February 27, 2021

Nik Nock

Blogger Malaysia

Lipstik Tidak Keringkan Bibir | Admires PeDAS

Lipstik Tidak Keringkan Bibir

Ada kalanya Nik Nock terbeli juga Lipstik atau Lip Matte yang rasanya kering bila dipakai kat bibir. Yang lagi serius bila bibir jadi menggelupas dan merekah. Akhirnya lipstik tersebut tidak dapat digunakan lagi dan terpaksa mencari dan membeli Lipstik Tidak Keringkan Bibir.

Eh…itukan membazir. Rupa rupanya ada teknik juga bila nak memakai lip matte ni, bukan hanya terus di oles pada bibir semata-mata. Ada cara dan teknik yang mudah sebenarnya untuk memakai Lipstik tidak keringkan bibir supaya bbir tidak kering dan yang paling penting bibir pun nampak cantik!!

Cuba Tips Ini Elak Bibir Kering Bila Pakai Lip Matte

Amalkan Skrub Pada Bibir

Rasanya kawan-kawan pernah tak skrub bibir? Nik Nock pernah juga tapi tak selalu. haha. Beli skrub bibir tapi masa rajin je la pakai, lepas tu dah lupa ‘pernah beli skrub bibir’ dan entah kat mana letaknya.

Skrub Bibir Tanggal Kulit Mati
Skrub BiBir Untuk Tanggalkan Kulit Mati
Gambar – Google

Memang tak ramai yang buat ni, tapi skrub bibir sangat bangus untuk menanggalkan kulit mati pada bahagian bibir sekaligus melicinkan kulit bibir. Jadi setiap kali pakai lip matte, barulah tidak ada kesan berkerak atau menggelupas.

Skrub bibir boleh dilakukan sebelum atau selepas memakai lipstik, barulah bibir cantik, sihat dan nampak segar.

Tak ramai buat teknik ini kan? Skrub bibir sangat bagus untuk menanggalkan kulit mati di bahagian bibir sekaligus melicinkan kulit bibir. Jadi bila setiap kali pakai gincu matte, baru tiada kesan berkerak atau menggelupas. Skrub bibir boleh dilakukan sebelum atau selepas memakai gincu, barulah bibir sihat dan tampak segar.

Lipstik Tidak Keringkan Bibir Mesti Lembabkan Bibir

Nik Nock juga memakai lip primer atau ‘lip balm’ untuk kesan kelembapan pada bibir yang berpanjangan. Lip primer ni seperti krim pelembab yang kita kena sapu pada bibir sebelum memakai lipstik atau lip matte.

Selepas sapu lip primer pada bibir, biarkan ianya kering dan barulah kita sapukan Lip matte atau lipstik tidak keringkan bibir untuk mengelakkan bibir menjadi kering selain lipstik bercapuk dan tidak rata.

Lipstik Tidak Keringkan Bibir - Vaseline
Antara Lip Balm Di Pasaran – Vaseline

Akibat kesan kering dari gincu matte, penulis sendiri memakai lip primer atau salap bibir untuk kesan hidrasi berpanjangan. Kegunaan lip primer sama seperti krim pelembab yang disapu pada muka sebelum bersolek. Tunggu lip primer atau salap bibir sedikit kering dan selepas itu baru boleh oles gincu matte kegemaran anda. Ini adalah kesan untuk mengelakkan dari warna gincu bercapuk.

Pilih Formula Lipstik Tidak Keringkan Bibir Yang Sesuai

Terdapat pelbagai jenis formula yang dihasilkan untuk lip matte di pasaran. Oleh itu, jika kita mempunyai bibir yang kering, kita harus memilih lip matte yang mempunyai kesan hidrasi atau yang lebih cair.

Kalau kita tidak pasti bagaimana nak pilih lip mate yang sesuai untuk jenis bibir, kita boleh dapatkan maklumat dan nasihat daripada juru kecantikan di kaunter kosmetik atau hubungi penjual sekiranya belian secara online.

Kawan-kawan juga boleh cuba Admires Lip Matte kerana ianya adalah Lipstik Tidak Keringkan Bibir.

Admires Lipstik Tidak Keringkan Bibir

Nik Nock kongsikan juga dengan kawan-kawan media sosial dan nombor untuk dihubungi untuk pertanyaan yang lebih lanjut berhubung Admires Lip Matte ini ya.

FACEBOOK ADMIRES LIP MATTE
INSTAGRAM ADMIRES LIP MATTE
NO TELEFON
016-4166100 (ENDANG SURYATI BINTI AZMI)

Artikel lain yang boleh di baca berhubung Admires Lip Matte boleh KLIK pada link yang berikut;


Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS