
Akhirnya Nik Nock dapat juga ke panggung untuk menonton dan Review Filem Pusaka setelah mendengar banyak feedback positif terhadap filem ini. Tarikan utama untuk Filem Pusaka semestinya adalah pelakon utamanya Syafiq Kyle :-).

Info Filem Pusaka
- Tajuk Filem : Pusaka
- Pengarah : Razaisyam Rashid
- Pengedar : Astro Shaw
- Genre : Seram
- Tarikh Tayangan : 30 Oktober 2019
- Barisan Pelakon
- Syafiq Kyle sebagai Inspektor Nuar Ishak
- Mimi Lana sebagai Nur Ishak
- Hafidz Roshdi sebagai Luqman
- Faizal Hussein sebagai ASP Mansor
- Sweet Qismina sebagai Balqis Megat Mahmud/Qistina Megat Mahmud
- Lain-lain Pelakon
- Draman Muhammad sebagai Megat Mahmud
- Ogy Ahmad Daud sebagai Opah/ Puteri Najwa
- Aleza Shadan sebagai Faizah
- Yuna Rahim sebagai Khaleeda
- Faizul Syaharin sebagai Haikal
- Aloy Paradox sebagai Hanif
- Megat Shahrizal sebagai Salman

Sinopsis Filem Pusaka
Filem bergenre SERAM ini mengisahkan Inspektor Nuar (Syafiq Kyle) menyiasat satu kes penemuan sepasang adik beradik kembar, Balqis dan Qistina di dalam sebuah rumah yang telah dikurung sehingga mengakibatkan kematian Qistina. Balqis pula terselamat dan dimasukkan ke hospital.
Sejak penemuan tersebut Inspektor Nuar mula diganggu dengan makhluk misteri dan menghadapi pelbagai kejadian aneh. Mimpi aneh juga turut dialami oleh Nur iaitu kembar Inspektor Nuar.
Sepanjang siasatan Inspektor Nuar, satu demi satu kematian berlaku di kalangan ahli keluarga Balqis dan menimbulkan pelbagai tanda tanya siapakah sebenarnya yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan tersebut.
Review Filem Pusaka
Nik Nock habiskan tontonan dan Review Filem Pusaka dengan perasaan PUAS HATI secara keseluruhannya. Jalan ceritanya mudah difahami walaupun dikejutkan dengan banyak babak suspen dan menakutkan.
Review Jalan Cerita
Review Filem Pusaka untuk permulaan cerita yang sangat jelas tentang Inspektor Nuar menolong pasangan kembarnya, Nur yang merupakan seorang penagih. Inspektor Nuar berpindah ke tempat baru semata-mata ingin menjaga kembarnya itu.
Kemudian, Inspektor Nuar mendapat tugasan untuk memeriksa sebuah rumah lama di sebuah kuari setelah pihak polis mendapat panggilan yang tidak dikenali memberitahu adanya mayat di rumah tersebut.
Setelah menyiasat Inspektor Nuar mendapati memang ada satu mayat dan bersama mayat tersebut ada seorang lagi yang masih hidup. Setelah di siasat mangsa tersebut merupakan pasangan kembar yang telah dikurung di dalam rumah tersebut.
Pasangan kembar tersebut adalah Qistina yang meninggal dan Balqis yang terselamat. Balqis kemudiannya dimasukkan ke hospital dan banyak kejadian misteri yang berlaku.
Bukan itu sahaja, seorang demi seorang kaum keluarga Balqis telah dibunuh secara mistik. Bertambah pelik, Balqis akan memuntahkan darah yang mengandungi gambar orang yang bakal dibunuh.
Sejak menyiasat kes tersebut, Inspektor Nuar juga telah di ganggu oleh makluk halus dan turut dirasai oleh kembarnya Nur. Inspektor Nuar pada mulanya menemui jalan buntu kepada siasatannya.
namun sikit demi sedikit segalanya mula terbongkar apabila Balqis sedar dan menceritakan perihak keluarganya serta Opahnya sendiri yang mengurung mereka di rumah tersebut.
Review Filem Pusaka untuk Perjalanan cerita sangat menarik terutama plot ceritanya di tukar beberapa kali kepada perkara yang tidak disangkakan.
Review Watak
Inspektor Nuar Yang Berani
Syafiq Klyle membuatkan Nik Nock Review Filem Pusana, percaya yang dia seorang Inspektor polis. Bukan puji sebab dia pelakon yang Nik minati tetapi dia memang pandai menghayati watak.

