February 27, 2021

Nik Nock

Blogger Malaysia

Madu Kelulut FZ Agro | Usahawan PeDAS

Madu di tangan kananmu….Racun di tangan kirimu…Kawan-kawan nak pilih yang mana? Kiri ke kanan?? Haha. Nik Nock pilih madu sahaja deh. Madu ni antara makanan sunnah yang manjadi pilihan orang ramai. Madu Kelulut FZ Agro ni pun salah satu pengeluar madu kelulut Asli yang berkualti.

Produk Keluaran Madu Kelulut FZ Agro
Produk Madu Keluaran FZ Agro

Penternak Madu Kelulut FZ Agro

FZ Agro berpengalaman lebih dari 6 Tahun sebagai Penternak dan pembekal madu kelulut asli dan produk hiliran seperti sabun kecantikan berasaskan madu kelulut, propolis, roti lebah, minyak kelapa dara dan kulit kayu manis.

Menurut Pemilik FZ Agro, iaitu Cik Siti Nuraini binti Yusof bersama ibunya Puan Salhah binti Ramli misi mereka adalah untuk menyediakan makanan tambahan yang Halal, asli, bersih, bermutu tinggi dan bebas daripada bahan kimia. Matlamat FZ Agro adalah menjadi penternak lebah kelulut dan pengeluar madu kelulut yang berjaya di Malaysia.

“Tiada istilah terlambat untuk memulakan sesuatu, jika ada minat yang mendalam, pengetahuan yang luas, rajin berusaha dan tidak kenal putus asa, sesiapa pun boleh berjaya”.

Founder, Allahyarham Hj. Yusof bin Abdullah dan Hjh. Salhah binti Ramli.

Misi FZ Agro

Cik Siti Nuraini kongsikan Misi dan matlamat FZ Agro dalam memperjuangkan makanan sunnah iaitu Madu Kelulut. Nik Nock doakan agar FZ Agro berjaya sehingga menembusi pasaran Antarabangsa deh. Aameen.

  • Menyediakan makanan tambahan yang halal, asli, bersih, bermutu tinggi dan bebas bahan kimia.
  • Menjadi penternak lebah kelulut dan pengeluar madu kelulut yang berjaya di Malaysia.
  • Memupuk kesedaran kepada pengguna untuk mengambil makanan tambahan dan produk kecantikan atau kesihatan dari sumber semulajadi, organik dan tiada bahan kimia.
  • Mempelbagaikan produk kecantikan, kesihatan dan makanan berasaskan madu kelulut, propolis dan roti lebah.
  • Memperjuangkan makanan sunnah yang dianjurkan Al-Quran sejak 1400 tahun dahulu.
  • Memperkenalkan Superfood Malaysia sehingga ke peringkat antarabangsa.
  • Memperkasakan penternakan lebah kelulut dan membuka peluang pekerjaan kepada komuniti setempat.
  • Membantu dalam pendebungaan pokok buah-buahan, sayuran dan pokok bunga di komuniti berhampiran.
  • Menjadikan pusat penternakan lebah kelulut sebagai sebuah pusat agrotourism dalam usaha memberi pengetahuan tentang lebah kelulut, produk-produk lebah kelulut serta pokok-pokok yang menjadi sumber nektar kepada lebah kelulut.

Produk Keluaran Madu Kelulut FZ Agro

FZ Agro mengeluarkan produk-produk yang berasaskan Madu Kelulut hasil daripada tuaian ladang mereka sendiri di Semanggol, Peral.

(1) Trigona Bee Honey Natural Madu Kelulut

Produk keluaran mereka yang utama adalah Trigona Bee Honey Natural Madu Kelulut iaitu madu kelulut asli dan sesuai dijadikan makanan tambahan yang organik dan asli untuk kesihatan seisi keluarga.

Madu Kelulut FZ Agro Trigona Bee Honey Natural Dalam Botol
Madu Kelulut Trigona Bee Honey Natural Dalam Botol

Ia juga merupakan makanan sunnah dan “Superfood Malaysia” bertaraf antarabangsa yang sangat sesuai untuk diamalkan oleh setiap lapisan usia. Trigona Bee Honey Natural Madu Kelulut dituai segar dari ladang sendiri di Semanggol, Perak dan telah mendapat pensijilan HALAL oleh JAKIM sejak tahun 2014.

Testimoni Trigona Bee Honey Natural Madu

(2) Sabun Kecantikan Madu Kelulut FZ Agro

Selain daripada Trigona Bee Honey Natural Madu kelulut, FZ Agro juga ada mengeluarkan produk sabun yang diperbuat daripada madu kelulut.

Sabun Kecantikan Madu Kelulut keluaran FZ Agro ialah sabun organik buatan sendiri berfungsi 3 dalam 1 untuk kesihatan kulit wajah, badan juga kulit kepala.

Sabun Kecantikan Madu Kelulut FZ Agro
Sabun Kecantikan Madu Kelulut Keluaran FZ Agro

Sabun ini merupakan produk hiliran yang berasal daripada tiga bahan hasilan kelulut iaitu madu kelulut, propolis dan roti lebah. Selain itu, sabun ini juga mengandungi bahan-bahan semulajadi seperti minyak kelapa dara buatan sendiri dan juga kulit kayu manis yand setiap satunya mempunyai fungsi yang efektif untuk menyelesaikan masalah kulit.

Testimoni Sabun Kecantikan Madu Kelulut Keluaran FZ Agro

Bagi kawan-kawan yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Madu Kelulut Trigona Bee Honey dan Sabun Kecantikan Madu Kelulut keluaran FZ Agro ini boleh lawati Facebook mereka ya.

Facebook FZ Agro

Nik Nock kongsikan juga dengan kawan-kawan media sosial dan nombor untuk dihubungi untuk pertanyaan yang lebih lanjut berhubung produk madu kelulut keluaran FZ Agro ini.

FACEBOOK FZ AGRO
INSTAGRAM FZ AGRO
SHOPEE FZ AGRO
NO TELEFON
019 – 446 5040 (Cik Siti Nuraini binti Yusof)
ALAMAT KEDAI
FZ Agro Products and Services
Lot 6400 A, Jalan Bukit Merah, 
Kubu Gajah, 34400 Semanggol, Perak

Terima kasih kepada Usahawan FZ Agro yang mengeluarkan produk madul kelulut 100% asli untuk memberi manfaat kepada ramai orang. Semoga usaha FZ Agro terus berjaya. Aameen.


Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS