Bahulu ni antara makanan tradisional yang menjadi pilihan utama masyarakat Melayu. Pergi ke mana-manan negeri di Malaysia pun akan ada tempat yang menjual bahulu. Kalau kat Kelantan memang dari kecik la Nik Nock makan bahulu. Pergi Kedah, Terengganu, Sarawak dan semua negeri pun akan jumpa bahulu. Kalau di Johor Azzu Bahulu Ledang Johor memang popular dengan bahulunya yang sedap.

Azzu Bahulu Terkenal di Negeri Johor
Azzu bahulu adalah hasil keluaran syarikat Azzu Seri Maamur Enterprise berlokai di Tangkak, Johor juga dikenali dengan Azzu Bahulu Ledang Johor. Nama Azzu bahulu sememangnya sudah terkenal di Negeri Johor. Kalau ada yang datang ke Tangkak, sudah semestinya singgah di Azzu Bahalu.
Bukan sahaja penduduk di sekitar Tangkak dan seluruh Negeri Johor, malah kalau ada rombogan dari negeri lain pun pasti akan singgah di Azzu Bahulu untuk menikmati bahulu panas dan membeli bahulu untuk di bawa pulang.
Misi Perniagaan Azzu Bahulu Ledang Johor
Nik Nock sendiri mengenali pemilik Azzu Bahulu iaitu Puan Norazlina Binti Samsi atau beliau lebih gemar membahasakan dirinya Kak Azzu. Bukan sahaja orangya cantik dan manis malah Kak Azzu adalah seorang usahawan yang mempunyak impian yang besar untuk memperluaskan perniagaan bahulunya.

Menurut Puan Norazlina Binti Samsi iaitu Pengasas kepada Azzu Bahulu, Azzu bahulu mempunyai beberapa misi untuk memperluaskan lagi pasaran mereka dan menaikkan ekonomi sekitarnya.
- Membantu meningkatkan ekonomi penduduk setempat
- Memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat kampung terutama generasi muda, ibu tunggal serta isi rumah berpendapatan rendah
- Mencapai jualan 1 juta setahun pada tahun 2020
Usaha yang berterusan, Yakin dengan rezeki Allah SWT
Norazlina Binti Samsi
Produk Utama Azzu Bahulu Ledang Johor
Produk utama bahulu Azzu semestinya bahulu asli tradisional Negeri Johor. Azzu Bahulu menghasilkan pelbagai aneka bahulu traditional seperti bahulu cermai, bahulu ikan, aneka perisa bahulu gulung, aneka bahulu berperisa, aneka kuih bakar traditional dan lain-lain.
Bahulu Cermai

Aneka Perisa Bahulu Gulung

Bahulu Ikan

Bahulu Berperisa dan Berinti

Kelebihan Azzu Bahulu Ledang Johor
Kilang Bumiputera dan Halal
Bahulu Azzu Bahulu Ledang Johor dihasilkan di kilang sendiri yang telah telah mendapat pensijilan HALAL. Pihak Azzu Bahulu sangat menjaga kualiti pengeluaran dan kebersihan sepanjang proses pembuatan Bahulu.
Bahulu Resepi Tradisional Johor
Produk bahulu Azzu menggunakan resepi asli tradisional Johor yang sangat sedap mengikut citarasa dulu-dulu.
Makan bahulu daripada Azzu mampu mengimbau kenangan lama sewaktu kecik dahulu bersama emak, nennek dan seisi keluarga
Bahulu Segar dan Panas
Azzu bahulu di bakar setiap hari bagi memastikan rasa bahulu yang segar dan sedap untuk para pelanggan
Bahulu Asli Yang Pelbagai
Azzu Bahulu bukab sahaja BERCITARASA TINGGI malah dikeluarkan dalam pelbagai bentuk, warna dan perisa untuk menarik pelbagai golongan supaya menikmati bahulu tradisional Johor
Harga Azzu Bahulu Yang Berpatutan
Tanpa mengenepikan rasa dan kualiti, bahulu keluaran Azzu Bahulu di jual dengan harga kasih sayang yang berpatutan seperti jualan bahulu cermai, bahulu ikan, bahulu gulung dan sebagainya.
Azzu Bahulu Meningkatkan Ekonomi Setempat
Azzu Bahulu membuka peluang bagi penduduk sekitarnya untuk mendapatkan pekerjaan di kilang mereka. Dengan ini akan meningkatkan taraf ekonomi setempat
Malah Azzu Bahulu juga memberi ruang untuk mereka yang ingin menjadi agen dan pengedar Azzu Bahulu.
Azzu Bahulu untuk Door Gift dan Hamper
Azzu Bahulu Ledang Johor juga menyediakan door gift dan hamper bahulu untuk majlis-majlis seperti kenduri kahwin, majlis harijadi, majlis persatuan, syarikat dan organisasi.

Kepada kawan-kawan yang ingin mengunjungi Azzu Bahulu boleh ke kilang mereka yang berlokasi di Tangkak, Johor
Nik Nock kongsikan juga dengan kawan-kawan media sosial dan nombor untuk dihubungi bagi maklumat lanjut berhubung produk Azzu Bahulu Ledang Johor ini ya
| FACEBOOK AZZU BAHULU |
| INSTAGRAM AZZU BAHULU |
| NO TELEFON 0173037621 / 06-9784 777 (NORAZLINA @ KAK AZZU) |
| ALAMAT AZZU BAHULU PKU 92 KAMPUNG SERI MAAMUR 84900 TANGKAK JOHOR |
Terima kasih kepada Usahawan Azzu Bahulu yang mempunyai wawasan untuk memperkembangan kuih tradisional asli Bahulu. Semoga usaha Azzu Bahulu terus diberikan kejayaan yang berkekalan. Aameen.
Artikel lain yang boleh di baca berhubung produk Azzu Bahulu boleh KLIK pada link yang berikut;
Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS
More Stories
Makanan Bebas Gluten Malaysia | Eatslim Lifestyle
Serunding Daging Tahan Lama | HajiWan Serunding
Senarai Kelengkapan Umrah | Lelaki dan Perempuan