Tak perasan pun kalau ada pun kelemahan watak Inspektor Nuar. Seorang yang bertanggungjawab dalam menjalankan tugas dan juga sebagai seorang yang mempunya kembar yang mempunyai masalah dadah.
Inspektor Nuar juga seorang yang berani walau di ganggu dengan makhluk misteri.
Dia juga seorang kembar yang bertanggungjawab terhadap kembarnya Nur dan sanggup berpindah tempat kerja untuk berada dekat dengan Nur yang ketagih dadah.
Nur Si Kembar Nuar
Bagi Nik Nock Review Filem Pusaka watak Nur dilakonkan dengan baik oleh Mimi Lana. Seorang kembar Nuar yang ketagih dadah dan nasi ganja (Hahaha). Dia ditempatkan di pusat pemulihan dadah oleh kembarnya Inspektor Nuar.
Mereka mempunyai pertalian yang kuat hingga boleh berkongsi perasaan bila kembarnya mempunyai masalah. Ini menyebabkan Nur juga sering diganggu mimpi yang menakutkan.

Walaupun mengalami masalah ketagihan dadah, Nur sangat mengambil berat tentang kembarnya. Apa yang dirasai Nuar turut dirasai Nur dan akhirnya membuatkan Nur turut diganggu oleh makhluk yang sama.
Watak Opah Yang Berahsia
Review Filem Pusaka untuk Pelakon legen kita Kak Ogy Ahmad Daud berjaya membawakan watak Opah dengan sangat berkesan. Tidak dapat dijangkal lagi deh. Opah pada awalnya begitu misteri seperti menyembunyikan sesuatu rahsia.
Opah tidak banyak bercakap namun rahsianya akhirnya terbongkar sikit demi sedikit. Opah lah yang sebenarnya mengurung cucu kembarnya sendiri dan dia dan keluarganya turut didapati mengamalkan ilmu yang menjadi tanda tanya.

Balqis dan Qistina Cucu Yang Dikurung
Balqis merupakan pasangan kembar Qistina yang selamat. Mereka merupakan mangsa yang tidak disangka puncanya. Opah mengurung mereka dikatakan untuk kebaikan keluarga, namun Qistina akhirnya meninggal dan Balqis koma di hospital.
Apabila Balqis sedar semula daripada koma, akhirnya terbongkar bahawa Opah lah yang mengurung Balqis dan kembarnya. Review Filem Pusaka untuk watak Balqis lakonan oleh Sweet Qistina boleh dibanggakan kerana banyak babak lakonan Sweet berjaya menghidupkan suasana seram dan ngeri.
Lain-lain Watak Sokongan Yang Hebat
Review Filem Pusaka untuk Setiap watak di dalam filem Pusaka ini adalah semuanya memainkan peranan yang penting. Masing-masing membantu jalan cerita menjadi menarik dan tidak bosan.
Watak Faizah, makcik kepada Balqis dilakonkan dengan baik oleh Aleza. Terutama ketika dia dirasuk dan ingin mencederakan anaknnya sendiri, Khaleeda. Faizah yang juga menantu kepada Ogy menyalahkan mertuanya ke atas apa yang berlaku.

Review Filem Pusaka bagi Faizal Hussein membawa watak ASP Mansor, pegawai tempatan berloghat utara menyerikan lagi Filem ini dengan watak yang kelihatan kurang senang dengan kehadiran Inspektor Nuar. Dia seolah tidak menyukai tindakan dan cara kendalian kes oleh Inspektor Nuar.

Berbaza dengan Sarjan Luqman yang dilakonkan oleh Hafidz Rosli sentiasa membantu Inspektor Nuar untuk membongkar kematian kembar Balqis. Luqman banyak menasihati dan mengingatkan Nuar agar sentiasa mengingati Allah dan bukti-bukti yang mereka temui adalah menjurus kepada perbuatan syirik manusia.
Review Keseluruhan
Review Filem Pusaka secara keseluruhannya amat memuaskan. Genre seram yang memang menyeramkan. Seram sebab cerita yang diketengahkan adalah berkisar kepada kepercayaan masyarakat kepada perkara syirik dah tahyul yang benar-benar terjadi.
Review Filem Pusaka adegan suspen yang pada mulanya agak berderet namun kemudiannya menjadi semakin dramatik. Apa yang penting banyak pengajaran dan iktibar yang boleh di ambil daripada Filem Pusaka ini.
Dan sebenarnya….
PUSAKA itu adalah PUAKA dan SAKA
Jeng…Jeng…Jengggg
Boleh juga baca Review Filem Pusaka di Blog LunaStory.Com
Jangan lupa tonton FILEM PUSAKA dehhh
Juga boleh baca antara review filem seram lain iaitu – Review Filem Anak Perjanjian Syaitan
More Stories
Review Filem Wira Antara Filem Aksi Malaysia Terhebat
REVIEW FILEM ANAK PERJANJIAN SYAITAN
Review Filem Geran – Pusaka Kita Maruah Kita