February 27, 2021

Nik Nock

Blogger Malaysia

Khasiat Madu Kelulut Asli | FZ Agro PeDAS

Nik Nock ada baca banyak artikel yang menyatakan bahawa kebanyakan produk madu yang terdapat di pasaran sekarang dicampur dengan gula. Ianya bukannya 100% madu sebenarnya, aduhai. Jadi kita sebagai pengguna kena bijak untuk memilih madu asli yang sebenar. Ini amat penting supaya kita makan madu dan mendapat Khasiat Madu Kelulut Asli yang sebenar.

Nik Nock kongsikan Madu Kelulut keluaran daripada FZ Agro tidak dicampur dengan gula dan tidak dicampur dengan mana-mana bahan tambahan yang lain. Ianya dituai terus dari ladang dan sangat berkualiti.

Madu Lebah Kelulut FZ Agro

Lebah Kelulut @ Kelulut

Madu Kelulut dihasilkan oleh Lebah Kelulut atau Kelulut sahaja (Juga digelar meliponini) ialah lebah yang tidak bersengat yang menghasilkan madu sama seperti lebah madu.

Lebah Kelulut
Lebah Kelulut @ Kelulut

Dianggarkan 500 spesis kelulut terdapat di seluruh dunia. Lebah kelulut boleh di dapati di kebanyakan kawasan-kawasan tropika dunia.

Kelulut menyimpan menyimpan madu di dalam tempayan kecil yang dilapisi propolis. Lebah ini penting sebagai agen pendebungaan di hutan-hutan dan kebanyakan spesis buah, bunga, sayur dan tanaman lain.

Tempayan Madu Kelulut
Tempayan Madu Kelulut

Madu kelulut dikatakan mempunyai pelbagai khasiat dan lebih tinggi khasiatnya jika dibandingkan dengan madu lebah.

Kelebihan dan Perbezaan Khasiat Madu Kelulut Asli dengan Madu Lebah Biasa

Kawan-kawan kalau nak tahu Rasa Madu Kelulut ni berbeza dengan madu daripada lebah biasa. Madu Kelulut rasanya sedikit masam manis dan cair berbanding madu lebah biasa yang kebanyakannya lebih manis dan pekat.

Madu Kelulut biasanya mempunyai kandungan fruktosa, glokosa dan sukrosa yang lebih rendah berbanding dengan madu biasa.

Asid fenolik, sejenis bahan antioksidan mudah diserap juga hadir dalam madu kelulut berbanding madu tempatan atau madu import.

Tips dan Petua Tradisional Untuk Khasiat Madu Kelulut Asli

Madu Kelulut Digunakan Untuk Merawat Luka

Cuci luka terlebih dahulu, kemudian ambil sedikit madu kelulut dan sapu di tempat luka. Gunakan dalam kuantiti yang sesuai jika lukanya besar. In Shaa Allah, perubahan positif dalam masa 1-2 minggu.

Madu Kelulut Diguna Semasa Demam

Ambil 2 sudu kecil madu kelulut dan campurkan dengan air putih, diminum sebelum sarapan, sebelum makan tengahari dan sebelum tidur (3 kali sehari)

Khasiat Madu Kelulut Asli Membantu Masalah Sakit Perut

Minum 1-2 sudu besar kelulut 3 kali sehari atau semasa sakit bersama sedikit air suam.

Batuk dan Selsema

Jika mula terasa sakit tekak, batuk dan selesema, minum 1 sudu besar madu kelulut 3 kali sehari setiap hari sehingga sakit tekak, batuk dan selesema hilang.

Hilang Selera Makan

Minum 1-3 sudu kecil madu kelulut 3 kali sehari.

Khasiat Madu Kelulut Asli Bantu Masalah Susah Tidur

2 sudu kecil madu kelulut dicampurkan dengan segelas air suam dan minum air madu tersebut.

Khasiat Madu Untuk Tudie
Khasiat Madu Kelulut Membantu Masalah Tidur

Menambah Kecergasan Badan

Minum 1-2 sudu kecil madu kelulut tiga kali sehari iaitu sebelum sarapan pagi, sebelum makan tengahari dan sebelum tidur.


Bibir Kering & Pecah

1 sudu kecil madu kelulut disapukan dibibir yang kering dan pecah setiap hari sehingga lega.

Khasiat Madu Kelulut Asli Untuk Bibir Kering
Madu Kelulut Petua Untuk Bibir Kering

Nik Nock banyak juga mendengar dan membaca bahawa madu juga boleh membantu pesakit kencing manis, namun Nik Nock sarankan supaya jika ada antara kita yang menghidapi penyakit kronik, adalah lebih baik kita mendapatkan nasihat daripada Doktor terlebih dahulu ya.

Menurut Pemilik FZ Agro, Kanak-kanak juga boleh minum 1 sudu kecil madu kelulut sehari sekali atau dicampur dengan air putih. Minum madu perlahan-lahan atau sedikit-sedikit untuk mengelak dari tersedak. Bagi bayi 1 tahun ke bawah dilarang minum sebarang madu lebah.

Sememangnya banyak khasiat madu kelulut asli yang memberikan manfaat kepada kita. Untuk mendapatkan madu kelulut asli FZ Agro ini kawan-kawan boleh menghubungi pihak FZ Agro atau boleh ke kedai mereka di Semanggol, Perak.

Lokasi FZ Agro

Nik Nock kongsikan juga dengan kawan-kawan media sosial dan nombor untuk dihubungi bagi maklumat lanjut berhubung produk madu kelulut asli FZ Agro.

FACEBOOK FZ AGRO
INSTAGRAM FZ AGRO
SHOPEE FZ AGRO
NO TELEFON
019 – 446 5040 (Cik Siti Nuraini binti Yusof)
ALAMAT KEDAI
FZ Agro Products and Services
Lot 6400 A, Jalan Bukit Merah, 
Kubu Gajah, 34400 Semanggol, Perak

Terima kasih kepada Usahawan FZ Agro yang mengeluarkan produk madul kelulut 100% asli untuk memberi manfaat kepada ramai orang. Semoga usaha FZ Agro terus berjaya. Aameen.

Artikel lain yang boleh di baca berhubung madu kelulut asli FZ Agro boleh KLIK pada link yang berikut;


Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS