September 28, 2020

Nik Nock

Blogger Malaysia

Doorgift Biskut Kelapa Perak | Shahrinie PeDAS

Doorgift-biskut-kelapa-perak

Dalam suatu majlis perkahwinan, doorgift bukanlah sesuatu yang wajib untuk diberikan kepada tetamu. Ada yang menyediakan doorgift seperti yasin, hiasan, kuih muih dan sebagainya. Salah satu idea yang menarik adalah Doorgift Biskut Kelapa Perak.

Doorgift adalah tanda penghargaan tuan rumah kepada para tetamu yang menyantuni jemputan mereka ke kenduri yang diadadakan.

Seingat Nik Nock pada waktu dulu, bunga telur dan telur pindang adalah doorgift yang selalunya diberikan oleh tuan rumah. Manakala kanak-kanak pula gembira apabila disediakan gula-gula untuk mereka.

Selain telur, kuih muih dan biskut tradisional juga turut menjadi pilihan tuan rumah sebagai doorgift.

Sehingga sekarang tradisi doorgift menjadi amalan, sehinggakan ada tuan rumah yang menyediakan sehingga 5 jenis doorgift dalam suatu masa. Doorgift diberikan mengikut umur, status dan hubungan dengan pihak pengantin

Ada doorgift berbentuk coklat dan mainan untuk kanak-kanak, doorgift standard untuk tetamu dan doorgift eksklusif untuk tetamu VIP dan keluarga yang terdekat.

Bukan sahaja di majlis kenduri malah doorgift juga turut disedikaan untuk majlis majlis keraian yang lain seperti majlis pertunangan, majlis harijadi dan majlis akikah.

Walaupun pelbagai bentuk doorgift yang ada sekarang, namun biskut tradisional seperti Doorgift Biskut Kelapa Perak tetap menjadi pilihan kebanyakan pengantin.

Ini menandakan permintaan terhadap kuih tradisi orang Melayu masih kekal mengikut peredaran zaman.

Doorgift Biskut Kelapa Perak adalah produk milik syarikat Bumiputera iaitu Shahrinie Foods Industries dari Perak.

Jenama Shahrinie sememangnya terkenal dengan produk biskut kelapa mereka yang telahpun berada di pasaran semenjak tahun 2003 lagi.

 Doorgift Biskut Kelapa Perak
Biskut Kelapa Tradisional Asli

Kelebihan Shahrinie Doorgift Biskut Kelapa Perak

Berikut adalah antara keistimewaan biskut kelapa asli Shahrinie yang menjadi pilihan ramai.

(1) Kelapa Segar

Biskut Kelapa Asli Shahrinie dihasilkan dengan menggunakan 100% kelapa segar tanpa campuran hampas kelapa.

Pihak Shahrinie hanya menggunaka kelapa segar yang diparut dan masih mempunyai santan. Ini menghasilkan biskut kelapa yang sedap dan penuh rasa asli tradisional.

(2) Tepung Istimewa

Yang istimewanya juga adunan Biskut Kelapa Asli Shahrinie hanya menggunakan tepung roti keluaran syarikatnya sendiri.

Ini sudah tentulah menjadikan biskut kelapa mereka mempunya rasa yang tersendiri dan lain dari yang lain.

(3) Resepi Tradisional Asli

Biskut Kelapa Asli Shahrinie menggunakan resepi orang lama untuk menghasilkan biskut kelapa yang mengekalkan rasa yang asli.

(4) Buatan Bumiputera

Shahrinie adalah syarikat Bumiputera muslim. Produk biskut kelapa tradisional mereka adalah Halal dan boleh dimakan tanpa was-was.

(5) Rangup dan Tahan Lama

Biskut keluaran Shahrinie dibuat menggunakan cara dan proses yang sangat teliti dan menghasilkan biskut yang rangup dan tahan lebih lama.

(6) Sedap dan Nostalgia

Selain rasanya yang sedap, ianya mengikut citarasa orang lama dan boleh menggamit kenangan dan memori lama bersama keluarga.

(7) Sesuai Dinikmati Semua

Biskut Kelapa Asli Shahrinie yang rangup dan sedap sesuai dengan citarasa pelbagai golongan tidak mengira umur.

Daripada kanak-kanak sehingga orang dewasa menggemari biskut kelapa dan biskut lutut ini.

(8) Pelbagai Saiz Packaging

Biskut kelapa keluaran Shahrinie mempunyai beberapa jenis pembungkusan yang boleh dipilih oleh pelanggan mengikut kesesuaian masing-masing.

Packaging ini sedia untuk digunakan sebagai doorgift untuk sebarang jenis majlis yang diperlukan.

Doorgift Biskut Kelapa Perak dalam botol
Biskut Kelapa Shahrinie Secara Paket Dalam Botol

Doorgift Biskut Kelapa Perak Untuk Pelbagai Jenis Majlis

Bukan sahaja sesuai menjadi hidangan ketika minum petang bersama keluarga, biskut kelapa Shahrinie sesuai untuk dijadikan sebagai doorgift kepada para tetamu untuk majlis perkahwinan.

