February 27, 2021

Nik Nock

Blogger Malaysia

Khasiat Sarang Burung Walet | Sayap Walet PeDAS

Produk berasaskan sarang burung walet semakin popular dan menjadi pilihan rakyat Malaysia. Bukan sahaja terhad untuk bangsa cina, malah kini turut diminati oleh bangsa lain yang ingin mendapatkan khasiat sarang burung walet sebagai makanan tambahan untuk menjaga kesihatan dan tujuan kecantikan.

khasiat sarang burung walet
Sarang Burung Walet Yang Mempunyai Pelbagai Khasiat

Khasiat sarang burung walet untuk kesihatan dan kecantikan sudah dipercayai sejak dahulu lagi terutama oleh masyarakat cina. Namun kini ianya sudah pun terbukti secara saintifik dan semakin menjadi pilihan ramai.

Sarang burung walet juga bermanfaat untuk membantu meredakan asma, memperkuatkan antibodi tubuh, membantu proses pencernaan dan sebagainya.

Bukan sahaja untuk kesihatan, sarang burung walet juga terbukti berkesan untuk membantu mencantikkan kulit wajah secara semulajadi. Malah sekiranya diamalkan dengan teratur, sarang burung walet akan membantu kulit kelihatan lebih cerah, sihat dan lembab.

Berikut adalah antara khasiat sarang burung walet untuk kecantikan dan kesihatan.

  • Awet muda.
  • Melancarkan peredaran darah.
  • Melancarkan fungsi paru-paru.
  • Melegakan batuk.
  • Membersihkan darah.
  • Membantu tumbesaran tubuh.
  • Membantu pembentukan tulang.
  • Pembentukan darah merah.
  • Sebagai agen antioksida.
  • Membantu proses penyembuhan Asma.
  • Memutih dan melicinkan muka.
  • Menghilangkan kedut-kedut muka.
  • Membantu meningkatkan tahap IQ.
  • Membantu memulihkan tenaga dan stamina badan.
  • Kesihatan tenaga batin.

Khasiat Sarang Burung Walet Untuk Kecantikan

(1) Membantu Meremajakan Kulit

Setiap wanita pastinya inginkan kulit yang kelihatan muda. Sarang walet mengandungi Epidermal Growth Factor (EGF) yang mampu mengeluarkan kolagen dalam jumlah yang tinggi.

Oleh sebab itu, sarang burung walet mampu membantu meremajakan kulit wanita supaya kelihatan tegang dan tidak kendur.

khasiat sarang burung walet untuk awet muda
Sarang Burung Walet Khasiat Untuk Awet Muda

(2) Khasiat Sarang Burung Walet Membantu Mengatasi Kulit Kusam

Kulit wajah yang kering akan mengalami dehidrasi dan akan menyebabkan kulit menjadi kusam dan tidak bermaya. Ini selalunya berlaku apabila kulit yang selalu terdedah kepada sinaran matahari dan pencemaran udara.

Khasiat sarang burung walet mengandungi kandungan hormon dan enzim di dalamnya yang dapat dimaksimumkan ketika proses pembaharuan sel. Selain itu, sarang walet juga mengandungi asid salic yang mampu menjaga kulit terhidrasi dengan baik sehingga boleh mencegah terjadinya kedutan di wajah.

Khasiat Sarang Burung Walet Untuk Kesihatan

(1) Sumber Mineral Yang Baik

Untuk memastikan kesihatan yang baik, tubuh kita memerlukan kandungan mineral yang cukup seperti kalsium dan kromium. Sarang burung walet sememangnya kaya dengan mineral yang diperlukan ini agar tubah sentiasa sihat.

Kandungan kalsium dalam sarang burung berfungsi untuk menjaga kekuatan tulang dan sendi serta membantu proses pembekuan darah. Manakala mineral kromium pula berfungsi untuk penyerapan nutrisi pada usus manusia.

(2) Khasiat Sarang Burung Walet Membantu Meningkatkan Kesihatan Warga tua

Sarang burung juga digunakan secara tradisional untuk membersihkan phlegm, mengurangkan batuk kering yang kronik dan melegakan keletihan. Sarang burung juga boleh digunakan untuk merangsang selera makan, memperbaiki pencernaan dan merangsang pergerakan usus agar ia menjadi lebih baik.

(3) Sarang Burung Baik Untuk Kanak-kanak

Sarang burung mengandungi protein, asid amino dan mineral berfungsi untuk pertumbuhan sihat kanak-kanak.

khasiat sarang burung walet untuk kanak-kanak
Sarang Burung Walet Memberikan Khasiat Untuk Kanak-kanak

(4) Tinggi Antioksidan

Sarang burung walet termasuk dalam kumpulan makanan yang mempunyai antioksidan yang tinggi.

Antioksidan membantu untuk melawan radikal bebas sebagai penyebab pelbagai jenis penyakit yang kronik

Khasiat sarang burung walet ini dapat diperoleh dengan mengamalkan sarang burung walet sama ada dalam bentuk sup, produk makanan tambahan ataupun dalam bentuk minuman seperti produk keluaran Sayap Walet.

Produk Minuman Keluaran Sayap Walet

Sayap Walet mengeluarkan beberapa jenis perisa bagi produk minuman sarang burung waletnya iaitu;

(1) Sarang Burung Walet (Buah Kurma)

khasiat sarang burung walet buah kurma

(2) Sarang Burung Walet (Buah Laici)

khasiat sarang burung walet buah laici

(3) Sarang Burung Walet (Buah Durian Belanda)

durian belanda

Bagi kawan-kawan yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk keluaran Sayap Walet ini boleh mengunjungi Facebook mereka.

Facebook Sayap Walet

Sayap Walet juga memberikan ruang dan peluang untuk sesiapa yang berminat untuk mendapatkan pendapatan sampingan.

Nik Nock kongsikan media sosial dan nombor untuk dihubungi bagi maklumat Sayap Walet

FACEBOOK SAYAP WALET
INSTAGRAM SAYAP WALET
WEBSITE SAYAP WALET
NO TELEFON
0197271160
(PUAN NURASLINA)
WASAP SAYAP WALET
ALAMAT
SAYAP WALET
PASAR PELADANG SKUDAI, BATU 10
81300 JOHOR BAHRU, JOHOR

Terima kasih kepada Usahawan SAYAP WALET yang mempunyai wawasan untuk memperkembangan perniagaan minuman sarang burung walet ke serata tempat. Semoga usaha SAYAP WALET terus diberikan kejayaan yang berkekalan. Aameen.

Artikel lain yang boleh di baca berhubung Sayap Walet boleh KLIK pada link yang berikut;


Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS