March 8, 2021

Nik Nock

Blogger Malaysia

Lip Matte Mesra Wuduk | Admires PeDAS

Kalau melibatkan kosmetik dan ‘make-up’, para muslimah sudah semestinya ingin memakai kosmetik terustamanya lipstik atau Lip Matte Mesra Wuduk supaya mudah dibersihkan dan dicuci.

Admires Lip Matte Mesra Wuduk
Admires Lip Matte Adalah Antara Lip Matte Yang Mesra Wuduk

Namun apa sebenarnya yang dimaksudkan Lip Matte Mesra Wuduk?

Sebelum ini banyak persoalan dan isu timbul apabila ada Pengasas Produk yang menggunakan istilah Mesra Wuduk untuk produk make-up dan kosmetik. Nik Nock pun pada mulanya agak keliru dengan istilah itu. Tapi bila dijelaskan oleh pihak Mufti sendiri, barulah terang dan jelas pemahamannya.

MUDAH DIHILANGKAN

Mufti Perjelas Definisi Produk Kosmetik Mesra Wuduk

“Definisi kosmetik mesra wudhuk adalah produk mudah dihilangkan agar tidak menghalang air wudhuk sampai ke kulit”

“Kami melihat jika ia diiktiraf halal, maka secara asasnya ia adalah baik”

Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al
Mufti Wilayah Persekutuan
Mufti Perjelas Definisi Kosmetik Mesra Wuduk
Penjelasan Mufti Mengenai Definisi Mesra Wuduk
(Sumber:- Harian Metro, 30 Mac 2017)

Apa Kepentingan Lip Matte Mesra Wuduk?

Mestilah penting kan. Nik Nock berpendapat ada beberapa sebab utama kenapa kita harus memilih Lip Matte yang mudah dicuci.

Senang Dibersihkan Untuk Ibadah

Sebagai orang Islam kebersihan dan kesucian itu sangat diutamakan. Kita mestilah mengamalkan kebersihan diri seperti mandi, bersuci dan memakai pakaian bersih pada setiap masa.

Terutamanya sebelum kita beribadah menunaikan solat, kita diwajibkan mengambil wuduk. Dan antara syarat sah wuduk adalah air mesti mengalir dan menyentuhi kulit. Termasuk bahagian muka dan bibir.

Oleh itu, sangat penting bagi muslimah yang mengenakan kosmetik di bahagian muka untuk memilih dan memakai kosmetik yang mesra wuduk pada bila-bila masa yang diperlukan terutama ketika hendak menunaikan solat.

Mudah dan Menjimatkan Masa

Ya la kan, wanita terutamanya yang bekerja, semestinya bijak untuk memilih Lip Matte yang mudah dicuci ini kerana ianya pasti membantu wanita untuk cepat membersihkan bibir sebelum solat Zohor dan Asar semasa di pejabat.

Lip Matte Mesra Wuduk Untuk Wanita Bekerja
Lip Matte yang Mesra Wuduk Memudahkan Wanita Bekerjaya

Juga pada masa kita keluar untuk membeli belah atau pada masa kita menghadiri sebarang majlis yang memerlukan kita masa bersiap dan bersolat dengan masa yang singkat.

Bibir Bersih Bibir Sihat

Apabila bibir mudah dibersihkan, sudah pastinya bibir kita akan lebih sihat kerana Admires Lip Matte mudah dicuci dan tidak meninggalkan sebarang sisa pada bibir.

Bukan sahaja Muslimah malah ianya memberi manfaat kepada semua wanita yang mahu bibir yang cantik dan sihat.
Bibir Sihat Menambahkan Keyakinan Diri
Bibir Sihat Menambahkan Keyakinan Diri

Menambah Keyakinan Diri

Bila mengenakan ‘make-up’ sudah semestinya ia akan menambahkan keyakinan diri wanita. Tambahan lagi jika kita sudah mengetahui make-up yang kita pakai seperti Admires Lip Matte mudah dicuci dan senang dipakai.

Nik Nock pasti para wanita pastinya bertambah keyakinan diri dalam menghadiri mana-mana majlis dan bekerja dengan lebih rajin serta produktif kannn…

Admires Lip Matte Mesra Wuduk

Syarikat Al Jannah Creative Enterprise yang turut mengambil peluang untuk mengeluarkan Admires Lip Matte bagi membantu para Muslimah untuk mengenakan Lip Matte dan mudah untuk bersolat.

Bukan sahaja Halal, malah Admires Lip Matte menjamin kesucian diri dan memudahkan kita untuk menunaikan ibadah tanpa was-was.

Admires Lip Matte Mesra Wuduk
Admires Lip Matte Mesra Wuduk

Maklumat lanjut mengenai Admires Lip Matte boleh di dapati di Laman Facebook Admires

Facebook Admires Lip Matte

Facebook Admires Lip Matte Mesra Wuduk

Nik Nock kongsikan juga dengan kawan-kawan media sosial dan nombor untuk dihubungi untuk pertanyaan yang lebih lanjut berhubung Admires Lip Matte ini ya.

FACEBOOK ADMIRES LIP MATTE
INSTAGRAM ADMIRES LIP MATTE
NO TELEFON
016-4166100 (ENDANG SURYATI BINTI AZMI)

Terima kasih kepada Usahawan ADMIRES yang mengeluarkan produk lip matte halal untuk semua wanita terutamnya muslimah. Semoga usaha ADMIRES terus berjaya. Aameen.

Artikel lain yang boleh di baca berhubung Admires Lip Matte boleh KLIK pada link yang berikut;


Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS