
Sarang burung walet adalah sarang burung yang dihasilkan oleh air liur burung walet. Sarang burung walet telah menjadi makanan kesihatan masyarakat Cina sejak dahulu lagi. Mereka menggunakan sarang burung walet di dalam masakan mereka, biasanya sebagai sup sarang burung walet.

Masyarakat Cina percaya sarang burung walet dapat menyihatkan tubuh badan terutamanya dapat mencantikkan kulit. Sarang burung ini juga dikatakan kaya dengan nutrisi dan memberikan pelbagai manfaat untuk kesihatan.
Terdapat dua (2) jenis sarang burung walet iaitu sarang burung walet putih dan merah. Kedua-dua sarang ini mempunyai kalsium, besi dan magnesium yang tinggi.


Masyarakat cina percaya dengan mengamalkan sup sarang burung walit dapat meningkatkan tahap kesihatan. Contohnya sup sarang burung walet dapat meningkatkan tahap kecekapan organ manusia seperti membantu masalah gastrik, asma, batuk, dan meningkatkan sistem imunisasi badan.
Sup sarang burung juga dapat membantu merawat luka pembedahan serta meningkatkan tenaga dan metabolisma badan.
Nik Nock kongsikan resepi masakan sup sarang burung walet yang berkhasiat untuk kesihatan
Cara Penyediaan Sup Sarang Burung Walet
Bahan-Bahan
- 1 Sarang burung walet
- 1 Mangkuk air
- 1 Genggam gula batu (Secukup rasa)
- 3 Biji kurma cina (Pilihan)
- 2 Biji buah longan (Pilihan)
- 5 Biji buah goji beri (Pilihan)
- 3 Hirisan Ginseng (Pilihan)
Cara Penyediaan
(1) Rendam
Rendam dahulu sarang burung dalam semangkuk air dalam semalaman (8-10 jam) sehingga ianya kembang dan lembut
(2) Masukkan bahan dalam bekas
Sarang burung yang siap direndam di masukkan ke dalam bekas kecil yang berisi 1 mangkuk air dan dicampur dengan bahan-bahan lain iaitu kurna cina, longan, goji beri dan ginseng
Tutup bekas tersebut

(3) Masak Sup Sarang Burung Walet Dengan Kaedah Double Boiler
Masakkan sarang burung walet bersama bahan-bahan pilihan tersebut menggunakan kaedah ‘double boiler’
Selepas air dalam bekas besar mendidih biarkan air dalam bekas kecil pula mendidih dalam masa 15 minit

Masak sehingga sarang burung menjadi tekstur yang diingini, kemudiannya masukkan gula batu secukupnya dan biarkan ia betul-betul larut dalam 5 minit
Lepas siap di masak, biarkan sup sarang burung walet sejuk kemudiannya boleh di makan pada suhu bilik atau di makan sejuk.
Nota : Bahan pilihan adalah tidak wajib dan mengikut selera dan kesukaan masing-masing

Dengan perkembangan teknologi dan industri hari ini, kini sarang burung walied telah dikeluarkan dalam bentuk yang lebih mudah untuk dinikmati seperti produk minuman, produk kecantikan dan juga makanan tambahan.
Ianya sangat sesuai untuk masyarakat kini yang lebih menumpukan masa kepada kerjaya dan tiada masa untuk menyediakan sup sarang burung di rumah, namun masih mahu mendapatkan khasiatnya.
Produk Minuman Sarang Burung Sayap Walet
Sayap Walet adalah produk sarang burung walet yang dihasilkan oleh usahawan Bumiputera.
Antara minuman Sayap Walet adalah seperti berikut
- Minuman Air Sarang Burung Bersama Buah Kurma
- Minuman Air Sarang Burung Bersama Buah Laici
- Minuman Air Sarang Burung Bersama Buah Durian Belanda

Sayap Walet mengeluarkan produk minuman berasaskan sarang burung walet bersama perahan buah-buahan segar.
Ia dikeluarkan dengan botol plasik yang bersaiz 250lm dengan harga yang amat berpatutan.
Setiap botol Air minuman ini mengandungi 2% sarang burung walet.
Bagi kawan-kawan yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk keluaran Sayap Walet ini boleh mengunjungi Instagram mereka.
Instagram Sayap Walet
Sayap Walet juga memberikan ruang dan peluang untuk sesiapa yang berminat untuk mendapatkan pendapatan sampingan.
Nik Nock kongsikan media sosial dan nombor untuk dihubungi bagi maklumat Sayap Walet
FACEBOOK SAYAP WALET |
INSTAGRAM SAYAP WALET |
WEBSITE SAYAP WALET |
NO TELEFON 0197271160 (PUAN NURASLINA) |
WASAP SAYAP WALET |
ALAMAT SAYAP WALET PASAR PELADANG SKUDAI, BATU 10 81300 JOHOR BAHRU, JOHOR |
Terima kasih kepada Usahawan SAYAP WALET yang mempunyai wawasan untuk memperkembangan perniagaan minuman sarang burung walet ke serata tempat. Semoga usaha SAYAP WALET terus diberikan kejayaan yang berkekalan. Aameen.
Artikel lain yang boleh di baca berhubung Sayap Walet boleh KLIK pada link yang berikut;
Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS
More Stories
Idea Bilik Tidur Sempit | Izzahrra PeDAS
Tips Menghias Ruang Tamu | Izzahrra PeDAS
Kedai Perabot Online Izzahrra | Usahawan PeDAS