February 27, 2021

Nik Nock

Blogger Malaysia

Kedai Capal Handmade Johor | Arils PeDAS

Kedai-capal-handmade-johor

Bila tibanya Ramadhan, ramai peniaga yang dapat meningkatkan jualan mereka terutama produk makanan dan pakaian. Tanpa ramai yang sedar, usahawan capai juga turut mendapat permintaan yang tinggi bila tibanya Hari Raya. Termasuklah Kedai Capal Handmade Johor yang berjenama Arils.

Tempahan akan mula diterima oleh usahawan perniagaan capal seawal tibanya Ramadhan. Pendapat mereka akan meningkat setiap kali tiba musim perayaan Hari Raya.

Walau pun tidak begitu popular di kalangan generasi muda masa kini, namun permintaan capal semakin meningkat saban tahun oleh golongan yang masih ingin mengekalkan tradisi Melayu.

Bagi generasi muda, mereka masih memilih kasut yang lebih moden sesuai dengan gaya masa kini. Ada juga dikalangan mereka yang tidak mengenali apa itu capal.

Capal adalah sejenis alas kaki yang berbentuk selipar diperbuat daripada kulit binatang yang dipakai oleh orang Melayu zaman dahulu.

Capal warisan Melayu Asli ini dikekalkan sehingga kini, walau pun tidak dipakai untuk kegunaan seharian.

Kini, permintaan terhadap capal semakin meningkat atas usaha promosi yang dibuat oleh pengusaha capal.

Namun, pembuat capal yang berkemahiran semakin berkurangan kerana ramai di antara mereka sudah meniti usia dan tiada pewaris untuk menyambung kemahiran yang mereaka ada.

Berlainan dengan Kedai Capal Homemade Johor berjenama Arils, perniagaan capal tradisional diminati oleh anak mereka walaupun masih muda.

Menurut Tuan Shahril Abdul Rahman, beliau bersyukur kerana anaknya Arif Syahmi berminat untuk mewarisi perniagaan capal yang diusahakannya selama hampir 20 tahun.

Beliau kemudiannya menjenamakan perniagaan capal beliau kepada Arils iaitu bersempena namanya Shahril dan anak-anak lelakinya (Arils & Sons) yang akan mewarisi legasi capal buatannya.

Pengasas Kedai capal handmade Johor
Tuan Shahril Sangat Berpengalaman Dalam Pembuatan Capal Klasik

Walaupun masih belajar, Arif sangat berminat untuk menyambung perniagaan ayahnya itu. Beliau turut belajar dan semakin mahir dalam proses pembuatan capal yang cantik dan berkualiti.

Arif sangat berharap dapat mengekalkan capal sebagai warisan Melayu sehingga zaman berzaman. Beliau akan terus mempromosikan budaya pemakaian capal terutama kepada golongan muda dan belia seperti beliau.

Bukan sahaja beliau ingin memperkembangkan perniagaannya ke seluruh Malaysia, malah ingin memartabatkan capal warisan Melayu ini ke serata dunia.

Kedai Capal Handmade Johor Jenama Arils

Capal handmade yang dikeluarkan oleh Syarikat Arils Leatherville Craft ini ternyata berkualiti kerana mendapat sambutan yang tinggi dikalangan peminat capal.

Kedai capal handmade Johor dibuat secara handmade
Arif Syahmi Mengikuti Jejak Langkah Ayahnya

Menurut Arif, setiap pelanggan yang pertama kali membeli dan merasai memakai capal tradisional buatan Arils pastinya akan kembali ke Kedai Capal Handmade Johor membuat tempahan kerana capal Arils sangat selesa dipakai oleh semua peringkat umur.

Kedai Capal Handmade Johor mereka pasti menjadi tumpuan para pelanggan tetap dan pelanggan baru yang datang untuk membuat tempahan.

Arils bukan sahaja mengeluarkan capal kulit tradisional malah turut menghasilkan beberapa produk berasaskan kulit yang lain seperti tali pinggang, handbag, sandal dan lain-lain.

Begitu juga setiap kali mereka membuka booth atau menyertai mana-mana pameran, kedai mereka pasti menjadi tumpuan orang ramai untuk mendekati dan lebih mengenali capal warisan Melayu kita.

Yang menariknya, capal Arils turut digemari oleh golongan muda termasuklah kanak-kanak.

Ini menandakan bahawa ramai lagi masyarakat kita yang masih berminat untuk mengekalkan capal warisan zaman berzaman ini.

Keistimewaan Arils, Kedai Capal Handmade Johor

Sudah semestinya Kedai Capal Handmade Johor ini sangat istimewa kerana mereka hanya menghasilkan capal kulit tradisional menggunakan kulit yang asli dan bermutu tinggi.

Berikut adalah di antara keistimewaan capal Arils;

(1) Capal Buatan Tangan (Handmade)

Capal kulit asli Arils dijahit dan dihasilkan menggunakan tangan. Oleh itu capal yang terhasil di jahit kemas dan berkualiti.

Semua produk keluaran mereka dihasilan sendiri di Kedai Capal Handmade Johor dan mempunyai pelbagai koleksi yang menarik.

(2) Kulit Asli dan Berkualiti

Capal Arils hanya dihasilkan dengan menggunakan kulit kambing dan kulit lembu yang asli dan berkualiti sahaja.

Ini adalah untuk memastikan capal Arils mengekalkan kualitinya untuk para pelanggan yang setia dengan Kedai Capal Handmade Johor.

(3) Tukang Berpengalaman

Tukang yang menghasilkan capal Arils sangat mahir dalam proses pembuatan capal dan mempunyai banyak pengalaman.

Oleh itu, jenama Arils memang terkenal dengan hasil tangan yang kemas dan cantik.

