March 8, 2021

Nik Nock

Blogger Malaysia

Resepi Wanpaku Rendah Kalori | Sandwich Terliur PeDAS

Resepi-wanpaku-rendah-kalori

Pernah dengar tak wanpaku? Sekarang ni tengah viral sandwich wanpaku yang popular di Jepun. Sandwich wanpaku biasanya mempunyai beberapa lapisan dan di balut dengan kertas atau plastik. Jom kita tengok resepi wanpaku rendah kalori.

Sandwich wanpaku dikatakan antara sandwich yang sihat dan berkhasiat. Sangat sesuai untuk dimakan oleh semua orang terutamanya yang tengah diet. Betul ke wanpaku ni sihat dan rendah kalori?

Nik Nock berpendapat, tak semestinya semua sandwich termasuk wanpaku tu rendah kalori.

Resepi wanpaku rendah kalori
Pelbagai Jenis Resepi Sandwich Wanpaku

Ianya bergantung kepada bahan dan cara penyediaannya kan. Kalau nak kurangkan kalori, semestinya kita kena pilih bahan yang segar dan kurangkan penggunaan sos serta mayonis.

Resepi Wanpaku Rendah Kalori Yang Ringkas dan Sedap

Berikut Nik Nock kongsikan resepi wanpaku rendah kalori. Nik Nock ubahsuai sedikit untuk mengurangkan kalori agar wanpaku yang dihasilkan lebih berkhasiat dan menyihatkan.

Bahan-bahan

  • 2 keping roti wholemeal
  • 1 tin tuna (Tuna in water)
  • 3 ketul dada ayam
  • Telur rebus
  • Salad
  • Kobis ungu (dihiris halus)
  • Lobak merah (dihiris halus)
  • Garam
  • Sedikit Minyak

Cara Penyediaan

  1. Rebuskan ayam dengan sedikit garam.
  2. Rebuskan telur.
  3. Sediakan tuna dan hancurkan telur rebus.
  4. Susunkan sayur di atas roti sebagai lapisan pertama.
  5. Seterusnya, susunkan ayam, tuna, telur dan sayur secara berselang-seli.
  6. Balutkan sandwich dengan kertas minyak atau aluminium foil dengan kemas.
  7. Potongkan sandwich kepada dua dengan menggunakan pisau roti. 
  8. Sandwich wanpaku sudah sedia untuk dinikmati!

Tips Menjadikan Sandwich atau Resepi Wanpaku Rendah Kalori dan Lebih Sihat

(1) Gunakan Roti Whole Grain atau Rendah GI

Pemilihan roti untuk menyediakan resepi wanpaku rendah kalori mestilah menggunakan roti wholemale atau rendah kalori. Namun, roti putih juga boleh digunakan sekiranya tiada pilihan.

Resepi wanpaku rendah kalori menggunakan roti wholegrain
Boleh Menggunakan Roti WholeGrain / WholeMeal

(2) Gunakan sayur-sayuran yang bewarna warni untuk Resepi Wanpaku Rendah Kalori

Bukan sahaja menyihatkan tetapi juga wanpaku akan kelihatan lebih menarik dan menyelerakan untuk di makan.

Pastikan salad dan sayuran dikeringkan untuk mengelakkan wanpaku menjadi lembab dan lembik.

(3) Kurangkan Sos dan Mayonis untuk Resepi Wanpaku Rendah Kalori

Resepi wanpaku rendah kalori semestinya kena elakkan penggunaan sos dan mayonis.

Namun, sekiranya masih perlu letak sos dan mayonis, pilih sos dan mayonis yang rendah lemak dan kalori serta kurangkan penggunaan sos tersebut.

(4) Ayam atau Daging Rebus/Panggang

Untuk menyediakan resepi wanpaku rendah kalori yang menggunakan ayam atau daging, boleh rebus atau grill ayam dan daging tersebut.

Pastinya wanpaku yang disediakan lebih menyihatkan dan menyelerakan.

(5) Tuna Di dalam air atau olive oil

Tuna in water untuk resepi wanpaku rendah kalori
Pilih Tuna Di Dalam Air atau Olive Oil

Pilih tuna di dalam tin yang ketulan tuna di dalam air atau olive oil. Sekiranya ingin menggunaka tuna di dalam mayonis, tak perlu tambah lagi mayonis dan sos semasa penyediaan sandwich.

