
Santan adalah antara bahan utama cendol. Biasanya selain cendol, santan banyak digunakan dalam masakan seperti masak lemak, cili api, sayur dan lain-lain. Juga santan digunakan untuk membuat kuih muih yang pelbagai rasa. Oleh itu, banyak tips dan petua santan tahan lama bagi menjamin kualiti dan rasa masakan, kuih muih dan minuman seperti cendol.

Santan Kelapa dan Santan Sawit
Biasanya bila disebut santan, semestinya lah kita membayangkan santan kelapa kan. Macam Nik Nock membesar dengan santan kelapa la deh.
Tengok mak kait buah kelapa, kemudian kopek, belah seterusnya parut kelapa untuk dijadikan bahan masakan dan kuih muih.

Kelapa yang diparut pula akan diperah menggunakan tangan atau kain untuk mendapatkan santan yang asli. Ada juga peniaga runcit yang menjual santan kelapa segar.
Namun zaman sudah berubah, santan kini boleh di dapati di pasaraya dalam bentuk kotak. Jadi ianya memudahkan semua untuk memasak. Bukan sahaja suri rumah, malah memudahkan urusan para peniaga makanan dan kuih muih juga.
Yang menariknya lagi, kini kita sudah mula dikenalkan dengan santan sawit. Santan sawit juga sejenis santan yang diperbuat daripada minyak kelapa sawit. Ianya juga setanding dengan santan kelapa dari segi rasa dan rupa.

Walau apa juga jenis santan yang digunakan, atau kaedah mendapatkan santan diperoleh, banyak petua yang diamalkan oleh orang lama untuk memastikan santan yang terhasil segar dan tahan lama.
Petua Santan Tahan Lama Untuk Tahan Lama dan Tak Masam
Nik Nock kongsikan antara tips dan petua yang selalunya diamalkan untuk memperoleh santan yang segar dan tahan lama.
(1) Pilih Kelapa Yang Baru
Orang lama biasanya bila nak masak barulah kait kelapanya. Kelapa yang tua dan baru masih bersabut. Isinya putih dan tidak masam. Barulah santannya segar dan berkualiti untuk dijadikan masakan.
Kalau membeli santan di kedai pun biasanya pekedai akan membelah kelapa baru setiap kali menerima pesanan. Jadi tidak timbul isu santan lama dan masam.
Jadi pilih kelapa baru juga adalah satu petua santan tahan lama yang penting.

(2) Guna Jenis Kelapa Yang Betul Untuk Petua Santan Tahan Lama
Kebiasaannya untuk memasak makanan seperti masak lemak, kari, pengat dan sebagainya, kelapa yang tua digunakan. Ini adalah kerana kelapa tua akan menghasilkan santan yang pekat dan segar.
Manakala kelapa muda pula biasanya diparut untuk dijadikan kuih muih. Biasanya kelapa muda adalah segar dan mesti segera dimakan dan tidak disimpan terlalu lama.
(3) Teknik Perah Kelapa
Bagi orang yang memilih untuk menghasilkan sendiri santan, teknik memerah santan mestilah menggunakan air bersih atau air masak untuk proses perahan tersebut adalah salah satu petua santan tahan lama.
Elakkan daripada menggunakan air yang tercemar dan tidak tahu puncanya untuk mengelakkan santan rosak. Kemudiannya ditapis untuk mengasingkan santan dan hampas kelapa.

(4) Cara Menyimpan Santan Untuk Petua Santan Tahan Lama
Sekiranya ada lebihan santan selepas memasak, santan tersebut boleh di sejukbeku atau frozen di dalam peti sejuk.
Ada juga sesetengah orang akan frozen kan santan dan disimpan sebagai stok untuk memasak terutamanya di musim perayaan.
Bagi yang membeli santan kotak juga boleh simpan lebihan santan di dalam peti sejuk di bahagian freezer untuk petua santan tahan lama.
(5) Pilih Santan Kotak Yang Betul
Sekarang sudah ramai yang menggunakan santan kotak yang boleh dibeli dengan cepat di pasaranya.
Sebelum membelinya, cuba semak dahulu status syarikat pengeluar santan tersebut untuk memastikan ianya diproses di kilang yang diiktifar dan Halal.
Yang penting sekali, jangan lupa untuk semak tarikh luput santan tersebut.
(6) Masukkan Garam Ke Dalam Santan
Bagi yang menggunakan santan untuk minuman seperi abc, koktel mahupun cendol, untuk petua santan tahan lama, bolehlah cuba masukkan sedikit garam ke dalam santan dan dipanaskan sekejap di atas dapur.

Kemudian barulah digunakan santan tersebut untuk dimasukkan ke dalam makanan. Santan tersebut akan bertahan lama dan lebih sedap dan lemak bila dimakan dengan makanan atau manisan yang disediakan seperti cendol.
Ajidyan Cendol Menggunakan Santan Sawit
Sekiranya kawan-kawan mencari cendol yang menggunakan santan sawit, boleh cuba Ajidyan cendol yang berlokasi di Pagoh Johor.
Mereka mempunyai pelbagai jenis cendol yang sedap semuanya. Salah satu keistimewaannya, mereka menggunakan santan sawit sebagai ramuan cendol mereka.



Lokasi Ajidyan Cendol
Sesiapa yang ada sekitar Pagoh atau yang ke Johor melalui Johor boleh lah singgah di kedai Ajidyan untuk menikmati cendol mereka.
Nik Nock kongsikan media sosial dan nombor untuk dihubungi bagi maklumat Ajidyan Cendol
FACEBOOK AJIDYAN |
WEBSITE AJIDYAN |
NO TELEFON 0197040898 (ENCIK AJID/PUAN YAN) |
WASAP AJIDYAN |
ALAMAT 55, LORONG AMAN KAMPUNG SARI BARU 84600 PAGOH, JOHOR |
Terima kasih kepada Usahawan AJIDYAN yang mempunyai wawasan untuk memperkembangan perniagaan cendol ke serata tempat. Semoga usaha AJITYAN terus diberikan kejayaan yang berkekalan. Aameen.
Artikel lain yang boleh di baca berhubung cendol Ajityan boleh KLIK pada link yang berikut;
Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS
More Stories
Idea Bilik Tidur Sempit | Izzahrra PeDAS
Tips Menghias Ruang Tamu | Izzahrra PeDAS
Kedai Perabot Online Izzahrra | Usahawan PeDAS