Tidak terhad untuk majis perkahwinan, biskut kelapa keluaran Shahrinie juga sesuai untuk ditempah sebagai doorgift atau goodies untuk pelbagai majlis dan tujuan seperti berikut;

  • Doorgift majlis perkahwinan
  • Doorgift majllis pertunangan
  • Doorgift majlis harijadi
  • Doorgift majlis rasmi syarikat/kerjaaan
  • Doorgift majlis perjumpaan persatuam/alumni
  • Buah tangan ketika mengunjungi sanak saudara dan kenalan
  • Buah tangan ketika menziarahi pusat jagaan orang tua
  • Buah tangan ketika mengunjungi rumah anak yatim
  • Hamper untuk majlis anugerah dan pertandingan
  • Hamper untuk hari sukan
  • Sumbangan kepada masjid dan surau
  • Sumbangan kepada majlis amal
  • Hidangan ringan untuk majlis yang diadakan
  • Hidangan ringan untuk aktiviti ‘picnic’
  • Hidangan ringan untuk majlis buka puasa dan selepas terawih bulan Ramadhan
Doorgift Biskut Kelapa Perak di dalam kotak
Biskut Kelapa Shahrinie Di dalam Kotak Yang Cantik

Kelebihan Memilih Doorgift Biskut Kelapa Perak

Dalam pelbagai pilihan dan jenis doorgift yang ada, antara kelebihan memilih Doorgift Biskut Kelapa Perak adalah seperti yang berikut;

(1) Mengekalkan Kuih Tradisi Melayu

Dapat mengekalkan biskut tradisional Melayu asli yang telah menjadi kegemaran masyarakat Melayu semenjak dahulu lagi.

(2) Warisan Generasi Baru

Memperkenalkan biskut kelapa kepada golongan muda dan kanak-kanak yang tidak pernah kenal dan merasa biskut kelapa.

Secara tidak langsung, ianya akan mengekalkan kuih tradisi ini sepanjang zaman.

(3) Tanda Penghargaan

Pemberian Doorgift Biskut Kelapa Perak adalah sebagai tanda penghargaan kepada para tetamu majlis yang datang ke majlis kita.

(4) Eratkan Silaturrahim

Bila memilih Doorgift Biskut Kelapa Perak sebagai buah tangan dan hadiah untuk keluarga dan sahabat handai, secara tidak langsung dapat mengukuhkan lagi ikatan persaudaraan kita.

Begitu juga apabila kita memberikan Doorgift Biskut Kelapa Perak kepada badan-badan kebajikan, ianya dapat mengurangkan jurang darjat dan saling tolong menolong kepada yang memerlukan.

(5) Sokong Produk Bumiputera

Kita juga secara tak langsung akan menyokong produk keluaran Bumiputera Muslim dan meningkatkan ekonomi sesama Islam dengan memilih Doorgift Biskut Kelapa Perak.

Produk Keluaran Jenama Shahrinie

Selain biskut kelapa asli Shahrinie, mereka juga mengeluarkan produk-produk biskut tradisional seperti yang berikut;

  • Biskut Kelapa
  • Biskut Sagun
  • Roti Lutut
Doorgift Biskut Kelapa Perak Biskut Lutut
Biskut Lutut Shahrinie
Doorgift Biskut Kelapa Perak Biskut Sagun
Biskut Sagun Shahrinie

Testimoni Doorgift Biskut Kelapa Perak Shahrinie

Doorgift Biskut Kelapa Perak Shahrinie mendapat sambutan yang hangat daripada pelanggan mereka. Rata-rata mereka sangat berpuas hati dengan rasa keaslian biskut kelapa keluaran Shahrinie dan pacakgingnya yang sesuai untuk dijadikan doorgift.

Kepada kawan-kawan yang menggemari biskut tradisional seperti biskut kelapa asli Shahrinie ini, bolehlah dapatkan produk keluaran Shahrinie ini di kedai mereka yang berlokasi di Kuala Kangsar, Perak.

Bagi yang tinggal jauh dan berada diluar kawasan Perak boleh menghubungi mereka untuk urusan tempahan dan pembelian secara online.

Pihak Shahrinie menyediakan penghantaran ke seluruh Malaysia. Mereka boleh dihubungi melalui link wasap yang berikut;

KLIK DI SINI UNTUK WASAP SHAHRINIE

Atau boleh mengunjungi Facebook Shahrinie untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk keluaran mereka.

Facebook Shahrinie

Nik Nock kongsikan juga media sosial, nombor telefon dan lain-lain maklumat untuk berhubung dengan pihak SHAHRINIE.

FACEBOOK SHAHRINIE
INSTAGRAM SHAHRINIE
WEBSITE SHAHRINIE
NO TELEFON
0186642968
(MIOR HAZIQ)
WASAP SHAHRINIE
ALAMAT
LOT 342, KG. ENGGOR, JLN. KUALA KANGSAR
33600 KARAI, PERAK DARUL RIDZUAN
LOKASI KE KEDAI SHAHRINIE

Terima kasih kepada Usahawan SHAHRINIE yang mempunyai wawasan untuk memperkembangan perniagaan biskut tradisional. Semoga usaha SHAHRINIE terus diberikan kejayaan yang berkekalan. Aameen.

Nik Nock

Artikel lain yang boleh di baca berhubung SHAHRINIE boleh KLIK pada link yang berikut;

Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS