
Untuk mendapatkan resepi kambing bakar yang sedap sebenarnya bergantung kepada sos perapannya. Tidak semua orang pandai untuk menyediakan sos perapan yang sedap. Namun kini terdapat banyak produk sos perapan di pasaran menjadikan cara perap kambing bakar menjadi mudah dan senang.
Kita hanya perlu membeli atau menyediakan daging kambing dan menggunakan sos perap yang dibeli untuk memerap kambing tersebut sebelum dibakar untuk dinikmati bersama keluarga.
Oleh kerana banyak produk perapan yang berada dipasaran agak susah juga untuk memilih sos perap yang sedap dan menepati selera. Maklum sajakah sedap tu sememangnya subjektif mengikut selera masing-masing.
Jadi, belilah sos perapan yang sesuai dengan citarasa masing-masing ya. Kerana kali ini Nik Nock nak kongsikan cara perap kambing bakar dengan menggunakan produk keluaran Ansal Ternak.
Ansal Ternak adalah satu jenama yang mengeluarkan produk sejuk beku berasaskan daging kambing, daging, ayam serta sos perap resepi mereka sendiri.

Jom Nik Nock kongsikan cara perap kambing bakar yang akan membuatkan menu kambing bakar kita lebih sedap dan mudah.
Cara Perap Kambing Bakar Yang Mudah dan Sedap
Bahan-bahan Cara Perap Kambing Bakar
Bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan kambing bakar adalah seperti berikut;
- 1 Kg Daging Kambing (Lamb)
- 1 Paket Sos Perap Ansal Ternak
Cara Perap Kambing Bakar
Kini untuk menyediakan resepi kambing bakar paling sedap, kita tidak perlu risau lagi kan sebab dah ada Sos Perap Kambing Bakar Ansal Ternak.
1 Paket sos perap ini boleh digunakan untuk sehingga satu (1) kilogram daging kambing.
Berikut adalah cara menggunakannya.
(1) Buka Sos Perap
Koyakkan paket sos perap mengikut garisan di paket.
(2) Perap Daging Kambing
Kemudian, tuangkan 1 paket sos perap Ansal Ternak ke dalam bekas yang berisi daging kambing.
Perapkan paling kurang 30 minit.
Untuk rasa perapan yang lebih sedap, bolehlah perapkan daging kambing semalaman.
Tak perlu tambah apa-apa bahan yang lain. Hanya campurkan sahaja bersama daging kambing sahaja.
(3) Bakar atau Panggang
Terdapat dua (2) cara untuk memasak daging kambing yang sedap. Kita boleh bakar secara tradisional ataupun panggang dengan peralatan yang moden dan cepat.
(i) Bakar Guna Arang
Kaedah ini agak mengambil masa tetapi ia mampu membuatkan kambing bakar menjadi lebih sedap dan klasik.
Untuk bakar daging kambing menggunakan arang, kita kena pastikan api tidak terlalu besar untuk mengelakkan kambing rentung.
Daging kambing mempunyai lemak yang akan cair dan turun ke dalam api apabila dibakar. Jadi kenalah berhati-hati.
Walaupun begitu, daging kambing yang dibakar dengan arang ni adalah yang terbaik. Semestinya harus cuba!

(ii) Guna Oven, Pemanggang atau Kuali
Sekiranya tiada kelengkapan untuk membakar daging kambing menggunaka arang janganlah risau.
Kita boleh menggunakan peralatan seperti oven, pemanggang ajaib ataupun kuali.
Masukkan kambing yang diperap menggunakan cara perap kambing bakar ke dalam pemaggang atau kuali.
Dan masak di atas dapur yang ada di rumah
Gunakan api yang perlahan ketika memasak daging kambing. Sekirnya api yang kuat, akan menghanguskan sos perak kambing bakar.
Ini adalah kerana salah satu ramuan sos perap Ansal Ternak adalah madu dan madu senang hangus.
Macam mana nak tahu kambing bakar itu sudah masak?
Kita akan nampak perubahan warna daging kambing menjadi sedikit gelap daripada warna sebelum masak.
Yang paling penting daging kambing itu kelihatan lebih anjal seperti mengecut. Masaklah begitu untuk mendapatkan kambing bakar yang sedap.
Setelah dimasak, bolehlah dimakan bersama keluarga.
Mudah kan cara perap kambing bakar yang sedap?
Selamat Mencuba !
Kawan-kawan yang ingin mencuba cara perap kambing bakar ini bolehlah mendapatkan Sos Perap Ansal Ternak.
Nik Nock kongsikan kenapa perlu guna Sos Perak Ansal Ternak ini untuk membantu cara perap kambing bakar menjadi mudah dan senang.
Keistimewaan Sos Perap Ansal Ternak Untuk Cara Perap Kambing Bakar Yang Sedap
Antara keistimewaan Sos Perap Ansal Ternak yang digunakan dalam cara perap kambing bakar adalah seperti berikut;
(1) Ramuan Istimewa dan Berkualiti
Bahan-bahan ramuan untuk membuat sos perap kambing bakar ini menggunakan rempah ratus yang bermutu tinggi.
Sos perap ini juga mewah dengan rempah rosmerry dan enam (6) jenis rempah yang lain.
Di samping beberapa campuran bahan berkualiti yang lain, membuatkan sos perap ini menjadi sebati dan mempunyai bau yang wangi.
Antara bahan utama dalam sos perapan ini adalah bawang putih yang berkualiti tinggi.
Bawang putih yang sangat kaya dengan nutrisi memberikan lebih rasa kepada sos yang terhasil.

