February 27, 2021

Nik Nock

Blogger Malaysia

Cara Makan Madu Kelulut | Lulu Tree PeDAS

Cara-makan-madu-kelulut

Setahu Nik Nock madu ni merupakan makanan yang tinggi khasiatnya dan madu tidak basi. Betul kan? Nak kepastian kena baca kat buku atau google mengenai madu. Ada orang yang makan madu tapi katanya tak memberi apa-apa kesan. Mungkin cara makan madu yang salah kerana ada cara makan madu kelulut yang betul mengikut khasiatnya.

cara makan madu kelulut

Dalam perubatan tradisional madu digunakan sebagai penyembuh luka pada tubuh manusia dan mempunyai sifat melawan keradangan. Bergantung dengan cara penggunaannya, madu dapat memberikan banyak manfaat kesihatan untuk manusia.

Walau bagaimanapun keberkesanan madu bergantung juga kepada cara makan madu kelulut dan cara penyimpanan madu.

Cara Makan Madu Kelulut Dengan Betul

(1) Cara Makan Madu Kelulut Mesti Pilih Madu Yang Asli

Pelbagai madu yang boleh di dapati di pasaran sekarang. Kita perlu berhati-hati untuk membeli madu yang asli.

Macam-macam petua yang dikongsi untuk memastikan ketulenan madu seperti tengok kelikatan madu dan tengok madu yang dihurung semut. Tapi masih perlu berhati-hati supaya tidak tertipu.

Antara petua yang boleh digunakan untuk memastikan keaslian madu adalah seperti;

  1. Tuangkan sedikit madu ke dalam piring
  2. Tuangkan sedikit air suam ke dalamnya
  3. Goncangkan
  4. Sekiranya madu asli, kita akan nampak ianya membentuk satu corak sarang lebah atau heksagon

Jadi selepas ini, kita boleh cuba petua ini untuk memastikan keaslian madu.

(2) Jangan Simpan Madu Dalam Peti Ais

Nik Nock dulu selalu ni simpan madu dalam peti ais. Sebab tak madu dihurung semut dan kononnya nak madu tu tahan lama.

Kalau nak tahu sebenarnya untuk mengekalkan kesegaran rasa dan kualiti vitaman yang terkandung dalam madu, ianya mestilah di simpan di dalam suhu bilik.

Jadi yang baiknya, baiklah kita simpan madu di dalam bilik atau ruang yang tidak terkena matahari mahupun suhu panas seperti berdekatan dengan oven atau microwave.

(3) Cara Makan Madu Kelulut,Elak Makan Madu Dengan Sudu Besi

Perasan atau tidak orang dulu-dulu akan menggunakan kayu untuk menuang madu ke atas hidangan mereka. Ini adalah kerana keaslian madu dikatakan akan hilang sekiranya terkena barang atau material besi.

Oleh itu, untuk menjamin keberkesanan madu bagi penawar penyakit, elok diamalkan menggunaka sudu kayu, plastik atau seramik untuk pengambilan madu.

cara makan madu kelulut dengan kayu

(4) Simpan Madu Dalam Bekas Kedap Udara

Biasanya di pasaran madu yang dijual berbentuk botol dan jenis kedap udara. Ini adalah kerana ianya penting untuk memelihara kebaikan dan kualiti madu dan memastikan supaya terhalang daripada kemasukan air dan bendasing luar ke dalam madu.

Air dan bendasing akan membuatkan madu cepat rosak dan tidak tahan lama. Jadi pastikan madu di simpan di dalam botol kedap udara.

cara makan madu kelulut botol kedap udara
Botol Madu Kelulut Lulu Tree

(5) Biarkan Madu Dalam Bekas Asalnya

Selepas kita membeli madu, seeloknya biarkan disimpan di dalam bekas asalnya. Sekiranya perlu juga dialih atau diisi ke bekas lain pastikan kita gunakan bekas kaca atau plastik yang penutupnya adalah kedap udara.

(6) Madu Tak Basi Walaupun Hitam

Sekiranya madu yang disimpan berubah warna kehitaman, jangan dibuang madu itu. Ini kerana, madu sebenarnya tidak mempunyai tarikh luput.

Selangi ianya disimpan dengan baik di dalam bekas kedap udara serta terhindar daripada kemasukan air atau suhu panas, madu mampu bertahan lebih berabad dan berkurun lamanya.

Cuma Nik Nock ada terbaca yang madu hanya akan mengekalkan kualitinya sehingga dua (2) tahun. Lebih daripada itu kualiti dan elemen perubatan yang terkandung di dalam madu tidak akan memberikan kesan yang terbaik untuk pengguna.

Kelebihan Madu Kelulut

Dikatakan 1 sudu kecil madu kelulut bersamaan dengan 10 sudu kecil madu biasa

Ini adalah kerana lebah kelulut bersaiz kecil, dan ianya boleh memasuki sampai ke rongga bunga.

Madu kelulut mentah boleh ‘boost’ kan tenaga seseorang. Sekiranya ingin memandu jarak jauh pada waktu petang, boleh la meminum madu kelulut pada waktu paginya

Yang pentinya pastikan madu kelulut yang dibeli adalah asli seperti madu kelulut keluaran Lulu Tree.

Bagi kawan-kawan yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk keluaran Lulu Tree ini boleh mengunjungi Facebook mereka.

Facebook Lulu Tree

Nik Nock kongsikan media sosial dan nombor untuk dihubungi bagi maklumat lanjut berhubung produk Lulu Tree ini ya

FACEBOOK LULU TREE
INSTAGRAM LULU TREE
WEBSITE LULU TREE
YOUTUBE LULU TREE
NO TELEFON
013-3227771
(AMRINA)

Terima kasih kepada Usahawan Lulu Tree yang mengeluarkan madu kelulut asli yang memberikan manfaat untuk ramai orang. Semoga usaha Lulu Tree terus diberikan kejayaan yang berkekalan. Aameen.

Artikel lain yang boleh di baca berhubung produk Lulu Tree boleh KLIK pada link yang berikut;


Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS