Madu mengandungi banyak khasiat yang tidak boleh kita pertikaikan lagi. Nik Nock dapati banyak produk madu di pasaran sekarang ini. Jadi macam mana kita nak pilih madu yang asli? Nik Nock sarankan kawan-kawan boleh belinya daripada Pembekal Madu Kelulut Perak, FZ Agro Products and Services ya.
Pembekal Madu Kelulut Perak Madu Tuaian Ladang Sendiri
Pembekal Madu Kelulut Perak, FZ Agro mengeluarkan Trigona Bee Honey Natural Madu Kelulut dan Sabun Kecantikan Madu Kelulut hasil daripada tuaian madu kelulut ladang mereka sendiri. Ianya dikendalikan secara bersih, HALAL dan selamat.

Madu Kelulut Yang Tiada Bahan Tambahan
Madu kelulut yang digunakan dalam produk FZ Agro adalah 100% asli dan tiada sebarang bahan tambahan.
Pembekal Madu Kelulut Perak, FZ Agro Mendapat Sijil HALAL Jakim
Nik Nock juga yakin dengan produk madu kelulut daripada FZ Agro kerana produk mereka mendapat Pensijilan Halal dari Jakim berbanding kebanyakan produk madu kelulut yang berada di pasaran. Ini menandakan produk daripada FZ Agro boleh digunakan tanpa was-was.

Kualiti premium dengan harga mampu milik
Pembekal Madu Kelulut Perak hanya mengeluarkan madu kelulut dengan kualiti premium dengan harga yang mampu milik. Jadi sesiapa pun mampu membeli madu yang asli.
Pembungkusan Yang Kemas dan Menarik
Madu Kelulut Trigona Bee Honey dibungkus dengan kemas untuk dihantar kepada para pelanggannya. Selain label yang menarik, Setiap produk lengkap dihantar dengan maklumat pemakanan dan cepat dihantar mengikut pesanan.

Masa Sesuai Untuk Mengambil Madu daripada Pembekal Madu Kelulut Perak
Madu kelulut sesuai diambil ketika perut kosong, minum satu sudu besar madu (guna sudu plastik sahaja), satu jam sebelum sarapan dan sebelum tidur malam atau mengikut keperluan atau keselesaan pengguna. Madu kelulut juga boleh disapu terus pada anggota badan jika terdapat luka dan ketika kulit wajah timbul jerawat.
Cara Penggunaan Madu Kelulut
Madu kelulut boleh diambil untuk kesihatan dalaman dan luaran. Ia boleh diminum terus, dicampur air kosong, lemon atau bawang putih, dimakan bersama roti, salad atau dimasukkan ke dalam masakan, digunakan untuk menghasilkan produk lain seperti produk kecantikan, kesihatan serta makanan dan lain-lain lagi. Madu kelulut juga boleh disapu pada mana-mana anggota badan untuk merawat luka atau masalah kulit.

Pengguna Madu Kelulut FZ Agro
Madu kelulut daripada Trigona Bee Honey Natarul boleh di ambil oleh kanak-kanak yang berumur 1 tahun ke atas, lelaki dan wanita dan lelaki dewasa, pelajar, pesakit, ibu mengandung, pekerja, ahli sukan, pesara dan warga emas.
Menurut FZ Agro, Bayi berumur 1 tahun ke bawah tidak dibenarkan untuk minum madu ya.

Bagi kawan-kawan yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Madu Kelulut Trigona Bee Honey daripada Pembekal Madu Kelulut Perak ini boleh la jenguk Instagram mereka ya.
Instagram Madu Kelulut FZ Agro
Nik Nock kongsikan juga dengan kawan-kawan media sosial dan nombor untuk dihubungi untuk pertanyaan yang lebih lanjut berhubung produk Madu Kelulut Trigona Honey Bee keluaran FZ Agro ini ya.
| FACEBOOK FZ AGRO |
| INSTAGRAM FZ AGRO |
| SHOPEE FZ AGRO |
| NO TELEFON 019 – 446 5040 (Cik Siti Nuraini binti Yusof) |
| ALAMAT KEDAI FZ Agro Products and Services Lot 6400 A, Jalan Bukit Merah, Kubu Gajah, 34400 Semanggol, Perak |
Terima kasih kepada Usahawan FZ Agro yang mengeluarkan produk madul kelulut 100% asli untuk memberi manfaat kepada ramai orang. Semoga usaha FZ Agro terus berjaya. Aameen.
Artikel lain yang boleh di baca berhubung madu kelulut asli FZ Agro boleh KLIK pada link yang berikut;
Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS
More Stories
Makanan Bebas Gluten Malaysia | Eatslim Lifestyle
Serunding Daging Tahan Lama | HajiWan Serunding
Senarai Kelengkapan Umrah | Lelaki dan Perempuan