March 8, 2021

Nik Nock

Blogger Malaysia

Keistimewaan Mee Sudin Melaka | Usahawan PeDAS

Keistimewaan-mee-sudin-melaka1

Mee kuning merupakan salah satu makanan yang digemari warga Malaysia. Mee goreng, mee sup, mee kuah menjadi pilihan selain dari nasi. Sebenarnya ada sejenis mee bukan mee kuning tapi ianya lebih sihat. Itulah keistimewaan Mee Sudin Melaka.

Pada asasnya mee kuning dihasilkan daripada ramuan tepung gandum, air, garam dan telur. Tiada bahan yang membahayakan.

Namun, dikatakan mee kuning yang terdapat di pasaraya terdapat bahan-bahan pengawet seperti sodium karbonat, asid borik dan pewarna. Ia berfungsi untuk membuatkan mee bewarna kekuningan dan lebih tahan lama.

Oleh itu, mee kuning tersebut dikatakan tidak berapa elok untuk kesihatan jika dimakan selalu. Kini ramai ibu-ibu yang lebih suka menghasilkan mee kuning homemade untuk dijadikan bahan masakan.

Satu lagi alternatif adalah penggunaan mee sayur sebagai ganti kepada mee kuning.

Mee sayur adalah sejenis mee sihat yang diolah daripada ramuan sayur sayuran. Salah satu produk mee sayur yang berada di pasaran adalah Mee Sudin.

Jenama Mee Sudin yang dikeluarkan oleh Syarikat Mee Sudin Food Industry beroperasi di Air Molek, Melaka.

Pengasas Keistimewaan Mee Sudin Melaka
Puan Siti Jamilah Pengasas Mee Sudin

Menurut pengasasnya, Puan Jamilah Bt Mahful matlamat dan misi syarikatnya adalah untuk membangunkan  komuniti dan keluarga ke arah  gaya hidup yang lebih sihat dengan mengamalkan pemakanan yang bernutrisi.

Makanan yang baik untuk perut, bagus untuk otak.

Puan Jamilah Mahful
Pengasas Mee Sudin

Keistimewaan Mee Sudin Melaka mengeluarkan rangkaian produk mee sayur yang tidak mengandungi sebarang bahan pengawet untuk menggalakkan orang ramai memilih makanan yang lebih sihat dan berkhasiat.

Keistimewaan Mee Sudin Melaka Menggunakan Ramuan Tiga Jenis Sayuran

Keistimewaan Mee Sudin Melaka adalah ramuan adunannya menggunakan 100% ekstrak sayur-sayuran segar iaitu ekstrak sayur bayam, esktrak sayur lobak dan ekstrak sayur labu.

Berikut adalah tiga (3) jenis mee sayur keluaran Mee Sudin yang berasaskan esktrak sayuran;

(1) Mee Bayam

Keistimewaan Mee Sudin Melaka Mee bayam

(2) Mee Lobak

Keistimewaan Mee Sudin Melaka mee lobak

(3) Mee Labu

Keistimewaan Mee Sudin Melaka mee labu

Keistimewaan Mee Sudin Melaka Yang Penuh Khasiat

Keistimewaan Mee Sudin Melaka bukan sahaja alternatif kepada mee kuning malah banyak lagi kelebihannya yang perlu kita tahu.

Antara keistimewaan mee sayur ini adalah seperti berikut;

(1) Keluaran Syarikat Bumiputera

Mee Sudin dikeluarkan syarikat Bumiputera dan dimiliki oleh usahawan Islam.

Produk Mee Sudin dihasilkan di kilang yang mendapat pensijilan MESTI.

Ianya HALAL dan boleh dimakan tanpa was-was.

(2) Ramuan Sayur Berkhasiat

Keistimewaan Mee Sudin Melaka adalah ramuan adunannya menggunakan 100% ekstrak sayur-sayuran segar iaitu ekstrak sayur bayam, esktrak sayur lobak dan ekstrak sayur labu.

(3) Tiada Perwarna Tiruan

Antara keistimewaan Mee Sudin Melaka yang utama adalah ianya tidak menggunakan sebarang pewarna tiruan.

Warna mee sayur yang terhasil adalah warna semulajadi daripada esktrak sayur yang digunakan.

(4) Tiada Kapur

Mee Sayur ini juga tidak menggunakan kapur yang boleh menyebabkan rasa pahit pada mee.