(6) Kurangkan Penggunaan Minyak untuk Resepi Wanpaku Rendah Kalori

Sekiranya perlu gril ayam atau daging, gunakan sedikit sahaja minyak (tidak lebih daripada 1 sudu besar) untuk penyediaan 1-2 sandwich wanpaku.

Boleh gunakan apa jenis minyak dengan syarat kuantiti perlu dikurangkan.

(7) Balut Sandwich Wanpaku Dengan Kemas

Pastikan sandwich dibalut kemas dengan menggunakan kertas minyak atau aluminium foil. Sandwich yang dibalut kemas akan memastikan kita dapat menikmati ke semua inti sandwich yang menyihatkan.

Nik Nock mengucapkan selamat berjaya menghasilkan sandwich resepi wanpaku rendah kalori dalam versi anda tersendiri.

Sandwich Terliur Menyediakan Pelbagai Jenis Sandwich

Sekiranya tiada masa untuk menyediakan sandwich resepi wanpaku rendah kalori, anda masih boleh menikmati sandwich yang sedap dengan menempah sandwich daripada Sandwich Terliur yang mempunyai pelbagai jenis dan rasa.

Sandwich Terliur menyediakan tujuk (7) jenis rasa sandwich yang boleh dipilih iaitu;

  1. Eggwich
  2. Sardinwich
  3. Tunawich
  4. Eggtuna
  5. Chicksweety
  6. Chicktuna
  7. Eggfloss

Pelanggan boleh memilih jenis sandwich yang dikehendaki mengikut citarasa masing-masing.

Pilihan Pakej Sandwich Terliur

Sandwich Terliur menyediakan tiga (3) jenis pakej dan setiap pakej boleh dipilih daripada 7 jenis rasa sandwich yang ada.

Pelbagai Jenis Sandwich Terliur

(1) Pakej 1 (Individual Pack)

Pakej Individual Pack mengandungi 2 jenis sandwich. Ianya sesuai untuk dimakan oleh 1-2 orang.

Individual Pack Untuk Pelanggan Sandwich Terliur

Boleh dijadikan sarapan pagi dan dibuat bekal ke tempat kerja atau untuk anak-anak sekolah.

(2) Pakej 2 (Ekonomi Pack)

Pakej Ekonomi Pack pula mengandungi 4 jenis sandwich. Pakej Ekonomi sesuai di makan untuk 2-4 orang.

Juga sesuai untuk dijadikan bekal ke tempat kerja dan berkongsi dengan rakan-rakan sekerja.

Juga boleh dijadikan menu untuk berkelah ditepi tasik oleh keluarga yang kecil atau bersama rakan-rakan.

(3) Pakej 3 (Deluxe Pack)

Pakej Deluxe mengandungi sebanyak 24 keping sandwich dan lebih sesuai untuk dimakan untuk 12-24 orang.

Oleh itu, pakej ini amat sesuai untuk ditempah bagi sebarang majlis yang melibatkan ramai orang.

Untuk ke tiga-tiga pakej tersebut bolehlah memilih jenis rasa sandwich yang dikehendaki.

Testimoni Pelanggan Sandwich Terliur

Ramai yang sudah merasa Sandwich Terliur dan mereka berpuas hati dengan rasa dan perkhidmatan yang diberikan oleh Sandwich Terliur.

Bagi kawan-kawan yang berminat untuk mendapatkan sandwich homemade daripada Sandwich Terliur ini boleh KLIK link di bawah untuk terus WASAP mereka.

KLIK DI SINI untuk WASAP pihak Sandwich Terliur

Nik Nock kongsikan juga media sosial, nombor telefon dan lain-lain maklumat untuk berhubung dengan pihak Sandwich Terliur.

FACEBOOK SANDWICH TERLIUR
INSTAGRAM SANDWICH TERLIUR
WEBSITE SANDWICH TERLIUR
NO TELEFON
019 454 9648
(PUAN AMIRAH)
WASAP SANDWICH TERLIUR
ALAMAT
L4-G-06 JALAN BUKIT KENANGAN,
TAMAN BUKIT KENANGAN
 43000 KAJANG

Terima kasih kepada Usahawan Sandwich Terliur yang mempunyai wawasan untuk memperkembangan perniagaan makanan sandwich. Semoga usaha Sandwich Terliur terus diberikan kejayaan yang berkekalan. Aameen.

Artikel lain yang boleh di baca berhubung Sandwich Terliur boleh KLIK pada link yang berikut;


Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS