Ada waktunya bila kurang berselera untuk makan, Nik Nock biasanya akan cari budu laaa….makan dengan ulam. Fuhh…Tapi ada kalanya tekak terasa nak makan sambal bilis. Makan dengan nasi panas boleh bertambah nasi tau. Salah satu penambah selera yang mesti dicuba adalah Sambal Ikan Bilis Seri Nenda.

Resepi Sambal Asli Dari Dapur Seri Nenda
Dapur Seri Nenda diasaskan oleh Puan Fauziah Noh membawa Jenama Sri Nenda yang berlokasi di Beranang, Selangor. Syarikat beliau mengeluarkan produk sambal ikan bilis yang menggunakan resepi asli mereka sendiri.

Puan Fauziah sebelum ini adalah seorang wanita yang bekerjaya di bandar mengambil keputusan untuk membuka perniagaan sambal di kampungnya.
Beliau ingin menjadikan produk sambal Seri Nenda menjadi pilihan dan kegemaran penduduk bandar di dalam negara mahupun ke peringkat antarabangsa.
Start Small, Dream Big, Plan Ahead…
Puan Fauziah Noh
Pengasas Dapur Seri Nenda

Resepi asli Sambal Ikan Bilis Seri Nenda adalah hasil daripada kepakaran Chef Aaris Yazid yang menggunakan ramuan istimewa untuk menjadikannya menjadi pilihan orang ramai
Hobbies to Passion
Chef Aaris Yazid

Keistimewaan Sambal Ikan Bilis Seri Nenda Produk Keluaran Bumiputera
Sudah semestinya Sambal Seri Nenda adalah produk HOMEMADE yang mempunya banyak keistimewaannya yang tersendiri.
Sambal Seri Nenda adalah hasil resepi asli kampung.
Di hasilkan sendiri ‘homemade’ tanpa sebarang bahan pengawet atau tiruan
Ramuan yang digunakan adalah menggunaka bahan-bahan yang segar dan berkualiti tinggi
Sambal Ikan Bilis Seri Nenda boleh segera di makan bersama nasi, mee, sayur dan pelbagai jenis makanan
Tahan lama sehingga tiga (3) bulan
Sedia untuk terus dihidang
Dan yang paling penting adalah ianya SEDAP
Jenis-jenis Sambal Seri Nenda
Dapur Seri Nenda mengeluarkan lima (5) jenis sambal yang semuanya sedap-sedap belaka
- Sambal Bilis Cili Kampung
- Sambal Tumis Bilis
- Sambal Daging Carik2
- Sambal Paru
- Sapi Berlada 3 Malam

Sambal Seri Nenda Memudahkan Semua
Bukan sahaja sedap malah dengan adanya Sambal Bilis Seri Nenda ni juga memberikan tambah nilai kepada ramai orang.
Jimat masa memasak
Dengan adanya Sambal Seri Nenda kita tak perlu la tong tang tong tang tumbuk sambal kat dapur kannn…Sedia dimakan, cepat dan jimat.
Jimat kos Bahan Memasak Samal
Terutamanya kalau bujang, kadang-kadang beli bahan-bahan nak buat sambal mesti terlebih. Dan akhirnya rosak. Baik kita beli je sambal Seri Nenda je. Memang jimat!
Mudah Di Bawa untuk Travel
Sambal Seri Nenda memudahkan kita melancong dan membawa pembuka selera di tempat orang. Kadang-kadang bila melancong ke tempat yang berbeza budaya dan makanan Sambal Seri Nenda akan menjadi penyelamatnya.

Menjadi Bekal Makanan
Nik Nock setuju sangat part bawa sambal bersama-sama bekal ke office. Penyedap makan, penambah selera. Boleh juga dibekalkan untuk anak-anak yang masuk asrama atau belajar jauh dari ibu bapa.
Sambal Bilis Seri Nenda Sebagai Bahan Masakan
Bukan sahaja sambal Seri Nenda boleh di makan begitu sahaja. Malah ianya juga boleh dijadikan sebagai bahan masakan seperti pes untuk goreng nasi, mee, sambal ikan, ayam dan sebagainya. Bukan sahaja sedap malah cepat dan menjimatkan masa
Testimoni Sambal Ikan Bilis Seri Nenda
Ramai dah yang berpuas hati dengan rasa kesedapan sambal Seri Nenda

Kalau rasa terliur dengan sambal Seri Nenda ini boleh lah jenguk Facebook mereka untuk mendapatkan maklumat yang terkini.
Facebook Seri Nenda
Nik Nock kongsikan juga dengan kawan-kawan media sosial dan nombor untuk dihubungi bagi maklumat lanjut berhubung dengan produk sambal Seri Nenda.
| FACEBOOK SERI NENDA |
| INSTAGRAM SERI NENDA |
| NO TELEFON 012 346 0838 (FAUZIAH NOH) |
| ALAMAT DAPUR SERI NENDA NO 27-1A, LOT 237, KAMPUNG SUNGAI JAI, JALAN SUNGAI JAI, BERANANG 43700 SELANGOR |
Terima kasih kepada Usahawan SERI NENDA yang berkongsi rasa sambal resepi asli yang sedap dan memudahkan semua. Semoga usaha SERI NENDA terus melakar kejayaan. Aameen.
Artikel lain yang boleh di baca berhubung batik lukis SERI NENDA boleh KLIK pada link yang berikut;
Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS
More Stories
Makanan Bebas Gluten Malaysia | Eatslim Lifestyle
Serunding Daging Tahan Lama | HajiWan Serunding
Senarai Kelengkapan Umrah | Lelaki dan Perempuan