February 27, 2021

Nik Nock

Blogger Malaysia

Pengeluar Minyak VCO Perak | Baihaq PeDAS

pengeluar-minyak-vco-perak

Terdapat banyak jenis minyak kelapa dara yang terdapat di pasaran. Ada jenis yang sesuai untuk memasak, sesuai untuk diminum, disapu dan sebagainya. Kita mesti memilih mengikut keperluan yang sesuai. Pengeluar Minyak VCO Perak adalah di antara pengeluar minyak kelapa dara Bumiputera.

Jenis-jenis minyak kelapa dara sebenarnya dikategorikan mengikut teknik dan cara ianya diproses. Ianya juga mempengaruhi harga, kualiti, rasa dan bau minyak kelapa dara yang dihasilkan.

Pengeluar Minyak VCO Perak
Jenis Minyak Kelapa Dara Yang Boleh Dijadikan Bahan Masakan

Pengeluar Minyak VCO Perak Menghasilkan Baihaq VCO Tanpa Haba

Baihaq VCO dihasilkan oleh Pengeluar Minyak VCO Perak dengan kaedah tradisional tanpa menggunakan penghabaan mesin.

Terdapat beberapa teknik penghasilan minyak kelapa dara tanpa haba. Di sini Nik Nock kongsikan dua (2) teknik dan cara yang digunakan dalam penghasilan minyak kelapa dara.

(1) Perahan Dari Isi Kelapa Kering Tiada Haba Digunakan.

Ini merupakan satu kaedah yang banyak dilakukan pada masa kini. Selepas isi kelapa dikeringkan, ianya akan diperah untuk menghasilkan minyak.

Kaedah ini adalah salah satu kaedah perahan sejuk. Banyak kajian mendapati kandungan khasiat antioksida, vitamin E dan rantaian lemak baik adalah pada tahap yang baik melalui kaedah ini.

Harganya agak mahal berbanding kaedah lama kerana mengambil masa yang lebih lama untuk menghasilkannya.

Kegunaan sesuai dan sangat baik untuk kulit kering, eczema. Apabila dimakan akan meningkatkan metabolisma badan.

Pengeluar Minyak VCO Perak baik untuk eczema
Minyak Kelapa Dara Boleh Membantu Menghilangkan Eczema

Rasa dan bau minyaknya adalah tidak tengit, tiada rasa dan berbau wangi kelapa.

(2) Perapan Tiada Haba Digunakan

Teknik ini merupakan kaedah paling cerewet. Setelah santan diperap, minyak kelapa dara yang timbul akan diambil dan ditapis beberapa kali.

Ini juga salah satu kaedah perahan sejuk kerana santan diekstrak tanpa menggunakan haba. Dikatakan, kandungan antioksida dan khasiat lain adalah paling tinggi melalui kaedah ini.

Khasiatnya yang paling optima memberikan kesan positif paling cepat bila disapu pada kulit dan dimakan.

Rasa dan baunya juga tidak tengit, tiada rasa dan berbau wangi kelapa.

Untuk menghasilkan minyak kelapa dara yang berkualiti sudah tentunya akan mengambil masa dan juga kos yang tinggi.

Jadi seeloknya kita mendapatkannya daripada pihak yang berpengalaman untuk pengeluaran minyak vco yang asli seperti Pengeluar Minyak VCO Perak, Baihaq VCO.

Khasiat Baihaq VCO, Pengeluar Minyak VCO Perak

Pengeluar Minyak VCO Perak bantu selsema
Baihaq VCO Dapat Membantu Mengurangkan Selsema

Minyak kelapa dara sesuai untuk dijadikan sebagai makanan tambahan dan minyak sapuan yang boleh membantu mengurangkan pelbagai masalah kesihatan seperti yang berikut;

  • Membantu mengurangkan masalah eczema pada bayi
  • Membantu mengurangkan ruam lampin
  • Membantu mengurangkan kembung perut bayi dan juga dewasa
  • Membantu mengurangkan masalah selsema
  • Membantu mengurangkan sakit gigi
  • Membantu meningkatkan tahap kesihatan diri
  • Membantu melindungi diri daripada mudah terkena penyakit

Cara Pengambilan Baihaq VCO, Pengeluar Minyak VCO Perak

Baihaq VCO
Pengeluar Minyak Kelapa Dara Perak – Baihaq VCO

(1) Kegunaan Dalaman

  • Untuk kegunaan dalaman, Baihaq VCO boleh di minum 1 sudu pagi dan 1 sudu petang setiap hari untuk orang dewasa.
  • Manakala bagi kanak-kanak, boleh menggunakan sukatan sudu teh.
  • Baihaq VCO boleh diambil ketika perut kosong
  • Baihaq VCO sesuai juga boleh dimakan pada bila-bila waktu mengikut kesesuaian
  • Banyakkan minum air kosong

(2) Kegunaan Luaran

  • Sapu Baihaq VCO di kawasan yang diperlukan dan urut perlahan-lahan
  • Jika perlu boleh juga dititik di mata dan telinga

Baihaq VCO daripada Pengeluar Minyak Kelapa Dara Perak ini perlu disimpan di dalam suhu bilik (25c-30c) dan ianya tidak perlu digoncang sebelum digunakan.

Baihaq VCO bukanlah ubat, ianya adalah makanan tambahan dan perlu jarakkan pengambilan sekiranya pengguna mengambil ubat-ubatan.

Namun adalah dinasihatkan untuk pengguna yang menghidapi penyakit kronik, untuk mendapatkan nasihat doktor pakar sebelum mengambil apa-apa makanan tambahan.

Bagi kawan-kawan yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Pengeluar Minyak Kelapa Dara Perak, Baihaq VCO ini boleh mengunjungi Instagram mereka.

Instagram Baihaq VCO

Nik Nock kongsikan juga media sosial, nombor telefon dan lain-lain maklumat untuk berhubung dengan pihak Baihaq VCO.

FACEBOOK BAIHAQ VCO
INSTAGRAM BAIHAQ VCO
NO TELEFON
01124053365
(PUAN NURUL HIDAYAH)
WASAP BAIHAQ VCO
ALAMAT
NO 123, KAMPONG SAMAGAGAH SELINSING
SIMPANG EMPAT
34400 SEMANGGOL, PERAK

Terima kasih kepada Usahawan BAIHAQ VCO yang mempunyai wawasan untuk memperkembangan perniagaan minyak kelapa dara. Semoga usaha BAIHAQ VCO terus diberikan kejayaan yang berkekalan. Aameen.

Nik Nock

Artikel lain yang boleh di baca berhubung BAIHAQ VCO boleh KLIK pada link yang berikut;

Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS