Cendol menjadi salah satu minuman yang menjadi pilihan utama rakyat Malaysia terutamanya pada cuaca panas. Yang paling popular adalah cendol durian. Gabungan durian dan cendol memang menjadilah kan. Kedai cendol durian Pagoh oleh Ajidyan turut menjadikan menu cendol durian sebagai menu utama mereka.

Musim Durian Malaysia
Di Malaysia ni kan, bila tiba musim durian sememangnya, ramai orang di serata tempat di negara kita akan mencari durian untuk dinikmati, Nik Nock pun sama. Mesti cari durian untuk makan bersama-sama keluarga dan kawan-kawan.

Banyak jenis durian yang ada. Antara durian yang populat adalah durian musang king, black thorn, D24, durian kampung dan lain-lain. Semuanya dengan harga berbeza mengikut gred dan kualiti durian. Kita boleh pilih mengikut selera masing-masing.
Selain makan begitu sahaja, durian juga boleh dijadikan pelbagai hidangan lain seperti pulut durian, kuih talam durian, pengat durian, serawa durian dan banyak lagi. Antara menu durian yang popular adalah cendol durian.
Jom Nik Nock kongsikan menu ringkas untuk menyediakan cendol durian di ruman.
Cara Sediakan Cendol Durian Di Rumah
Bahan-bahan
- Durian
- Cendol
- Air Gula merah
- Santan
- Daun Pandan
- Jagung Tin
- Kacang Merah
- Ais (Kisar)
Santan & Air gula merah
- Masakkan santan bersama daun pandan yang disimpul
- Masukkan seulas dua durian (kalau suka)
- Masukkan secubit garam
- Masak sekejap di atas dapur (Jangan sampai pekat)
- Masakkan gula merah bersama air dan daun pandan

Cara Penyediaan Cendol Durian
- Masukkan ais di dalam mangkuk
- Masukkan cendol, jagung dan kacang merah. Boleh tambah bahan-bahan tambahan lain seperti buah, jeli, kacang dan lain-lain
- Masukkan santan
- Siramkan dengan air gula merah dan susu cair. Boleh juga ditambah dengan susu pekat.
Siap!! Selamat Mencuba
Bagi yang berada berdekatan dengan area Pagoh tak perlu susah susah, boleh pergi ke kedai Ajidyan untuk menikmati cendol durian.
Mereka menyediakan cendol durian yang sedap dan sesuai di makan waktu musim panas.
Selain cendol durian, Ajidyan juga menyediakan pelbagai menu cendol untuk dinikmati oleh pelanggannya.
Menu Kedai Cendol Durian Pagoh
Kedai durian sedap Pagoh, Adityan Cendol menyediakan pelbagai jenis cendol yang memberikan pelbagai pilihan untuk pelanggan mereka.
(1) Pelbagai Jenis Cendol di Kedai Cendol Durian Pagoh



(2) Air Batu Campur (ABC)

(3) Lain-lain Menu di Kedai Cendol Durian Pagoh

Nik Nock kongsikan media sosial dan nombor untuk dihubungi bagi maklumat Ajidyan Cendol
| FACEBOOK AJIDYAN |
| WEBSITE AJIDYAN |
| NO TELEFON 0197040898 (ENCIK AJID/PUAN YAN) |
| WASAP AJIDYAN |
| ALAMAT 55, LORONG AMAN KAMPUNG SARI BARU 84600 PAGOH, JOHOR |
Terima kasih kepada Usahawan AJIDYAN yang mempunyai wawasan untuk memperkembangan perniagaan cendol ke serata tempat. Semoga usaha AJITYAN terus diberikan kejayaan yang berkekalan. Aameen.
Artikel lain yang boleh di baca berhubung cendol Ajityan boleh KLIK pada link yang berikut;
Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS
More Stories
Makanan Bebas Gluten Malaysia | Eatslim Lifestyle
Serunding Daging Tahan Lama | HajiWan Serunding
Senarai Kelengkapan Umrah | Lelaki dan Perempuan