(2) Produk Keluaran Bumiputera
Kambing Perap Ansal Ternak adalah hasil keluaran syarikat AFT berstatus bumiputera dan hakmilik usahawan Islam.
Sos Perap Kambing Bakar diproses di kilang Ansal Ternak yang mendapat persijilan MESTI.
(3) HALAL Jakim
Sos perap Ansal Ternak ini telah mendapat persijilan HALAL daripada pihak JAKIM dan boleh dimakan yakin, selamat dan tanpa was-was.
(4) Mudah Digunakan dan Jimat Masa
Sos perap kambing bakar sangat memudahkan suri rumah tangga menyediakan kambing bakar untuk dimakan seisi keluarga.
Mereka tidak perlu bersusah payah mencari resepi untuk menghasilkan perapan untuk membakar daging kambing.
Dengan menggunaka sos perap Ansal Ternak sahaja, terus memerap daging kambing yang dibeli dan sedia untuk dibakar.
(5) Tidak Perlu Tambahan Bahan Lain
Sudah semestinya ramuan yang digunakan dalam sos perap Ansal Ternak adalah secukup rasa. Tidak perlu lagi menambah sebarang bahan-bahan yang lain ke dalam sos perapan ini.
(6) Jimat Kos
Oleh kerana sos cara perap kambing bakar ini sudah siap sedia untuk digunakan dan tidak memerlukan kita menambahkan bahan-bahan lain.
Hanya perlu membeli daging kambing dan tambahkan sos perap Ansal Ternak sahaja.
Oleh itu, sudah tentunya tidak perlu mengeluarkan kos tambahan dan seterusnya menjimatkan wang, masa dan tenaga.
(7) Pelbagai Guna
Sos Perap untuk cara perap kambing bakar ini sangat sesuai untuk perapan daging kambing. Namun ia juga boleh digunakan sebagai bahan perap untuk makanan lain seperti berikut;
- Daging Kambing
- Ayam
- Daging Lembu
- Pelbagai Satey
- Pelbagai Seafood
Bagi yang ingin membeli terus daging kambing yang diperap, bolehlah mencuba Kambing Perap Ansal Ternak. Produk ini lagi senang dan mudah, tidak perlu membeli kambing berasingan mengikut cara perap kambing bakar seperti di atas.
Hanya perlu bakar sahaja dah sudah sedia untuk dihidang.
Ini lagi Mudah !!

Produk-produk Keluaran Ansal Ternak
Ansal Ternak bukan sahaja mengeluarkan produk sos perapan, malah beberapa produk lain bagi membantu ramai orang merasa kambing bakar yang sedap dan mudah disediakan.
Berikut adalah antara produk-produk keluaran Ansal Ternak;
(1) Sos Perap Kambing Bakar
(2) Kambing Perap Ansal Ternak (Beserta sos lada hitam)
(3) Ayam Perap
(4) Daging Perap
(5) Perkhidmatan Catering, Akikah & Kedai makan Kari Kambing Cikgu Anuar
Testimoni Pelanggan Ansal Ternak
Sudah ramai yang menggunakan sos perapan Ansal Ternak yang sangat mudah dan menjimatkan masa untuk merasai daging kambing bakar yang sedap. Mereka mengatakan rasa kambing bakar yang menggunakan Sos Perap Ansal Ternak adalah yang terbaik dan sering berulang kali membelinya.
Bagitu juga yang telah merasa kambing perap Ansal Ternak. Memang semuanya berpuas hati.
Bagi kawan-kawan yang berminat untuk mendapatkan produk Kambing Perap Ansal Ternak ini bolehlah mengunjungi ke kedai mereka seperti berikut;
Lokasi Ansal Ternak
Bagi yang tinggal jauh dan berada diluar kawasan Melaka boleh menghubungi mereka untuk urusan pembelian dan penghantaran melalui link wasap yang berikut;
KLIK DI SINI UNTUK WASAP ANSAL TERNAK
Nik Nock kongsikan juga media sosial, nombor telefon dan lain-lain maklumat untuk berhubung dengan pihak Ansal Ternak.
FACEBOOK ANSAL TERNAK |
INSTAGRAM ANSAL TERNAK |
WEBSITE ANSAL TERNAK |
YOUTUBE ANSAL TERNAK |
NO TELEFON 012-6054421 (PUAN FAZLINA) |
WASAP ANSAL TERNAK |
ALAMAT JC 3448, JALAN TBF4 A/1, BANDAR JASIN BESTARI, 77200 BEMBAN, MELAKA |
LOKASI KE ANSAL TERNAK |
Terima kasih kepada Usahawan ANSAL TERNAK yang mempunyai wawasan untuk memperkembangan perniagaan kambing perap sejuk beku. Semoga usaha ANSAL TERNAK terus diberikan kejayaan yang berkekalan. Aameen.
Nik Nock
Artikel lain yang boleh di baca berhubung ANSAL boleh KLIK pada link yang berikut;
Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS
More Stories
Idea Bilik Tidur Sempit | Izzahrra PeDAS
Tips Menghias Ruang Tamu | Izzahrra PeDAS
Kedai Perabot Online Izzahrra | Usahawan PeDAS