February 27, 2021

Nik Nock

Blogger Malaysia

Sandwich Terliur Pelbagai Rasa | Usahawan PeDAS

Sandwich-terliur-pelbagai-rasa

Sandwich adalah satu makanan yang kian popular yang menjadi pilihan rakyat Malaysia. Sehinggakan ramai yang mengambil peluang untuk menjadikan perniagaan sandwich sebagai sumber pendapatan mereka. Sandwich terliur pelbagai rasa juga salah satu produk usahawan Bumiputera yang makin mendapat tempat di hati pelanggan mereka.

Ini kerana ianya mudah, cepat dan sedap untuk dinikmati terutamanya bagi mereka yang sibuk dan yang ingin makan sesuatu yang ringkas dan berkhasiat.

Sandwich terliur pelbagai rasa
Sandwich Terliur Menawarkan Pelbagai Rasa Sandwich Untuk Pelanggan

Menurut Pengasas Sandwich Terliur, Puan Amirah, beliau memulakan perniagaan sandwich homemade atas nasihat seorang rakan. Beliau belajar mengolah dan mencipta resepi sandwich dan filling sendiri nak menghadiri kelas keusahawanan untuk mempertingkatkan ilmu pemasaran.

Buat Sehingga Jadi!!

Amirah Othman
Pengasas
Pengasas Sandwich Terliur Pelbagai Rasa
Puan Amirah Memilih Perniagaan Sandwich Sebagai Sumber Pendapatan

Keistimewaan Sandwich Terliur Pelbagai Rasa

(1) Sandwich Terliur pelbagai rasa adalah makanan ringkas dan mudah untuk dinikmati pada waktu pagi, tengahari, petang atau bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

(2) Makanan ringkas yang sihat dan mengenyangkan

(3) Sandwich Terliur boleh dinikmati oleh pelbagai golongan dan lapisan masyarakat.

(4) Harga berpatutan dan boleh dinikmati di mana juga

(5) Terdapat dalam pelbagai rasa yang boleh menjadi pilihan pelanggan.

Jenis-jenis Sandwich Terliur

Sandwich Terliur homemade mempunyai tujuh (7) rasa yang berbeza iaitu ;

  1. Eggwich
  2. Sardinwich
  3. Tunawich
  4. Eggtuna
  5. Chicksweety
  6. Chicktuna
  7. Eggfloss
Pelbagai jenis Sandwich terliur pelbagai rasa
Pelbagai Jenis Sandwich Terliur

Pakej Sandwich Terliur

Untuk menyesuaikan sandwich mengikut keperluan pelanggan, Sandwich Terliur pelbagai rasa menyediakan beberapa jenis packaging untuk dipilih oleh para pelanggan.

Jenis-jenis Pakej Sandwich Terliur ;

  1. Individual Pack – (2 pieces)
  2. Ekonomi Pack (4 pieces)
  3. Deluxe Pack (24 pieces)
Pelbagai Pakej Sandwich Terliur
Pelbagai Pakej Sandwich Terliur

Kita boleh memilih Individual Pack untuk sarapan pagi seorang atau Ekonomi Pack yang sesuai dimakan berdua bersama anak, rakan sekerja atau pasanga.

Sekiranya kita ingin menempah untuk makan ramai-ramai atau ada majlis seperti harijadi, minum petang dan lain-lain, bolehlah menempah sandwich Deluxe Pack.

Servis Penghantaran Sandwich Terliur

Mereka juga menyediakan perkhidmatan penghantaran sandwich ke kawawan sekitar Kajang. Antara kawasan yang boleh dibuat penghantaran adalah seperti berikut;

  1. Bangi
  2. Kajang
  3. Semenyih
  4. Putrajaya
  5. Seri Kembangan

Sekiranya ada permintaan untuk lain-lain kawasan bolehlah menghubungi pihak Sandwich Terliur pelbagai rasa untuk perbincangan ya.

Kawasan Penghantaran
Kawasan Penghantaran Sandwich Terliur

Apa Kata Pelanggan Sandwich Terliur Pelbagai Rasa

Sudah ramai yang dah merasa kesedapan Sandwich Terliur. Mereka sukakan Sandwich Terliur kerana ianya sedap dan pelbagai jenis boleh jadi pilihan mengikut citarasa mereka.

Pelanggan Berpuas Hati
Pelanggan Sandwich Terliur Berpuas Hati

Bagi kawan-kawan yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai sandwich homemade dari Sandwich Terliur ini boleh mengunjungi Facebook mereka.

Facebook Sandwich Terliur

Nik Nock kongsikan juga media sosial, nombor telefon dan lain-lain maklumat untuk berhubung dengan pihak Sandwich Terliur.

FACEBOOK SANDWICH TERLIUR
INSTAGRAM SANDWICH TERLIUR
WEBSITE SANDWICH TERLIUR
NO TELEFON
019 454 9648
(PUAN AMIRAH)
WASAP SANDWICH TERLIUR
ALAMAT
L4-G-06 JALAN BUKIT KENANGAN,
TAMAN BUKIT KENANGAN
 43000 KAJANG

Terima kasih kepada Usahawan Sandwich Terliur yang mempunyai wawasan untuk memperkembangan perniagaan makanan sandwich. Semoga usaha Sandwich Terliur terus diberikan kejayaan yang berkekalan. Aameen.

Artikel lain yang boleh di baca berhubung Sandwich Terliut boleh KLIK pada link yang berikut;


Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS