March 8, 2021

Nik Nock

Blogger Malaysia

Ajidyan Cendol Sedap Pagoh | Usahawan PeDAS

Rasanya ramai warga Malaysia yang suka makan cendol. Secara umumnya cendol adalah sejenis minuman yang berisi cendol, ais, santan, jagung dan sebagainya. Cendol boleh didapati dengan mudah di negara kita. Kemana sahaja boleh jumpa cendol. Tapi kalau ke Johor, boleh singgah di Ajidyan Cendol Sedap Pagoh.

Ajidyan cendol sedap pagoh

Ajidyan Cendol

Ajidyan Cendol ditubuhkan pada tahun 2011. Jenama Ajidyan adalah hasil gabungan nama pengasasnya iaitu Encik Ajid dan Puan Yan. Perniagaan cendol Ajidyan berlokasi di Kampung Sari Baru, Pagoh, Johor.

Encik Ajid dan Puan Yan ingin memperkembangkan lagi perniagaan cendol mereka ke serata tempat di Malaysia agar ramai orang dapat menikmati cendol Ajidyan yang sedap.

Usah lebih lagi demi kejayaan berganda

Nordiyana Sudari
Pengasas Ajidyan cendol sedap Pagoh
Pengasas Ajidyan Cendol

Keistimewaan Ajidyan Cendol Sedap Pagoh

(1) Cendol Homemade

Apa yang specialnya cendol Ajidyan sedap pagoh ini adalah kerana ianya cendolnya adalah homemade dan diusahakan secara manual tanpa penggunaan mesin.

Cendol disediakan setiap hari untuk memastikan kualiti cendol yang disediakan kepada pelanggan

(2) Bahan-bahan segar

Ajidyan cendol sedap Pagoh disediakan dengan bahan-bahan yang segar agar cendol dan bahan-bahan lain dapat dinikmati pelanggan dengan selera.

Antara bahan utama Ajidyan Cendol adalah cendol itu sendiri, ais, jagung, jeli dan juga durian yang berkualiti.

Bahan-bahan yang digunakan sememangnya penting bagi menentukan kesedapan cendol.

(3) Santan Sawit Asli

Cendol Ajityan menggunakan santan sawit asli yang berkhasiat. Santan sawit memberikan rasa lebih sedap dan menyelerakan.

(4) Gula Merah Asli

Ajidyan menggunakan gula merah asli untuk menambah kemanisan dalam penyediaan cendol.

Gabungan rasa manis daripada gula merah serta bahan-bahan yang lain membuatkan Adjityan Cendol manis secukup rasa sedap diminum oleh pelanggan.

(5) Rasa Sedap dan Segar

Adunan dan campuran cendol bersama-sama bahan-bahan tambahan yang lain memberikan rasa sedap dan segar apabila dihidangkan kepada pelanggan.

Kepelbagaian Ajidyan Cendol Sedap Pagoh

Apa yang lebih menarik, cendol Ajidyan dihasilkan dengan pelbagai jenis perisa dan rasa seperti cendol durian, cendol koktel dan cendol biasa.

Oleh itu, mereka memberikan pelbagai pilihan untuk pelanggan memilih rasa cendol yang mereka gemari.

(1) Cendol Original / Biasa

Ajidyan Cendol sedap pagoh original
Cendol Original

(2) Cendol Koktail

Ajidyan cendol sedap pagoh cendol koktail

(3) Cendol Durian

Ajidyan cendol sedap pagoh cendol durian

Selain kepelbagaian jenis cendol, Ajidyan juga menyediakan pelbagai jenis ABC dan makanan kudapan yang lain seperti goreng pisang, kerepok lekor dan karipap.

Air Batu Campur (ABC)

Goreng Pisang

Bagi kawan-kawan yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Ajidyan Cendol Sedap Pagoh ini boleh mengunjungi Facebook mereka.

Facebook Ajityan

Nik Nock kongsikan media sosial dan nombor untuk dihubungi bagi maklumat Ajidyan Cendol

FACEBOOK AJIDYAN
WEBSITE AJIDYAN
NO TELEFON
0197040898
(ENCIK AJID/PUAN YAN)
WASAP AJIDYAN
ALAMAT
55, LORONG AMAN
KAMPUNG SARI BARU
84600 PAGOH, JOHOR

Terima kasih kepada Usahawan AJIDYAN yang mempunyai wawasan untuk memperkembangan perniagaan cendol ke serata tempat. Semoga usaha AJITYAN terus diberikan kejayaan yang berkekalan. Aameen.

Artikel lain yang boleh di baca berhubung cendol Ajityan boleh KLIK pada link yang berikut;

Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS