Sebagaimana kita memerlukan wangian untuk badan kita seperti sabun mandi, deodorant dan minyak wangi begitulah juga kediaman kita memerlukan pewangi kan. Kali ini Nik Nock kongsikan Tips Rumah Sentiasa Wangi dengan menggunakan Bloomer Queen ya.

Sebelum ini Nik Nock beranggapan bahawa dalam kehidupan kita tidak memerlukan sebarang penggunaan haruman tambahan. Cukuplah sekadar wangian semulajadi yang ada kan. Namun ternyata salah rupanya. Semakin dewasa dunia ini, semakin kita perlukan sokongan untuk terus hidup dengan lebih bahagia dan wangi. Haha 🙂
Tips Rumah Sentiasa Wangi dan Harum
Kalau petua orang lama kebanyakan mereka menggunakan daun pandan dan arang untuk menghilangkan bau hapak dan mewangikan rumah, namun Bloomer Queen memudahkan orang ramai untuk mewangikan rumah dengan cara semulajadi juga.

Nik Nock kongsikan dengan kawan-kawan tips bagaimana nak gunakan Bloomer Queen untuk mengharumkan rumah agar sentiasa bersih dan segar.
(1) Semburkan Bloomer Queen pada pakaian sebelum dilipat dan disimpan ke dalam almari.

(2) Semburkan Bloomer Queen pada pakaian yg berbau hapak ketika musim hujan untuk dijemur di dalam rumah.
(3) Titiskan Bloomer Queen dalam air untuk mengemop lantai.

(4) Untuk tidur dengan nyenyak, semburkan Bloomer Queen pada tilam sebelum tidur.
(5) Kekalkan keselesaan ruang tamu dengan semburan Bloomer Queen pada langsir dan karpet bagi Tips Rumah Sentiasa Wangi
(6) Semburan Bloomer Queen di dalam kereta untuk menghilangkan stress ketika jalam sesak a.k.a jem. Haha 🙂
Tips dan Petua Rumah Bersih dan Segar
Selain itu kawan-kawan juga boleh mencuba tips petua berikut untuk menjadikan rumah kekal bersih sepanjang masa.
Kemas dan Bersihkan Rumah dengan Kerap
Pada pendapat Nik Nock BERSIH kena datang dulu barulah kita sembur Bloomer Queen kekal wangi dengan lama. Pastikan kita selalu sapu, mop dan vakum rumah untuk menjaga kebersihan.
Pentingnya Pengudaraan untuk Tips Rumah Sentiasa Wangi

Kita juga kena sastikan sekurang-kurangnya seminggu sekali buka tingkap dan pintu untuk sistem aliran udara yang baik. Kadang-kadang bau hapak itu datangnya dari habuk yang terperangkap lama di dalam sesebuah bilik. Jangan lupa buka semua suis kipas di dalam bilik untuk menggalakkan pengudaraan
Elakkan Air Bertakung
Pastikan tiada paip bocor yang boleh menyebabkan air bertakung. Takungan air boleh menyebabkan bau yang kurang menyenangkan jika dibiarkan dalam tempoh yang lama. Karpet lap kaki juga perlu dijemur sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk elakkannya daripada berbau hapak.
Sentiasa Pastikan Sampah Di Buang untuk Tips Rumah SentiasaWangi
Kita juga kena pastikan sampah di dalam rumah di buang dengan lebih kerap dan jangan di himpun dengan terlalu lama di dalam rumah. Kerana sampah sememangnya akan menyumbang kepada bau yang busuk di dalam rumah.

Nik Nock juga ingin menyokong Kempen 1 Rumah 1 Bloomer Queen untuk memastikan kita mengutamakan kebersihan dan kesegaran di setiap rumah yang kita tinggal.

Nik Nock kongsikan juga dengan kawan-kawan media sosial dan nombor untuk dihubungi untuk pertanyaan yang lebih lanjut berhubung produk Bloomer Queen ini.
| FACEBOOK BLOOMER QUEEN |
| INSTAGRAM BLOOMER QUEEN |
| NO TELEFON +60135999202 |
| ALAMAT KEDAI : PT 17035 KEDAI DAN PEJABAT, JALAN PERMAI, 35900 TANJONG MALIM, PERAK, MALAYSIA. |
Artike ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS
More Stories
Makanan Bebas Gluten Malaysia | Eatslim Lifestyle
Serunding Daging Tahan Lama | HajiWan Serunding
Senarai Kelengkapan Umrah | Lelaki dan Perempuan