
Industri sarang burung walet telah menjadi salah satu sumber pendapatan lumayan terutamanya penduduk luar bandar yang tinggal berdekatan dengan sumber sarang burung walet. Kini telah ramai usahawan yang telah menghasilkan pelbagai produk berasaskan sarang burung walet. Termasuk minuman sarang burung Sayap Walet.

Sarang burung walet adalah terhasil daripada air liur burung walet yang menggunakan air liur untuk membuat sarangnya. Sarang burung walet ini adalah antara produk makanan tambahan termahal di dunia selain daripada ikan yu dan gamat.
Ini adalah kerana sarang burung sayap walet mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihantan dan kecantikan dan sudah diamalkan buat sekian lamanya.

Sarang burung walet dan produk-produk yang berasaskan sarang burung walet mendapat permintaan tinggi daripada negara-negara seperti China, Taiwan dan Hong Kong.
Antara produk-produk yang dihasilkan berasaskan sarang burung walet ialah minuman sarang burung walet, produk kosmetik dan juga pelbagai makanan tambahan samada dalam bentuk serbuk, kapsul atau jus.
Sarang burung walid juga telah menjadi antara komoditi eksport utama Malaysia. Negara kita kini adalah antara pengeksport sarang burung walit terbesar di negara Asia Tenggara.
Minuman Sarang Burung Pelbagai Perisa
Sayap Walet adalah jenama daripada Syarikat Nuras Secret Enterprise yang berlokasi di Skudai, Johor.

Mereka mengeluarkan produk minuman sarang burung Sayap Walet berperisa kurma, laici dan durian belanda.
Menurut pengasasnya, Puan Nuraslina Bt Azhar mereka ingin memperkenalkan produk-produk yang berasaskan sarang burung walet sepert minuman, makanan tambahan dan juga kosmetik.
Percaya pada diri, kemudian orang lain akan percaya pada anda
Puan Nuraslina Azhar
Pengasas Sayap Walet
Beliau memperkenalkan produk minuman berasaskan sarang burung walet bersama perahan buah-buahan yang segar. Didatangkan dengan botol plastik bersaiz 250 ml dengan harga yang berpatutan.
Setiap botol air minuman Sayap Walet ini mengandungi 2% sarang burung walet
Antara minuman sarang burung keluaran Sayap Walet adalah;
(1) Air Sarang Burung Bersama Buah Kurma

(2) Minuman Air Sarang Burung Bersama Buah Laici

(3) Minuman Air Sarang Burung Bersama Buah Durian Belanda

Cara Pengambilan Sarang Burung Sayap Walet
- Goncang dahulu sebelum minum kerana kebiasaannya sarang burung walet berada di bahagian bawah botol
- Minum waktu pagi semasa perut kosong
- Boleh juga diminum sebelum tidur
- Boleh diminum setiap hari
- Boleh disimpan dan diminum semasa sejuk
Minuman sarang burung ini boleh diminum oleh semua golongan wanita, lelaki dan juga kanak-kanak.
Kebaikan Sarang Burung Sayap Walet
Antara kebaikan dan manfaat yang dapat diperoleh dengan mengamalkan minuman ini adalah seperti berikut;
(1) Kebaikan Untuk Wanita
- Kebanyakan wanita mengamalkan minum sarang burung walet ini adalah kerana ianya berkhasiat dalam meremajakan kulit.
- Ianya juga dapat meransang sel dan penghasilan semula struktur sel dalam badan wanita
(2) Kebaikan Sarang Untuk Ibu Hamil dan Bayi Dalam Kandungan
- Membantu meningkatkan sel-sel otak bayi dan membrane sineptik bayi
- Membantu menguatkan paru-paru bayi
(3) Kebaikan Untuk Kanak-kanak
- Membantu menguatkan system imunisasi tubuh
- Dapat membantu meningkatkan selera makan
- Dapat membantu menguatkan daya ingatan
(4) Kebaikan Sarang Burung Orang Dewasa
- Anti oksidan dan anti penuaan
- Membantu melancarkan peredaran darah
- Membantu menguatkan paru-paru dan buah pinggang
Produk keluaran Sayap Walet telah mendapat sambutan yang baik daripada para pelanggan mereka.
Pelanggan Sayap Walet
Bagi kawan-kawan yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk keluaran Sayap Walet ini boleh mengunjungi Facebook mereka.
Facebook Sayap Walet
Nik Nock kongsikan media sosial dan nombor untuk dihubungi bagi maklumat Sayap Walet
FACEBOOK SAYAP WALET |
INSTAGRAM SAYAP WALET |
WEBSITE SAYAP WALET |
NO TELEFON 0197271160 (PUAN NURASLINA) |
WASAP SAYAP WALET |
ALAMAT SAYAP WALET PASAR PELADANG SKUDAI, BATU 10 81300 JOHOR BAHRU, JOHOR |
Terima kasih kepada Usahawan SAYAP WALET yang mempunyai wawasan untuk memperkembangan perniagaan mereka ke serata tempat. Semoga usaha SAYAP WALET terus diberikan kejayaan yang berkekalan. Aameen.
Artikel lain yang boleh di baca berhubung Sayap Walet boleh KLIK pada link yang berikut;
Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS
More Stories
Idea Bilik Tidur Sempit | Izzahrra PeDAS
Tips Menghias Ruang Tamu | Izzahrra PeDAS
Kedai Perabot Online Izzahrra | Usahawan PeDAS