(4) Design Klasik Tradisional

Sememangnya Kedai Capal Handmade Johor telah terkenal dengan capalnya yang mengekalkan design betul-betul klasik dan tradisional.

Justeru itu, warisan Melayu asli dapat dikekalkan untuk diwarisi oleh generasi yang akan datang.

(5) Pelbagai Peringkat Umur

Walau pun kini pemakaian capal tidak seperti dahulu, namun capal kulit Arils tetap menjadi pilihan pelbagai peringkat umur.

Kedai Capal Handmade Johor menghasilkan Capal Arils yang sangat sesuai dipakai oleh kanak-kanak, remaja, dewasa dan juga warga emas.

Kedai capal handmade Johor mengeluarkan capal dewasa dan kanak-kanak
Capal Kulit Asli Dewasa dan Kanak-kanak

(6) Selesa dan Tahan Lasak

Jangan risau, kerana capal asli kulit Arils ini sangat selesa dipakai dan tidak sakitkan kaki.

Ini adalah kerana buatan capal menggunakan kulit, getah dan fiber berkualiti pada tapak dan akan membuatkannya selesa serta tahan lasak walau lama dipakai

Kedai capal handmade Johor mengeluarkan capal kulit asli
Struktur Pembuatan Capal Handmade Kulit Asli

(7) Padanan Pelbagai Fesyen

Capal selalunya boleh dipakai sebagai padanan pakaian tradisional Melayu seperti baju Melayu, Baju Songket, Baju Silat dan lain-lain.

Namun, Capal Arils ini juga sangat sesuai digayakan dengan baju t-shirt biasa atau jeans oleh golongan muda

(8) Tempahan Mengikut Jenis Saiz

Setiap pelanggan boleh menempah capal kulit tradisional mengikut saiz dan design yang mereka inginkan.

Daripada saiz sekecil kanak-kanak, dewasa sehingga replika capal boleh ditempah di Kedai Capal Handmade Johor ini.

Pelbagai Gaya Capal Kulit Arils

Capal ni biasanya kita mesti gambarkan ianya dipakai oleh pendekar dan golongan bangsawan dahulu kala.

Tapi sebenarnya penggunaan capal bukanlah hanya untuk golongan tersebut sahaja.

Hasil tangan Kedai Capal Handmade Johor yang cantik dan berkualiti boleh dipakai dan digayakan untuk pelbagai jenis keadaan seperti yang berikut;

  • Majlis Perkahwinan
  • Majlis Persilatan
  • Sambutan Hari Merdeka
  • Sambutan Hari Jadi
  • Hadiah kepada keluarga dan rakan-rakan
  • Hadiah untuk pertandingan
  • Sumbangan untuk majlis amal
  • Sumbangan kepada badan kebajikan
  • Hadiah eksklusif dan premium

Oleh itu, kita janganlah beranggapan bahawa pemakaian capal itu sangat terhad, malah capal boleh juga dipakai untuk kegunaan harian.

Jenis-Jenis Produk Kedai Capal Handmade Johor

Jenama Arils mengeluarkan pelbagai jenis produk berangan kulit hasil buatan tangan mereka sendiri.

Antara produk dan capal keluaran Arils adalah seperti berikut;

  • Capal Klasik Kulit Kambing
  • Capal Klasik Kulit Lembu
  • Capal Nabi / Capal Rasul
  • Capal Kurta
  • Capal Aladdin
  • Capal Songket
  • Pelbagai Jenis Sandal Kulit
  • Tali Pinggang Kulit
  • Beg Kulit
Kedai capal handmade Johor - Capal Klasik
Capal Klasik
Kedai capal handmade Johor - Capal kulit lembu
Capal Kulit Lembu
Kedai capal handmade Johor - Kulit kambing
Capal Klasik Premium Kulit Kambing
Kedai capal handmade Johor - Sandal kulit
Sandal Kulit
Kedai capal handmade Johor - Tali pinggang
Tali Pinggang Kulit

Testimoni Arils, Kedai Capal Handmade Johor

Bukan sahaja lelaki dewasa yang suka memakai capal Arils, malah kanak-kanak pun ramai yang menyukainya.

Ini adalah kerana mereka sukakan rekabentuk klasik capal Arils yang cantik dan sangat selesa dipakai.

Bagi kawan-kawan yang berminat untuk menempah dan mendapatkan capal kulit tradisional ini bolehlah mengunjungi kedai mereka di Muar, Johor.

Lokasi Kedai Capal Arils

Bagi yang tinggal jauh dan berada diluar kawasan Johor boleh menghubungi mereka untuk urusan tempahan dan pembelian secara online.

Pihak Arils menyediakan penghantaran ke seluruh Malaysia. Mereka boleh dihubungi melalui link wasap yang berikut;

KLIK DI SINI UNTUK WASAP ARILS

Nik Nock kongsikan juga media sosial, nombor telefon dan lain-lain maklumat untuk berhubung dengan pihak Arils.

FACEBOOK CAPAL KULIT ARILS
INSTAGRAM CAPAL KULIT ARILS
NO TELEFON
0162337580/0178428469
(ARIF SYAHMI)
WASAP CAPAL KULIT ARILS
ALAMAT
NO 155E, KM15/4, JLN BAKRI
84000 MUAR, JOHOR
LOKASI KE CAPAL KULIT ARILS

Terima kasih kepada Usahawan CAPAL KULIT ARILS yang mempunyai wawasan untuk memperkembangan perniagaan capal kulit demi mempertahankan warisan Melayu. Semoga usaha CAPAL KULIT ARILS terus diberikan kejayaan yang berkekalan. Aameen.

Nik Nock

Artikel lain yang boleh di baca berhubung CAPAL KULIT ARILS boleh KLIK pada link yang berikut;

Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS