
Peria walaupun pahit tetap menjadi pilihan ramai kerana khasiatnya. Terutama bagi masyarakat Melayu yang menjadikan peria pilihan utama dalam menu seharian. Termasuklah menjadikan peria sebagai kerepek seperti yang diusahakan oleh Wanz Bites iaitu Pengusaha Kerepek Peria Pahang.

PERIA atau nama saintifiknya Momordica Charantia, sejenis sayuran pahit rasanya tetapi memiliki seribu satu khasiat kepada kesihatan manusia.
-Wikipedia-
Petua Hilangkan Rasa Pahit Peria Dari Pengusaha Kerepek Peria Pahang
Menu utama dalam hidangan menggunakan peria biasanya peria dimakan sebagai ulam. Ada yang suka makan mentah tanpa di masak dan ada juga yang suka mencelur peria terlebih dahulu sebelum di buat ulam.
Petua #1 : Rendam Peria Dengan Air Garam
Hiriskan peria, kemudian gaulkan peria yang dihiris bersama garam kasar atau garam halus dan biarkan selama 5 minit. Setelah itu, cuci peria dengan air bersih dan boleh dimasak.
Atau
Bancuhkan garam dengan air, kemudian rendamkan hirisan peria ke dalam air itu selama 5 minit. Dan toskan peria tadi dan basuh dengan air bersih.
Petua #2 : Rendam Peria Dengan Air Beras
Rendamkan peria yang belum dihiris atau dipotong ke dalam air beras selama setengah jam sebelum dimasak. Cara ini sesuai digunakan untuk peria katak bagi menghilangkan rasa pahit dan bau peria.
Petua #3 : Rebus Peria
Rebuskan peria separuh masak, kemudian tos dan basuh dengan air bersih. Peria yang sudah direbus ini boleh dimasak atau dijadikan sebagai ulam. Rasanya yang pahit telah akan berkurangan.
Petua #4 : Makan Kerepek Peria daripada Pengusaha Kerepek Pahang Wanz Bites
Kalau Nik Nock pilih petua yang ini. Haha. Senang, mudah, cepat dan sedap. Kanak-kanak pun boleh makan. Secara tak langsung dapat juga mereka kenal Peria kan…

Pelbagai Perisa Pengusaha Kerepek Peria Pahang Wanz Bites
Dalam misi Pengusaha Kerepek Peria Pahang Wanz Bites menjadikan produk peria agar disukai ramai, Wanz Bites mengeluarkan kerepek atau snek peria dalam pelbagai perisa.

(1) Crispy Peria Perisa Original
(2) Crispy Peria Perisa Spicy

(3) Crispy Peria Perisa Salted Egg

(4) Crispy Peria Perisa Cheese

(5) Crispy Peria Perisa Kari
Oleh kerana kepelbagaian perisa yang dikeluarkan, Crispy Peria keluaran Pengusaha Kerepek Peria Pahang Wanz Bites ini disukai ramai termasuklah kanak-kanak

Bagi kawan-kawan yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan dan produk keluaran Wanz Bites ini boleh mengunjungi INSTAGRAM mereka.
Instagram Wanz Bites
Nik Nock kongsikan juga dengan kawan-kawan media sosial dan nombor untuk dihubungi untuk pertanyaan yang lebih lanjut berhubung produk Wanz Bites ini ya
FACEBOOK WANZ BITES |
INSTAGRAM WANZ BITES |
SHOPEE WANZ BITES |
NO TELEFON 0179219778 (Wan Nooraini) |
Terima kasih kepada Usahawan Wanz Bytes yang menyediakan produk kerepek sayuran peria dan bayam untuk dinikmati oleh semua golongan. Semoga usaha dan perniagaan Tuan/Puan terus berjaya ke pasaran antarabangsa. Aameen
Nik Nock
Artikel lain yang boleh di baca berhubung produk Wanz Bites boleh KLIK pada link yang berikut;
Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS
More Stories
Idea Bilik Tidur Sempit | Izzahrra PeDAS
Tips Menghias Ruang Tamu | Izzahrra PeDAS
Kedai Perabot Online Izzahrra | Usahawan PeDAS