
Rata-rata sudah ramai yang mengetahui khasiat minyak kelapa dara yang mempunyai pelbagai khasiat untuk pelbagai golongan tidak kira muda atau tua. Oleh kerana ianya memberikan banyak manfaat untuk kesihatan, Minyak Kelapa Dara Baihaq telah pun bertapak di dalam pasaran melebihi dua (2) tahun.
Minyak kelapa dara Baihaq atau juga dikenali sebagai Coconut Virgin Oil (VCO) dihasilkan daripada kelapa yang berkualiti.

Menurut pengasas Baihaq, Puan Nurul Hidayah, beliau membangunkan jenama Baihaq keluaran Syarikatnya Baihaq Enterprise adalah untuk membantu kehidupan orang lain dan membantu keluarga.
Matlamat saya dalam perniagaan ini adalah ingin membantu menambah nilai ke dalam kehidupan orang lain,serta mendapat rezeki yang halal dan berkat,semoga dengan rezeki ini saya dapat membantu ahli keluarga saya.terutama ibu bapa saya.
Misi saya untuk menjadi seorang wanita yang KUAT untuk membantu keluarga keluar dari kemiskinan
Puan Nurul Hidayah Baharudin
Pengasas Baihaq

Ciri-ciri Minyak Kelapa Dara Baihaq
Antara ciri-ciri istimewa Baihaq VCO adalah seperti berikut;
(1) Minyak Kelapa Dara Baihaq Diproses Secara Tradisional
Menurut Puan Nurul, Baihaq VCO diproses secara tradisional tanpa menggunakan penghabaan mesin. Mereka hanya menggunakan buah kelapa yang berkualiti sahaja dalam penghasilan Baihaq VCO.

(2) Mempunyai Asid Laurik dan Antioksidan Yang Tinggi
Minyak ini mempunyai tahap asid laurik dan antioksidan yang tinggi dan memberi banyak khasiat kepada manusia.
(3) Berbau Harum Kelapa Asli
Apa yang membezakan Baihaq dengan jenama lain yang berada di pasaran adalah Baihaq VCO berbau harum kelapa asli. Ini menunjukkan kualiti minyak yang dihasilkan.
Manakala minyak yang berbau tengik dan susah untuk ditelah menandakan minyak kelapa dara tersebut sudahpun rosak akibat teroksida dengan udara.
(4) Dibotolkan Dengan Isipadu 200ml
Baihaq VCO boleh didapati dalam bentuk botol kaca bagi memelihara kualiti minyaknya. Setiap botol mengandungi 200ml minyak kelapa dara.
(5) Keluaran Bumiputera
Baihaq VCO adalah 100% keluaran syarikat bumiputera dan diproses dengan suci dan bersih untuk kegunaan semua golongan tanpa was-was.
Khasiat Minyak Kelapa Dara Baihaq
Minyak kelapa dara sesuai untuk dijadikan sebagai makanan tambahan dan minyak sapuan yang boleh membantu mengurangkan pelbagai masalah kesihatan seperti yang berikut;
- Membantu mengurangkan masalah eczema pada bayi
- Membantu mengurangkan ruam lampin
- Membantu mengurangkan kembung perut bayi dan juga dewasa
- Membantu mengurangkan masalah selsema
- Membantu mengurangkan sakit gigi
- Membantu meningkatkan tahap kesihatan diri
- Membantu melindungi diri daripada mudah terkena penyakit
Cara Pengambilan Minyak Kelapa Dara Baihaq
(1) Kegunaan Dalaman
- Untuk kegunaan dalaman, Baihaq VCO boleh di minum 1 sudu pagi dan 1 sudu petang setiap hari untuk orang dewasa.
- Manakala bagi kanak-kanak, boleh menggunakan sukatan sudu teh.
- Baihaq VCO boleh diambil ketika perut kosong
- Baihaq VCO sesuai juga boleh dimakan pada bila-bila waktu mengikut kesesuaian
- Banyakkan minum air kosong

(2) Kegunaan Luaran
- Sapu Baihaq VCO di kawasan yang diperlukan dan urut perlahan-lahan
- Jika perlu boleh juga dititik di mata dan telinga
Baihaq VCO perlu disimpan di dalam suhu bilik (25c-30c) dan ianya tidak perlu digoncang sebelum digunakan.
Baihaq VCO bukanlah ubat, ianya adalah makanan tambahan dan perlu jarakkan pengambilan sekiranya pengguna mengambil ubat-ubatan.
Namun adalah dinasihatkan untuk pengguna yang menghidapi penyakit kronik, untuk mendapatkan nasihat doktor pakar sebelum mengambil apa-apa makanan tambahan.
Testimoni Pelanggan Baihaq
Baihaq VCO mendapat sambutan yang positif daripada pelanggan mereka.


Bagi kawan-kawan yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Baihaq VCO ini boleh mengunjungi Facebook mereka.
Facebook Baihaq VCO
Nik Nock kongsikan juga media sosial, nombor telefon dan lain-lain maklumat untuk berhubung dengan pihak Sandwich Terliur.
FACEBOOK BAIHAQ VCO |
INSTAGRAM BAIHAQ VCO |
NO TELEFON 01124053365 (PUAN NURUL HIDAYAH) |
WASAP BAIHAQ VCO |
ALAMAT NO 123, KAMPONG SAMAGAGAH SELINSING SIMPANG EMPAT 34400 SEMANGGOL, PERAK |
Terima kasih kepada Usahawan BAIHAQ VCO yang mempunyai wawasan untuk memperkembangan perniagaan minyak kelapa dara. Semoga usaha BAIHAQ VCO terus diberikan kejayaan yang berkekalan. Aameen.
Nik Nock
Artikel lain yang boleh di baca berhubung BAIHAQ VCO boleh KLIK pada link yang berikut;
Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS
More Stories
Idea Bilik Tidur Sempit | Izzahrra PeDAS
Tips Menghias Ruang Tamu | Izzahrra PeDAS
Kedai Perabot Online Izzahrra | Usahawan PeDAS