(5) Tiada Bahan Pengawet

Tidak menggunakan sebarang bahan pengawet seperti asid borik adalah antara keistimewaan Mee Sudin Melaka.

(6) Rasa Yang Sedap

Walaupun ianya mee sayur namun rasanya sedap. Rasa yang lebih manis dan lemak adalah kerana kandungan ekstrak sayuran segar dan asli.

Ini adalah satu keistimewaan mee sayur yang membuatkan ramai orang menyukainya.

(7) Sesuai Orang Tak Makan Sayur

Inilah keistimewaan Mee Sudin Melaka bagi membantu kanak-kanak yang tidak makan sayur.

Mee Sayur ini membolehkan ibu-ibu memasak mee sayur kepada anak-anak agar mereka masih mendapat nutrisi sayuran walaupun tidak memakan sayuran.

Bukan sahaja untuk kanak-kanak, malah mee sayur ini juga membolehkan orang dewasa yang kurang memakan sayur untuk mendapatkan khasiat sayur-sayuran.

Keistimewaan Mee Sudin Melaka Dalam Masakan

Keistimewaan Mee Sudin Melaka dalam masakan seharian kita adalah seperti berikut;

(1) Pelbagai Masakan

Mee Sayur ini boleh dimasak dengan pelbagai jenis masakan. Ianya boleh digoreng, sup, kari dan sebagainya.

Keistimewaan Mee Sudin Melaka dimasak goreng
Mee Sayur Goreng

Antara masakan yang menggunaka Mee Sudin ini adalah seperti berikut;

  • Mee Goreng
  • Mee Sup
  • Mee Kari
  • Mee Tomyam
  • Mee Rebus
  • Mee Bandung
  • Murtabak mee

(2) Nutrisi Lengkap

Mee Sayur Mee Sudin mengandungi lebih serta, vitamin dan mineral. Ianya mengandungi lebih mikronutrisi yang membantu menyokong kesihatan tubuh badan.

Mee sayur akan menghasilkan satu nutrisi yang lengkap dalam satu hidangan. Apapun jenisn masakan, boleh ditambah protein seperti ayam, daging dan seafood.

(3) TidaK Perlu Banyak Rencah

Masakan yang menggunakan Mee Sudin tidak memerlukan penggunaan banyak rencah kerana rasa mee sayurnya sendiri sudah sedia rasa lemak dan manis sayuran.

(4) Tidak Pahit

Oleh kerana Mee Sudin tidak menggunakan kapur, rasa mee sayurnya tidak pahit untuk dimakan. Oleh sebab itu ia menjadi kegemaran ramai orang termasuk kanak-kanak.

Secara tak langsung, ibu-ibu tidak lagi perlu memaksa anak-anak untuk makan sayur, tapi boleh digantikan dengan mee sayur. Itulah keistimewaan Mee Sudin Melaka.

Testimoni Pelanggan Mee Sudin

Sudah ramai yang sudah merasa mee sayur Mee Sudin. Mereka sangat berpuas hati dengan rasa mee sayur ini terutamanya apabila anak-anak juga menyukai kesedapan Mee Sudin.

Bagi kawan-kawan yang berminat untuk mendapatkan produk Mee Sudin ini bolehlah mengunjungi Facebook mereka seperti berikut;

Facebook Mee Sudin

Nik Nock kongsikan juga media sosial, nombor telefon dan lain-lain maklumat untuk berhubung dengan pihak Mee Sudin.

FACEBOOK MEE SUDIN
INSTAGRAM MEE SUDIN
WEBSITE MEE SUDIN
YOUTUBE MEE SUDIN
NO TELEFON
012-3875531
(PUAN SITI JAMILAH)
WASAP MEE SUDIN
ALAMAT
G3, LAMAN NIAGA MBMB 
TAMBAK PAYA, JALAN KG TAMBAK PAYA, 
75460 AIR MOLEK MELAKA
LOKASI KE MEE SUDIN

Terima kasih kepada Usahawan MEE SUDIN yang mempunyai wawasan untuk memperkembangan perniagaan mee sayur yang berkhasiat. Semoga usaha MEE SUDIN terus diberikan kejayaan yang berkekalan. Aameen.

Nik Nock

Artikel lain yang boleh di baca berhubung MEE SUDIN boleh KLIK pada link yang berikut;

Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS