February 27, 2021

Nik Nock

Blogger Malaysia

Kebaikan Minyak Kelapa Dara | Baihaq PeDAS

Kebaikan-minyak-kelapa-dara

Orang dulu-dulu sememangnya menghasilkan sendiri minyak kelapa dara kerana ianya banyak memberikan manfaat dalam kehidupan. Bukan hanya kepada kesihatan malah kebaikan minyak kelapa dara juga membantu untuk kecantikan.

Minyak kelapa dara makin hari semakin mendapat sambutan daripada masyarakat zaman ini kerana keberkesanannya yang terbukti secara klinikal.

Ramai yang telah mengamalkan minyak kelapa dara dan yakin dengan kebaikan minyak kelapa dara yang diperoleh. Minyak ini adalah mudah dihadam dan cepat bertukar kepada tenaga.

Kebaikan minyak kelapa dara
Minyak Kelapa Dara Mengandungi Lemak Baik Untuk Kesihatan

Oleh kerana lemak di dalam minyak kelapa adalah jenis yang baik, maka lemak ini tidak akan disimpan di dalam badan sebagai lemak. Maka ianya sesuai untuk dijadikan makanan kesihatan harian.

Di sini, Nik Nock kongsikan antara kebaikan minyak kelapa dara untuk kesihatan dan juga kecantikan

Kebaikan Minyak Kelapa Dara Untuk Kesihatan

(1) Membantu Menurunkan Berat Badan

Minyak kelapa dara adalah “termogenik”. Ini bermakna bahawa minyak kelapa sebenarnya meningkatkan penggunaan tenaga (pembakaran lemak).

Oleh itu, kebaikan minyak kelapa dara adalah untuk membantu menurunkan berat badan.

Jika kita mahu kelihatan langsing dan sihat, boleh amalkan minyak kelapa dara. Ia juga berfungsi mengurangkan rasa lapar. Jadi, kita akan makan dalam jumlah yang sedikit berbanding kebiasaan.

Kebaikan minyak kelapa dara untuk berat badan
Minyak Kelapa Dara Membantu Menurunkan Berat Badan

(2) Minyak kelapa dara mengandungi asid laurik yang bagus untuk menyokong sistem ketahanan badan.

(3) Kebaikan Minyak Kelapa Dara Dapat Mengurangkan Risiko Sakit Jantung

Kebaikan minyak kelapa dara, dengan sumber MCT yang kaya dengan ketogenik, mungkin menawarkan sumber tenaga alternatif yang penting untuk jantung.

Lemak sihat di dalam minyak kelapa dara bagus untuk jantung. Jadi, ia sesuai berada dalam menu diet sihat kita.

Kebaikan minyak kelapa dara untuk jantung
Minyak Kelapa Dara Membantu Mengurangkan Risiko Sakit Jantung

(4) Ia juga dapat memberikan tenaga dengan segera semasa kita mengalami keletihan.

(5) Berperanan sebagai ejen semulajadi yang mengurangkan kulat, bakteria dan virus yang boleh menyebabkan penyakit.

Kebaikan minyak kelapa dara
Boleh Mengurangkan Risiko Mendapat Penyakit

Kebaikan Minyak Kelapa Dara Untuk Kecantikan

(1) Membantu Menjaga Kesihatan Kulit

Mengamalkan sapuan minyak kelapa dara ke atas kulit setiap hari dapat membantu untuk menjadikan kulit lembut dan halus.

Begitu juga dengan masalah kulit seperti eczema dapat dikurangkan. Ianya dikatakan cukup berkesan untuk membantu penyembuhan luka dan dapat memerangi jangkitan bakteria pada kulit.

(2) Membantu Menjaga Kesihatan Rambut

Kebaikan minyak kelapa dara cukup sinonim dengan kecantikan rambut juga. Sapu pada rambut, minyak kelapa dara dapat membantu menyuburkan rambut supaya sihat dan mudah diurus.

Minyak kelapa dara juga didapati berkesan untuk mengurangkan kerosakan rambut juga mengurangkan kehilangan protein yang ada di dalam rambut.

VCO untuk rambut cantik
Rambut Yang Cantik Dengan Minyak Kelapa Dara

Ia juga sering diamalkan dahulu untuk menghilangkan kutu kepala terutamanya pada kanak-kanak.

