April 20, 2024

Nik Nock

Blogger Malaysia

Sos Perap Kambing Bakar | Ansal Ternak PeDAS

Sos-perap-kambing-bakar-paket

Menu kambing bakar ni biasanya menjadi pilihan bila nak buat majlis BBQ bersama keluarga. Daging kambing dibeli dan diperap dengan rempah ratus sebelum dbakar. Selain menyediakan sendiri perapan, kita juga boleh dapatkan sos perap kambing bakar jenama Ansal Ternak.

Sos perap kambing bakar Ansal Ternak dikeluarkan oleh Syarikat Ansal Frozen & Trading (AFT) yang beroperasi di Melaka.

AFT mengeluarkan makanan sejuk beku berasaskan daging kambing, daging dan ayam serta sos perap di bawah jenama Ansal Perap.

Menurut pengasas Ansal Ternak iaitu Puan Fazlina Anuar, AFT telah ditubuhkan pada tahun 2016 dan perniagaanya tertumpu kepada makanan sejuk beku berasaskan daging kambing, ayam dan daging perap.

Logo jenama sos perap kambing bakar
Jenama Ansal Ternak

Namun produk mereka agak susar untuk menembusi pasaran antarabangsa kerana ianya memerlukan beberapa sijil yang agak sukar untuk mendapatkannya.

Idea mengeluarkan sos perap tercetus apabila mendapati sos perap mempunyai nilai pasaran global yang cukup besar pada masa hadapan dan kita melihat potensi untuk memasarkan sos ini ke luar negara lebih mudah berbanding dengan kambing, ayam dan daging perap.

Puan Fazlina Anuar

Puan Fazlina turut menyatakan bahawa produk sos perap yang dikeluarkan oleh syarikatnya merupakan idea yang tercetus hasil daripada kajian dan perbicangan dengan pihak MDEC menerusi program PeDAS.

Menurutnya lagi, produk sos perap kambing bakar Ansal Ternak amat istimewa kerana cara dan kaedah yang digunakan untuk menghasilkanya sangat unik.

Menggunaka pengalaman mereka dalam perniagaan kambing perap, akhirnya mereka dapat menghasilkan ramuan yang terbaik untuk sos perap keluaran Ansal Ternak.

Beliau amat berharap agar produk keluaran Ansal Ternak dapat lebih dikenali di pasaran seluruh negara dan juga antarabangsa.

Sos Perap Kambing Bakar Ansal Ternak Yang Istimewa

Walau pun sos perapan boleh dibuat sendiri di rumah atau pun dibeli di pasaraya namun agar susah untuk mendapatkan sos perapan yang sedap. Dan juga tidak semua orang pandai untuk menghasilkan sos perapan yang sedap kan.

Kesedapan kambing bakar sudah tentunya terletak pada sos perapan itu sendiri selain daripada pilihan daging kambing yang berkualiti. Jadi kita perlu mendapatkan sos perap Ansal Ternak yang sudah terbukti kesedapannya.

Antara keistimewaan Sos Perap Kambing Bakar Ansal Ternak adalah seperti berikut;

(1) Ramuan Istimewa dan Berkualiti

Bahan-bahan ramuan untuk membuat sos perap kambing bakar ini menggunakan rempah ratus yang bermutu tinggi.

Sos perap ini juga mewah dengan rempah rosmerry dan enam (6) jenis rempah yang lain.

Di samping beberapa campuran bahan berkualiti yang lain, membuatkan sos perap ini menjadi sebati dan mempunyai bau yang wangi.

Antara bahan utama dalam sos perapan ini adalah bawang putih yang berkualiti tinggi.

Bawang putih yang sangat kaya dengan nutrisi memberikan lebih rasa kepada sos yang terhasil.

(2) Produk Keluaran Bumiputera

Kambing Perap Ansal Ternak adalah hasil keluaran syarikat AFT berstatus bumiputera dan hakmilik usahawan Islam.

Sos Perap Kambing Bakar diproses di kilang Ansal Ternak yang mendapat persijilan MESTI.

(3) HALAL Jakim

Sos perap Ansal Ternak ini telah mendapat persijilan HALAL daripada pihak JAKIM dan boleh dimakan yakin, selamat dan tanpa was-was.

(4) Mudah Digunakan dan Jimat Masa

Sos perap kambing bakar sangat memudahkan suri rumah tangga menyediakan kambing bakar untuk dimakan seisi keluarga.

Mereka tidak perlu bersusah payah mencari resepi untuk menghasilkan perapan untuk membakar daging kambing.

