
Jenuh juga kalau nak buat sambal sendiri kan. Nak kena pergi kedai beli bahan-bahan sambal, nak kena kupas bawang, siang ikan bilis, nak kena tumbuk, menumis, dan lain-lain. Itu belum kena tahan pijar kena cili. Aduii…tapi di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya kawan-kawan. Kita kena berusaha untuk menjadikan Resepi Sambal Ikan Bilis Cili Padi adalah suatu kenyataan…Haha.

Maghi Nik Nock kongsikan resepi mudah untuk membuat sambal ikan bilis
Resepi Sambal Ikan Bilis Cili Padi Mudah dan Sedap
Bahan-bahan;
- 2 Cawan Ikan bilis
- 30 Biji cili padi 30
- 6 Ulas Bawang putih
- 12 Ulas Bawang merah
- Limau Kasturi
- Sedikit gula dan garam
Cara Penyediaan;
- Siang ikan bilis
- Kupas bawang
- Semua bahan diatas ditumbuk kasar
- Goreng dalam minyak yang panas sehingga garing.
- Rasakan dengan limau, garam dan gula secukupnya
- SIAP!!
Ini adalah di antara resepi yang paling ringkas Nik Nock kongsikan. Nampak senang kan. Tapi bila nak buat rasanya banyak juga usaha yang diperlukan terutamanya kepada mereka yang sibuk dan tak cukup masa.
Antara proses yang perlu di buat untuk menyediakan sambal mengikut resepi di atas adalah;
- Kena pergi pasar beli bahan-bahan yang diperlukan
- Kena siang ikan bilis (jenuh juga proses ni. kalau beli yang siap siang mahal pula)
- Buang tangkai cili (siap pijar tangan ni…)
- Tumbuk Cili (Boleh sakit belakang. Nak kisar pun boleh tapi orang kata sedap lagi sambalnya kalau tumbuk…haha)
- Belah dan perah limau kasturi (Ni belum kira kena pastikan biji limau ditapis, kalau masuk dalam sambal terpaksa kutip )
- Menumis sambal (Proses tumisan ni lama juga. Makin lama tumis makin sedap sambal dan tahan lama wehh…)
- Duduk lama dan berpanas di dapur
- Skill memasak kena mantap baru sambal jadi sedap
- Kena basuh peralatan memasak selepas masak
- Kena kemas dan bersihkan dapur selepas masak
Agak-agak ada lagi tak proses yang Nik Nock tertinggal?? Haha. Penat pun berbaloi la kalau isteri yang masak dan suami puji sedap. Kalau yang bujang takde siapa nak puji. Hihi..

Penyelesaian yang mudah adalah dapatkan sambal Seri Nenda je, senang. Tak payah bersusah di dapur. Rasanya sama macam buat sendiri. Tu pun kalau kita pandai masaknya. Silap-silap Sambal Seri Nenda lagi sedap.
Kelebihan Sambal Seri Nenda
- Buatan sendiri tanpa pengawet atau bahan tiruan.
- Menggunakan bahan berkualiti tinggi.
- Tahan lama sehingga 3 bulan.
- Sedia untuk dihidang.
- Sesuai dimakan dengan pelbagai jenis makanan.

Testimoni Resepi Sambal Ikan Bilis Cili Padi Seri Nenda
Sambal Seri Nenda ni dah ramai peminatnya yang setia tau. Banyak testimoni sambal yang diberikan pujian oleh para pelanggannya

Kalau order online jangan risau deh, Sambal Seri Nenda dibungkus dengan kemas agar kualiti dan barang tidak rosak apabila sampai kepada pelanggan.

Selain Facebook, kawan-kawan juga boleh mengunjungi Instagram Seri Nenda untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai produk sambal Seri Nenda
Instagram Seri Nenda
Nik Nock kongsikan juga dengan kawan-kawan media sosial dan nombor untuk dihubungi bagi maklumat lanjut berhubung dengan produk sambal Seri Nenda.
FACEBOOK SERI NENDA |
INSTAGRAM SERI NENDA |
NO TELEFON 012 346 0838 (FAUZIAH NOH) |
ALAMAT DAPUR SERI NENDA NO 27-1A, LOT 237, KAMPUNG SUNGAI JAI, JALAN SUNGAI JAI, BERANANG 43700 SELANGOR |
Terima kasih kepada Usahawan SERI NENDA yang berkongsi rasa sambal resepi asli yang sedap dan memudahkan semua. Semoga usaha SERI NENDA terus melakar kejayaan. Aameen.
Artikel lain yang boleh di baca berhubung batik lukis SERI NENDA boleh KLIK pada link yang berikut;
Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS
More Stories
Idea Bilik Tidur Sempit | Izzahrra PeDAS
Tips Menghias Ruang Tamu | Izzahrra PeDAS
Kedai Perabot Online Izzahrra | Usahawan PeDAS