(3) Membantu Melambatkan Proses Penuaan

Dua perkara yang paling penting untuk melambatkan proses penuaan (‘anti aging’) adalah anti oksidan dan peningkatan kolagen yang tinggi!

Kebaikan minyak kelapa dara juga ia dapat membantu melambatkan proses penuaan dan kedutan kulit kerana ia merangsang peningkatan kolagen dan mengandungi antioksidan.

(4) Membantu Kesihatan Mulut

Sekiranya berkumur dengan minyak kelapa dara, ia akan membunuh bakteria yang berbahaya dalam mulut. Secara tidak langsung, gigi anda bertambah sihat dan nafas juga tidak berbau busuk lagi.

Oleh kerana banyak khasiat yang dapat diperoleh daripada minyak kelapa dara, ianya mendapat permintaan yang tinggi di pasaran.

Minyak Kelapa Dara Asli, Baihaq VCO

Salah satu pengusaha Bumiputera yang mengeluarkan produk minyak kelapa dara ini adalah Baihaq VCO yang berlokasi di Semanggol, Perak.

Mereka mengeluarkan produk Baihaq VCO yang diproses secara tradisional dan menghasilkan minyak kelapa dara yang berkualiti.

Baihaq VCO
Minyak Kelapa Dara Baihaq

Antara ciri-ciri Minyak Kelapa Dara Baihaq adalah seperti berikut;

  • Minyak Kelapa Dara Baihaq Diproses Secara Tradisional
  • Mempunyai Asid Laurik dan Antioksidan Yang Tinggi
  • Berbau Harum Kelapa Asli
  • Dibotolkan Dengan Isipadu 200ml
  • Keluaran Bumiputera

Cara Penggunaan Baihaq VCO

(1) Kebaikan Minyak Kelapa Dara Untuk Kegunaan Dalaman

  • Untuk kegunaan dalaman, Baihaq VCO boleh di minum 1 sudu pagi dan 1 sudu petang setiap hari untuk orang dewasa.
  • Manakala bagi kanak-kanak, boleh menggunakan sukatan sudu teh.
  • Baihaq VCO boleh diambil ketika perut kosong
  • Baihaq VCO sesuai juga boleh dimakan pada bila-bila waktu mengikut kesesuaian
  • Banyakkan minum air kosong

(2) Kebaikan Minyak Kelapa Dara Untuk Kegunaan Luaran

  • Sapu Baihaq VCO di kawasan yang diperlukan dan urut perlahan-lahan
  • Jika perlu boleh juga dititik di mata dan telinga

Baihaq VCO perlu disimpan di dalam suhu bilik (25c-30c) dan ianya tidak perlu digoncang sebelum digunakan.

Baihaq VCO bukanlah ubat, ianya adalah makanan tambahan dan perlu jarakkan pengambilan sekiranya pengguna mengambil ubat-ubatan.

Namun adalah dinasihatkan untuk pengguna yang menghidapi penyakit kronik, untuk mendapatkan nasihat doktor pakar sebelum mengambil apa-apa makanan tambahan.

Bagi kawan-kawan yang berminat untuk mendapatkan minyak kelapa dara asli daripada BAIHAQ VCO ini boleh KLIK link di bawah untuk terus WASAP mereka.

KLIK DI SINI WASAP pihak BAIHAQ VCO

Nik Nock kongsikan juga media sosial, nombor telefon dan lain-lain maklumat untuk berhubung dengan pihak Baihaq VCO.

FACEBOOK BAIHAQ VCO
INSTAGRAM BAIHAQ VCO
NO TELEFON
01124053365
(PUAN NURUL HIDAYAH)
WASAP BAIHAQ VCO
ALAMAT
NO 123, KAMPONG SAMAGAGAH SELINSING
SIMPANG EMPAT
34400 SEMANGGOL, PERAK

Terima kasih kepada Usahawan BAIHAQ VCO yang mempunyai wawasan untuk memperkembangan perniagaan minyak kelapa dara. Semoga usaha BAIHAQ VCO terus diberikan kejayaan yang berkekalan. Aameen.

Nik Nock

Artikel lain yang boleh di baca berhubung BAIHAQ VCO boleh KLIK pada link yang berikut;


Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS