
Ini adalah kali pertama Nik Nock review filem yang bergenre SERAM. Namun ini bukan kali pertama Nik menonton filem seram dehh :-). Jadi sebelum menonton dan Review Filem Anak Perjanjian Syaitan tiada apa yang perlu ditakutkan (Hahaha).

Info Filem Anak Perjanjian Syaitan
- Tajuk Filem : Anak Perjanjian Syaitan
- Pengarah : Helmi Yusof
- Terbitan : Screen Studios
- Barisan Pelakon :
- Nadzmi Adhwa – Cikgu Zaidy
- Chacha Maembong – Azlinda
- Jasmin Hamid – Puan Rahmah
- Shahrulizam Noor – Pak Man
- Azlan Komeng – Ustaz Aznan Shamsullah

Sinopsis Filem Anak Perjanjian Syaitan
Filem Anak Perjanjian Syaitan mengisahkan tentang Cikgu Zaidi (Nadzmi Adhwa) dan isterinya Azlinda (Chacha) tidak mempunyai cahaya mata setelah tujuh tahun berkahwin. Mereka sering ditekan oleh ibu Cikgu Zaidi iaitu Puan Rahmah (Jasmin Hamid).
Puan Rahmah adalah seorang janda kaya yang kematian suami terlalu ingin menimbang cucu. Rahmah selalu mendesak Cikgu Zaidi supaya berkahwin lain dan selalu mencemuh Azlinda yang tidak dapat memberkannya cucu.
Cikgu Zaidi kemudiannya berpindah tempat kerja untuk mencari ketenangan. Dia ditempatkan di sebuah kampung kelahiran arwah ayahnya dan tinggal di rumah pusaka tinggalan arwah neneknya. Rumah tersebut yang sudah lama tidak didiami dan dijaga oleh Pak Man (Shahrulnizam Noor).
Sejak berpidah ke rumah tersebut, Azlinda sering diganggu oleh suara bayi, bayangan kanak-kanak yang sedang bermain serta sering bermimpi ngeri. Sehingga pada suatu masa dia diserang histeria dan pengsan.

Kemudiannya, doktor mengesahkan Azlinda telah mengandung. Namun berita gembira tersebut tidak mengghentikan gangguan mistik yang dialami oleh Azlinda.
Review Filem Anak Perjanjian Syaitan
Menonton Filem Anak Perjanjian Syaitan tidaklah menakutkan, cuma banyak babak yang membuatkan kita suspen dan terkejut. Namun kekuatan cerita ini adalah pada jalan ceritanya yang menarik dan pengakhiran yang tidak dijangka.
Jalan Cerita Yang Suspen
Filem Perjanjian Anak Syaitan mempunyai jalan cerita yang agak menarik terutama ke pengakhiran cerita. Pada awal jalan perjalanan cerita, ianya sangat mudah untuk difahami. Masalah pasangaan yang berkahwin lama tidak mendapat zuriat dan mendapat tekanan daripada pihak keluarga.
Namun, tekanan yang diberikan oleh ibu mertua Linda tidak ditonjolkan sangat pada awal cerita. Banyak babak dalam Filem ini adalah suspen dan boleh membuatkan kita terkejut.
Nik Nock tak sempat menarik nafas semasa menonton filem ini kerana ada sahaja adegan SERAM yang berterusan dan PLOT TWIST nya memang menarik dan tak dijangkakan
Nik Nock
Kenapa dan mengapa Linda diganggu terjawab di penghujung jalan cerita. Pada awalnya kita memang takkan menjangkakan pengakhirannya. Jalan cerita di susun dengan baik membuatkan kita senang untuk memahami jalan certia Filem ini.
Penggunaan Teknologi CGI Yang Nampak Real
Penggunaan kesan khas seperti CGI dan screenplay serta cinematografi di dalam Filem Perjanjian Anak Syaitan ini boleh dibanggakan kerana suntingannya nampak real dan tidak kelihatan seperti kesan animasi.
Antara babak yang menarik adalah semasa upacara Bapa Cikgu Zaidi mahu membuang saka ibunya yang menjalani penggambaran menggunakancahaya bulan.
Begitu juga adegan Azlinda semasa mahu melahirkan anaknya sememangnya menggerikan.

Watak Lakonan Gabungan Pelakon Baru dan Lama
Cikgu Zaidi dan Azlinda
Nadzmi Adhwa membawakan watak Cikgu Zaidi dengan agak baik walaupun merupakan pelakon baru. Cikgu Zaidi merupakan seorang suami yang penyayang dan setia kepada isterinya walau tidak dikurniakan zuriat.

Cikgu Zaidi pada mulanya tidak percaya kepada perkara mistik namun akhirnya diganggu oleh makhluk yang dikatakan ada kaitan dengan peninggalan saka neneknya dahulu.
Kemudiannya Cikgu Zaidi mula mencari jalan untuk mendapatkan bantuan bagi menyelesaikan gangguan di rumah pusaka neneknya itu.
Bila isterinya disahkan mengandung, Cikgu Zaidi adalah orang paling gembira dan menjaga isterinya dengan lebih baik.
Watak Azlinda yang dilakonkan oleh Chacha Maembong banyak bermain dengan perasaan dalaman yang bukan sahaja tertekan kerana tidak mempunyai zuriat di tambah lagi dengan gangguan di rumah pusaka.
Azlinda adalah seorang isteri yang sangat sayangkan suaminya dan sanggup bekorban apa sahaja untuk suaminya itu.

Setelah mengandung Azlinda masih juga di ganggu dan mengalami mimpi yang mengerikan. Seolah-olah ada makhluk lain yang mahu mengambil anaknya.
Adegan melahirkan bayi adalah antara babak yang mengerikan selain rupa makhluk yang mahukan anaknya itu.
Puan Rahmah & Pak Man
Puan Rahmah lakonan Jasmin Hamid adalah seorang ibu yang mendesak anaknya untuk berkahwin lain bagi mendapatkan zuriat.
Pak Man pula dilakonkan oleh Shahrulnizam Noor yang menjaga rumah pusaka itu. Dia mengetahui sejarah rumah tersebut dan membantu Cikgu Zaidi dan Azlinda untuk merungkai gangguan yang dihadapi oleh mereka.
Nik Nock bagi penghargaan kepada pelakon-pelakon otai sebagai watak pembantu filem ini kerana kehadiran mereka sememangnya banyak sangat membantu perjalanan cerita ini menampung kekurangan pelakon utamanya.
Nik Nock

Ustaz Aznan
Kebiasaanya Azlan Komeng banyak melakonkan watak penjahat, namun kali ini dia membawakan watak seorang ustaz. Tapi memang tak mengecewakan lakonan beliau.
Ustaz Aznan digambarkan seorang yang mengamalkan ilmu syirik oleh orang kampung. Tapi sebenarnya beliau berniat untuk membantu orang kampung dan pasangan Cikgu Zaidi dan Azlinda.

Review Keseluruhan
Tahniah kepada Pengarah dan Team Produksi Filem Perjanjian Anak Syaitan kerana ianya sebuah filem seram yang agak berlainan dan sebuah naskah yang memaparkan kisah benar yang berlaku di dunia realiti ini.
Bukan sahaja SERAM yang kita dapat tapi pelbagai PENGAJARAN yang kita peroleh daripada naskhah ini….INSAF!
Nik Nock
Boleh juga baca review Filem Anak Perjanjian Syaitan di Blog LunaStory.com
More Stories
Review Filem Wira Antara Filem Aksi Malaysia Terhebat
REVIEW FILEM PUSAKA – DIA DAH DATANG
Review Filem Geran – Pusaka Kita Maruah Kita