlu tuangkan kuah rojak ke dalam bekas dan sedia untuk dihidangkan bersama buah-buahan.

(3) Resepi Asli Turun Temurun

Kuah rojak ini dihasilkan daripada resepi asli turun temurun daripada keluarga berketurunan Jawa. Ianya sangat sedap dan lazat kena dengan citarasa semua.

(4) Bahan-bahan Segar

Bukan sahaja resepi asli keturunan jawa, malah resepi ini menggunakan bahan-bahan segar dan berkualiti iaitu kicap, cili, guka, belacan dan bijan.

(5) Sesuai Untuk Semua

Kuah rojak ini sangat sesuai untuk dimakan untuk semua golongan dan peringkat umur.

Kanak-kanak pun sukakan kuah rojak yang sedap ini.

(6) Menjimatkan Masa

Dengan adannya produk ini, ianya menjimatkan masa dan tenaga kita untuk menyediakan sendiri kuah rojak yang mengambil masa untuk menyedikan bahan-bahannya.

Hanya potong buah yang ada dan boleh dicicah dengan kuah rojak.

(7) Menjimatkan Kos

Harganya amat berpatutan dan mampu milik. Oleh itu, kuah rojak ini boleh dibeli oleh mereka yang ingin merasainya.

(8) Tahan Lama

Kuah rojak ini dibuat secara homemade dan boleh tahan sehingg tiga (3) bulan.

(9) Pencicah Pilihan Ramai

Kuah rojak ini paling sedap untuk dimakan dengan buah-buahan mentah yang segar, rangup, masam dan manis.

Antara buah-buahan yang sesuai dimakan dengan kuah rojak adalah seperti berikut;

  • Mangga muda/masak
  • Kedondong
  • Nenas
  • Belimbing
  • Sengkuang
  • Betik
  • Jambu
  • Strawberry
Kuah Rojak Pasti Terangkat makan dengan mangga muda
Mangga Muda Yang Sedap Dimakan dengan Kuah Rojak

Selain menjadikan kuah rojak pasti terangkat sebagai pencicah buah-buahan, ianya juga boleh dimakan bersama dengan hidangan atau makanan seperti yang berikut;

  • Kuah rojak
  • Sos
  • Rojak buah
  • Sotong Kangkung
  • Pencicah
  • Cholek
  • Rojak Tauhu

Testimoni Kuah Rojak Pasti Terangkat Lahza

“Sekali rasa pasti nak lagi”. Itulah yang dikatakan oleh pelanggan Lahza apabila makan kuah rojak pasti terangkat. Mereka sangat berpuas hati dengan rasa dan servis yang diberikan oleh pihak Lahza.

Kalau ada yang terliur dan ingin merasa kuah rojak pasti terangkat Lahza ini bolehlah mengunjungi Instagram mereka seperti berikut;

Instagram Lahza

Produk Keluaran Lahza Enterprise

Selain daripada kuah rojak pasti terangkat, Lahza juga mengeluarkan sambal pecal segera Lahza yang juga menggunakan resepi keluarga turun temurun.

(1) Kuah Rojak

(2) Sambal Pecal Segera

Sambal pecal segera Lahza
Sambal Pecal Segera Lahza

Nik Nock kongsikan juga media sosial, nombor telefon dan lain-lain maklumat untuk berhubung dengan pihak Lahza Enterprise.

FACEBOOK LAHZA
INSTAGRAM LAHZA
WEBSITE LAHZA
NO TELEFON
012-9683836
(PUAN SITI NURLAILAH)
WASAP LAHZA
ALAMAT
NO A99, FELDA TERSANG 2
27600 RAUB, PAHANG
LOKASI KE LAHZA

Terima kasih kepada Usahawan LAHZA yang mempunyai wawasan untuk memperkembangan perniagaan sambal pecal dan kuah royak sedai dimakan (ready to eat). Semoga usaha LAHZA terus diberikan kejayaan yang berkekalan. Aameen.

Nik Nock

Artikel lain yang boleh di baca berhubung LAHZA boleh KLIK pada link yang berikut;

Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS