February 27, 2021

Nik Nock

Blogger Malaysia

Corak Batik Tidak Luntur | Zieyra Design PeDAS

Corak batik tidak luntur

Seingat Nik Nock suatu masa dulu, baju batik lukis ni bukan selalunya dibeli oleh mak. Ada sehelai dua sudah memadai. Lain la kalau batik sarung, mahu tak cukup almari dekat rumah. Haha. Kain batik lukis ni memerlukan sedikit penjagaan agar corak batik tidak luntur.

Kain Pasang Batik Lukis Zieyra Design
Kain Pasang Batik Lukis Zieyra Design

Ada beberapa jenis kain yang digunaka untuk membuat batik lukis antaranya adalah kain cotton, crepe, sutera, kapas, rayon, voile dan sutera.

Dan antara yang paling popular dan mendapat sambutan hangat adalah fabrik sutera satin, crepe dan cotton viscose. Walaupun harganya lebih mahal daripada jenis fabrik yang lain, namum kelembutan fabriknya jauh lebih selesa dan cantik untuk digayakan.

Sebenarnya tidaklah terlalu susah untuk menjaga kain batik ni asalkan kita mengetahui bagaimana cara yang betul untuk menjaganya agar kain tahan lebih lama dan coraknya kekal cantik berseri.

Maghi Nik Nock kongsi antara tips untuk penjagaan kain batik.

Tips dan Penjagaan Kain Batik Lukis Agar Corak Batik Tidak Luntur

Tips #1 : Cara Cucian

Cara yang paling selamat adalah kita hantar sahaja batik lukis untuk ‘dry cleaning’ atau cucian kering. Ini adalah cara yang paling selamat. Namun kita masih boleh mencuci dengan tangan.

Dry Cleaning untuk Corak Batik Tahan Lama
Dry Cleaning Untuk Memelihara Batik

Tak perlu guna mesin basuh, sebolehnya cuci tangan.

Tak perlu di berus dan di sental. “Ore klate kato tok payoh nok gonyoh ssungguh la weh…haha”

Gunakan cecair cucian atau sabun khas untuk membasuh kain batik atau boleh gunakan bahan pencuci lembut ‘soft detergent’

Sabun khas cucian batik
Guna Sabun Khas Untuk Cucian Batik

JANGAN guna pelembut pakaian ya. Terutamanya batik lukis fabrik sutera. Ianya akan mengembangkan benang sutera dan kain akan mudah memeri.

Kalau boleh JANGAN RENDAM batik ya. Terus je cuci. Kalau nak rendam pun jangan lebih dari setengan jam.

Untuk batik yang baru dibeli, cucian pertama dan ke dua jangan dicampur dengan pakaian lain. Kerana selalunya warna batik akan luntur dan akan merosakkan pakaian yang lain.

Tips #2 : Cara Pengeringan Agar Corak Batik Tidak Luntur

Setelah di cuci, jangan diperah (atau di pintal eh?) kuat sangat. Nanti rosak kain batik terutamanya batik sutera.

Menjemur di bawah sinaran matahari yang terik mesti dielakkan. Jemur di tempat yang kering dan berangin.

Jemur batik di tempat kering untuk elak corak batik tidak luntur
Jemur Batik Di Tempat Teduh, Kering dan Berangin

Kalau yang terbaik terbalikkan kain batik sebelum di jemur.

Tips #3 : Cara Menggosok Batik

Pastikan gosok pada suhu yang bersesuaian pada iron seperti tetapkan pada ‘silk’ menggosok fabrik sutera.

Kalau kain batik terlalu kering, semburkan sedikit air sebelum menggosoknya.

Kalau nak lagi elok, alaskan kain di atas batik untuk menggosok

Suhu Iron yang sesuai untuk menggosok batik
Pilih Suhu Iron Yang Sesuai

Tips #4 : Cara Penyimpanan Batik

Lebih elok kain batik di gantung di dalam almari dan jangan dilipat. Kalau perlu lipat untuk travel atau sebagainya, terus sahaja gantung kain batik setibanya di destinasi.

Senang je kan nak jaga batik lukis. Kain eksklusif mestilah kita jaga. Biar ianya tahan lama dan corak batik tidak luntur.

Sekurang-kurangnya mesti la ada sehelai dua dalam simpanan kita. Sebab batik lukis ni memang penyelamat terutama tiba masa rasa macam tak ada baju untuk dipakai ke mana-mana majlis. Sarung baju batik je SIAP!.

Kalau kawan-kawan sedang mencari batik lukis kelantan boleh tengok di Zieyra Design. Banyak design dan corak yang cantik mereka ada. Siap boleh pilih corak mengikut citarasa kita. Boleh juga terus tempah untuk jahit mengikut ukuran badan.

Koleksi Zieyra Design Corak Batik Tidak Luntur

Boleh pakai untuk Hari Raya, untuk ke majlis-majlis formal atau tidak, untuk ke pejabat juga sesuai.

Batik ni memang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek paneh…

Boleh di pakai pada bila-bila masa dan di masa sahaja oleh sesiapa pun tak kira usia, golongan, bangsa dan agama.

Nik Nock kongsikan juga dengan kawan-kawan media sosial dan nombor untuk dihubungi bagi maklumat lanjut berhubung batik eksklusif Zieyra Design.

FACEBOOK ZIEYRA DESIGN
INSTAGRAM ZIEYRA DESIGN
WEBSITE ZIEYRA DESIGN
NO TELEFON
0199645650 (RADZIAH)
ALAMAT ZIEYRA DESIGN

PT 9961 KG KEPAS APAM LATI,
17000 PASIR MAS 
KELANTAN

Terima kasih kepada Usahawan ZIEYRA DESIGN yang mempunyai wawasan untuk memartabatkan seni batik lukis Kelantan. Semoga usaha ZIEYRA DESIGN terus berjaya. Aameen.

Batik Lukis Kelantan Asli

Cantiknya Untuk Diwarisi

Dari Dulu Sehingga Kini

Semoga Ianya Kekal Abadi

Nik Nock

Artikel lain yang boleh di baca berhubung batik lukis ZIEYRA DESIGN boleh KLIK pada link yang berikut;


Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS