February 27, 2021

Nik Nock

Blogger Malaysia

Crispy Peria Berperisa Wanz Bites | Usahawan PeDAS

Wanz Bites Logo

Nik Nock yakin ramai yang dah mengetahui khasiat Peria. Ehh Peria itu sejenis sayur ke buah ya? Apa pun Peria ni biasanya jarang disukai ramai kerana rasa pahitnya. Oleh itu ramai pengusaha makanan Crispy Peria Berperisa Wanz Bites menjadikan peria dalam bentuk makanan ringan atau kerepek untuk mengurangkan rasa pahit dan disukai ramai orang.

Buah Peria Yang Banyak Khasiat Untuk Menghasilkan Crispy Peria Berperisa Wanz Bites
Buah Peria Yang Banyak Khasiat

Matlamat dan Misi Wanz Bites

Menurut pemilik Syarikat Wanz Har Enterprise iaitu Puan Nooraini Wan Yahaya, mereka ingin meyediakan servis makanan yang menyediakan makanan yang segar ‘fresh’ dan difrozenkan dengan kaedah vacuum dan mempunyai ketahanan sehingga satu (1) minggu.

Bagi produk kerepeknya pula, mereka ingin pasarkan ke luar daerah, ke seluruh Malaysia dan ke luar negara. Mereka ingin menjadikan makanan ini sebagai snek harian setanding snek yang berada di pasaran masa kini.

Crispy Peria Berperisa dan Crispy Bayam Brazil Spicy Keluaran Wanz Bites
Crispy Peria Berperisa dan Crispy Bayam Brazil Spicy Keluaran Wanz Bites

‘Ambil risiko, bermimpi lebih besar, dan berharap besar’. Setiap hari sentiasa beringat dan bersemangat dengan berfikiran positif dalam menempuhi rintangan setiap hari. Ambil risiko yang lebih besar dengan fokus pada berbagai peluang yang ada di depan mata.

Berikan perhatian terbaik yang diperlukan.  Jangan pernah lupa untuk bermimpi dengan besar agar selalu memiliki tujuan yang kuat atas keinginan serta berharap terus sukses dalam setiap tindakan.

Wan Nooraini Binti Wan Yahaya
Pengasas Wanz Bites

Jenis Perniagaan Wanz Bites

Jenama Wanz Bites adalah hasil daripada syarikat Wanz Har Enterprise dari Kuala Lipis, Pahang. Mereka menjalankan 3 jenis produk utama iaitu ;

(1) Servis Penghantaran Makanan Fresh Dari Dapur Terus Kepada Pelanggan

Servis makanan ini adalah kelainan yang diberikan oleh Wanz Bites dari segi beberapa segi

  • Harga jauh lebih murah
  • Packaging yang kemas dan menarik
  • Makanan Sedap dan segar
  • Juga disediakan dalam bentuk frozen dan boleh di panaskan dan dinikmati bila-bila masa

Antara jenis makanan yang mereka sediakan adalah western, makanan ala korea dan juga hidangan tradisional melayu

Makanan Ala Korea
Antara Makanan Yang Disedikan Oleh Wanz Bites

(2) Crispy Peria Berperisa Wanz Bites

Crispy Peria Berperisa Wanz Bites mempunyai 5 perisa iaitu ;

  • Perisa Original
  • Perisa Spicy
  • Perisa Salted egg
  • Perisa Cheese
  • Perisa Kari
Crispy Peria Berperisa Wanz Bites
Produk Crispy Peria Berperisa Wanz Bites

Oleh kerana peria rasanya pahit, Wanz Bites mempelbagaikan perisa Crispy Peria keluaran mereka supaya boleh dinikmati oleh ramai orang termasuk kanak-kanak.

(3) Crispy Bayam Brazil Spicy

Produk Crispy Bayam Brazil Spicy dikeluarkan oleh Wanz Bites ekoran daripada ramai antara generasi sekarang yang tidak gemar memakan sayur dan ulaman termasuklah sayur bayam.

Crispy Peria Berperisa dan Crispy Bayam Brazil Spicy Keluaran Wanz Bites
Crispy Bayam Brazil Spicy Wanz Bites

Dengan terhasilnya Crispy Bayam Brazil Spicy maka ramai orang boleh menikmati sayur bayam dalam bentuk yang lebih sedap. Ianya boleh di makan begitu sahaja atau sebagai makanan sampingan dengan nasi, mee, sup dan sebagainya.

Testimoni Pelanggan Crispy Peria Berperisa Wanz Bites

Sememangnya perkhidmatan dan produk keluaran Wanz Bites dapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan mereka.

Bagi kawan-kawan yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan dan produk keluaran Wanz Bites ini boleh mengunjungi Facebook mereka.

Facebook Wanz Bites

Nik Nock kongsikan juga dengan kawan-kawan media sosial dan nombor untuk dihubungi untuk pertanyaan yang lebih lanjut berhubung produk Wanz Bites ini ya

FACEBOOK WANZ BITES
INSTAGRAM WANZ BITES
SHOPEE WANZ BITES
NO TELEFON
0179219778 (Wan Nooraini)

Terima kasih kepada Usahawan Wanz Bytes yang menyediakan produk kerepek sayuran peria dan bayam untuk dinikmati oleh semua golongan. Semoga usaha dan perniagaan Tuan/Puan terus berjaya ke pasaran antarabangsa. Aameen

Nik Nock

Artikel lain yang boleh di baca berhubung produk Wanz Bites boleh KLIK pada link yang berikut;


Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS