
Setahu Nik Nock, perusahaan pakaian batik banyak tertumpu di negeri-negeri Pantai Timur iaitu Negeri Kelantan dan Terengganu. Batik bukan sahaja disukai oleh rakyat Malaysia malah pelancong dari luar negara juga menyukai batik terutama dijadikan sebagai cenderahati. Batik boleh didapati dengan pasaran dengan mudah. Salah satu Pengusaha Batik Lukis Kelantan adalah Zieyra Design.

Asal Perkataan Batik
Hasil daripada pembacaan Nik Nock (Ha…membaca itu jambatan ilmu dih) perkataan BATIK berasal daripada 2 perkataan jawa iaitu AMBA dan NITIK.
Amba merujuk sebagai TULIS dan Nitik pula bermaksud membuat TITIK
Oleh itu, Batik membawa erti kain yang dilukis dengan corak yang menarik dan terang
Industri Batik Malaysia
Industri batik di Malaysia amat dikenali di peringkat antarabangsa. Kini ramai ‘Designer’ tempatan telah mengambil inisiatif membawa warisan batik ke mata dunia.

Hasil pembuatan batik di Malaysia amat dikenali di peringkat antarabangsa. Rekaannya yang cantik, unik dan eksklusif telah menambat hati peminat pakaian tradisional di peringkat dunia.
Batik lukis adalah di antara jenis batik yang digemari sehingga dulu. Pengusaha Batik Lukis Kelantan, Zieyra Design mengenengahkan batik lukis eksklusif sebagai produk utama mereka.
Ciri-ciri Kain Pengusaha Batik Lukis Kelantan
Bagi Nik Nock, sudah tentunya batik lukis Kelantan mempunyai kelebihannya tersendiri selain mempunyai CORAK UNIK dan EKSKLUSIF
- Kain Lembut dan Selesa Untuk Dipakai
- Kain Tebal dan Tidak Jarang
- Kain Tidak Panas, Tidak Berkilat dan Tidak Licin
- Tidak Mudah Berkedut dan Mudah Digosok
- Bidang Besar iaitu Bidang 45
Pengusaha Batik Lukis Kelantan Sesuai Untuk Sesiapa Sahaja
Batik Lukis sesuai untuk dijadikan pakaian untuk semua golongan tidak kira tua, muda, umur dan bangsa.
Sesuai dijadikan pakaian Seragam untuk Cikgu, Kumpulan Marhaban, Pelajar Sekolah, Majlis Kenduri dan sebagainya.

Gambar-FB Kolej Vokasional Alor Star
Boleh juga dijadikan pakaian sedondon sempena Hari Raya, Majlis Pertunangan, Majlis Perkahwinan, Majlis Bertandang dan sebagainya.
Batik daripada Pengusaha Batik Lukis Zieyra Design boleh dijadikan Uniform untuk mana-mana syarikat, persatuan atau pertubuhan.

Gambar-Google
Penjawat Awam dan Pekerja Koperat juga sesuai menjadikan batik sebagai pakaian rasmi mereka.
Koleksi Kain Pengusaha Batik Lukis Kelantan
Antara koleksi terbaru Pengusaha Batik Lukis Kelantan adalah corak-corak mengikut trend dan warna terkini.

Koleksi Terbaru Zieyra Design
Koleksi Tudung Pengusaha Batik Lukis Kelantan


Testimoni Pelanggan Pengusaha Batik Lukis Zieyra Design

Nik Nock kongsikan juga dengan kawan-kawan media sosial dan nombor untuk dihubungi bagi maklumat lanjut berhubung batik eksklusif Zieyra Design.
FACEBOOK ZIEYRA DESIGN |
WEBSITE ZIEYRA DESIGN |
NO TELEFON 0199645650 (RADZIAH) |
ALAMAT ZIEYRA DESIGN PT 9961 KG KEPAS APAM LATI, 17000 PASIR MAS KELANTAN |
Terima kasih kepada Usahawan ZIEYRA DESIGN yang mempunyai wawasan untuk memartabatkan seni batik lukis Kelantan. Semoga usaha ZIEYRA DESIGN terus berjaya. Aameen.
Batik Lukis Kelantan Asli
Cantiknya Untuk Diwarisi
Dari Dulu Sehingga Kini
Semoga Ianya Kekal Abadi
Nik Nock
Artikel lain yang boleh di baca berhubung batik lukis ZIEYRA DESIGN boleh KLIK pada link yang berikut;
Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS
More Stories
Idea Bilik Tidur Sempit | Izzahrra PeDAS
Tips Menghias Ruang Tamu | Izzahrra PeDAS
Kedai Perabot Online Izzahrra | Usahawan PeDAS