
Biasanya kalau di sebut sayur, kita ingat kanak-kanak yang tak makan sayur tetapi sebenarnya orang dewasa juga ada yang tak makan sayur. Kalau mak masak, habis di buangnya sayur dalam makanan. Siapa yang pernah kutip sayur kat keliling pinggan? Bayam Brazil Goreng Rangup adalah satu resepi inovasi untuk yang tak makan sayur.

Walaupun bayam banyak khasiat, namum siapa bukan pemakan sayur sudah semestunya tidak memakan bayam. Masak macam manapun mesti diketepikan. Oleh itu Bayam Brazil Goreng Rangup menjadi pilihan ramai masa kini kerana ianya sedap dimakan.
Oleh itu, marilah kita belajar macam mana nak sediakan kerepek bayam ini.
Resepi Bayam Brazil Goreng Rangup
Bahan-bahan
- 1 ikat bayam brazil (Boleh juga digunakan bayam daun lebar)
- 1 1/4 cawan tepung beras
- 3 sudu besar tepung ubi
- 1 cawan air
Bahan-bahan Untuk Ditumbuk Halus
- 2 Ulas bawang putih
- 1 Sudu besar jintan halus
- 1/2 Sudu besar biji ketumbar
- 1 sudu kecil serbik cili
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- 1/2 sudu teh garam
- 1 sudu besar air kapur
Cara-cara Penyediaan Bayam Brazil Goreng Rangup
- Cuci daun bayam dan keringkan
- Campurkan semua tepung dengan bahan-bahan tumbuk halus
- Tambahkan air kepada campuran tersebut dan gaul dengan rata
- Pastikan adunan tidak terlalu pekat atau cair (Untuk pastikan adunan melekat pada bayam)
- Celupkan daun bayam ke dalam adunan dan goreng di dalam minyak (Pastikan minyak betul-betul panas)
- Goreng sikit demi sikit
- Apabila garing boleh angkat dan toskan minyak
- Boleh di simpan di dalam bekas yang kedap udara
- SIAP!!
Bayam brazil yang siap digoreng boleh di simpan di dalam balang kedap udara supaya rangupnya kekal lama.
Bagi kawan-kawan yang tidak cukup masa untuk mencuba resepi ini boleh beli Bayam Goreng Rangup keluaran Wanz Bites ya. Ianya rangup, sedap dan Boleh di buat kudap-kudapan sambil tengok TV dan juga minum petang.

Sedap sungguh Crispy Bayam Brazil Spicy daripada Wanz Bytes

Bagi kawan-kawan yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan dan produk keluaran Wanz Bites ini boleh mengunjungi Sosial Media mereka.
Bayam Brazil Goreng Rangup Wanz Bites juga boleh didapati di shopee Wanz Bites.
Nik Nock kongsikan juga dengan kawan-kawan media sosial dan nombor untuk dihubungi untuk pertanyaan yang lebih lanjut berhubung produk Wanz Bites ini ya
FACEBOOK WANZ BITES |
INSTAGRAM WANZ BITES |
SHOPEE WANZ BITES |
NO TELEFON 0179219778 (Wan Nooraini) |
Terima kasih kepada Usahawan Wanz Bytes yang menyediakan produk sayuran berkhasiat peria dan bayam untuk dinikmati oleh semua golongan. Semoga usaha dan perniagaan Tuan/Puan terus berjaya ke pasaran antarabangsa. Aameen
Nik Nock
Artikel lain yang boleh di baca berhubung produk Wanz Bites boleh KLIK pada link yang berikut;
Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS
More Stories
Idea Bilik Tidur Sempit | Izzahrra PeDAS
Tips Menghias Ruang Tamu | Izzahrra PeDAS
Kedai Perabot Online Izzahrra | Usahawan PeDAS