Dengan menggunaka sos perap Ansal Ternak sahaja, terus memerap daging kambing yang dibeli dan sedia untuk dibakar.

(5) Tidak Perlu Tambahan Bahan Lain

Sudah semestinya ramuan yang digunakan dalam sos perap Ansal Ternak adalah secukup rasa. Tidak perlu lagi menambah sebarang bahan-bahan yang lain ke dalam sos perapan ini.

(6) Jimat Kos

Oleh kerana sos perapan ini sudah siap sedia untuk digunakan dan tidak memerlukan kita menambahkan bahan-bahan lain.

Hanya perlu membeli daging kambing dan tambahkan sos perap Ansal Ternak sahaja.

Oleh itu, sudah tentunya tidak perlu mengeluarkan kos tambahan dan seterusnya menjimatkan wang, masa dan tenaga.

(7) Pelbagai Guna

Sos Perap Kambing Bakar ini sangat sesuai untuk perapan daging kambing. Namun ia juga boleh digunakan sebagai bahan perap untuk makanan lain seperti berikut;

  1. Daging Kambing
  2. Ayam
  3. Daging Lembu
  4. Pelbagai Satey
  5. Pelbagai Seafood

Cara Menggunakan Sos Perap Kambing Bakar

Kini untuk menyediakan resepi kambing bakar paling sedap, kita tidak perlu risau lagi kan sebab dah ada Sos Perap Kambing Bakar Ansal Ternak.

1 Paket sos perap ini boleh digunakan untuk sehingga satu (1) kilogram daging kambing.

Berikut adalah cara menggunakannya.

(1) Buka Sos Perap

Koyakkan paket sos perap mengikut garisan di paket.

(2) Perap Daging Kambing

Kemudian, tuangkan sos perap secukupnya ke dalam bekas yang berisi daging kambing dan perapkan paling kurang 30 minit.

Untuk rasa perapan yang lebih sedap, bolehlah perapkan semalaman.

Tak perlu tambah apa-apa bahan yang lain. Hanya campurkan sahaja bersama daging kambing

(3) Bakar atau Panggang

Daging Kambing yang telah diperap bolehlah dibakar untuk dimakan bersama keluarga.

Mudah kan?

Selamat Mencuba !

Daging kambing diperap menggunakan sos perap kambing bakar

Produk-produk Keluaran Ansal Ternak

Ansal Ternak bukan sahaja mengeluarkan produk sos perapan, malah beberapa produk lain bagi membantu ramai orang merasa kambing bakar yang sedap dan mudah disediakan.

Berikut adalah antara produk-produk keluaran Ansal Ternak;

(1) Sos Perap Kambing Bakar

(2) Kambing Perap Ansal Ternak (Beserta sos lada hitam)

(3) Ayam Perap

(4) Daging Perap

(5) Perkhidmatan Catering, Akikah & Kedai makan Kari Kambing Cikgu Anuar

Testimoni Pelanggan Sos Perap Kambing Bakar Ansal Ternak

Sudah ramai yang sudah menggunakan sos perapan Ansal Ternak yang sangat mudah dan menjimatkan masa untuk merasai daging kambing bakar yang sedap. Mereka mengatakan rasa kambing bakar yang menggunakan Sos Perap Ansal Ternak adalah yang terbaik dan sering berulang kali membelinya.

Testimoni Ansal Ternak

Bagi kawan-kawan yang berminat untuk mendapatkan produk Kambing Perap Ansal Ternak ini bolehlah mengunjungi Instagram mereka seperti berikut;

Instagram Ansal Ternak

Nik Nock kongsikan juga media sosial, nombor telefon dan lain-lain maklumat untuk berhubung dengan pihak Ansal Ternak.

FACEBOOK ANSAL TERNAK
INSTAGRAM ANSAL TERNAK
WEBSITE ANSAL TERNAK
YOUTUBE ANSAL TERNAK
NO TELEFON
012-6054421
(PUAN FAZLINA)
WASAP ANSAL TERNAK
ALAMAT
JC 3448, JALAN TBF4 A/1, BANDAR JASIN BESTARI,
77200 BEMBAN, MELAKA
LOKASI KE ANSAL TERNAK

Terima kasih kepada Usahawan ANSAL TERNAK yang mempunyai wawasan untuk memperkembangan perniagaan kambing perap sejuk beku. Semoga usaha ANSAL TERNAK terus diberikan kejayaan yang berkekalan. Aameen.

Nik Nock

Artikel lain yang boleh di baca berhubung ANSAL boleh KLIK pada link yang berikut;

Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS