November 25, 2020

Nik Nock

Blogger Malaysia

Review Filem Wira Antara Filem Aksi Malaysia Terhebat

Disebabkan Nik Nock minat sangat dengan filem aksi, Wira sememangnya berada di dalam senarai filem untuk ditonton, maka tercapaikan hasrat untuk menonton dan Review Filem Wira. Sesungguhnya Nik memang teruja untuk menonton filem ini.

Poster Filem Wira
Filem Wira Daripada Penerbit Filem Paskal

Sinopsis Review Filem Wira

Filem Wira mengisahkan Hassan yang telah membawa diri meninggalkan keluarganya untuk menyertai tentera kerana tidak sanggup melihat keluarga dan orang di sekelilingnya dikawal oleh Raja. 

Raja adalah seorang yang berpengaruh dan mendirikan sebuah kilang di atas tanah setinggan dan mendirikan rumah flat dan memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk yang terlibat di kilang barunya.

Hassan kemudiannya kembali ke rumah untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi keluarganya dengan Raja terutama adiknya Zain yang telah membuatkan Raja marah terhadapnya.

Raja juga memiliki sebuah tempat untuk pertarungan MMA dan sering menganjurkan pertandingan bersama dua orang anaknya iaitu Vee dan Rayyan.

Hassan sebelum hijrah dan menjadi askar adalah seorang yang sangat dikenali di tempatnya yang hebat bertarung. Sekembalinya dia ke rumah dia terus ke tempat Raja untuk memohon maaf bagi pihak adinya namun permoonan maaf tersebut hanya diterima setelah adiknya sendiri datang untuk memohon maaf.

Zain adalah seorang adik perempuan yang juga hebat bertarung di gelanggang. Zain dan ayah Hassan mempunyai satu misi untuk menamatkan penindasan Raja dan tidak mahu berpindah mengikut Hassan.

Hassan dan Zain akhirnya terpaksa bertarung di gelanggang apabila di cabar oleh anak-anak Raja dan demi menamatkan persengketaan dengan Raja. Walau pun menang dalam pertarungan tersebut Hassan dan Zain telah diserang oleh anak-anak Raja kerana tidak dapat menerima kekalahan mereka.

Namun Vee dan Rayyan akhirnya kecundang dan menyebabkan Rayyan terbunuh sehingga menyebabkan Raja membunuh ayah Hassan kerana tidak berpuas hati.

Kenapa Kena Tonton Review Filem Wira

Secara keseluruhannya Nik Nock berasa sangat BEST *sengoti (ore kelate kata, ore KL kata Best Sangat) kerana dapat menonton dan Review Filem Wira. Sudah semestinya kerana aksi pertarungannya. Bila tengok aksi pertarungan di dalam Filem Wira ia membuatkan Nik Nock percaya yang mereka sedang bertarung!!

Aksi Pertarungan Yang Semacam Real. Tak nampak berlakon pun.

Sepanjang waktu menonton ianya penuh aksi dan emosi. Tak sempat la nak terlelap atau tidur. Terutama babak bertarung yang guna parang, pisau dan pedang. Seriauu tau (hahaha).

Review Filem Wira
Antara Aksi Lawan Dalam FIlem Wira

Menonton Filem Wira bukan sekadar best sebab aksinya, namun drama kekeluargaan yang diketangahkan mengandungi pelbagai pengajaran buat kita.

Adik Beradik Yang Bersatu Tenaga

Ikatan kekeluargaan yang takkan putus serta tanggungjawab untuk membantu antara satu sama lain.

Walaupun mempunyai pandangan dan halatuju berbeza namun ikatan kekeluargaan tetap diutamakan walau di sudut persepsi yang berbeza. Keluarga Hassan yang biasa mahupun keluarga Raja yang berkuasa. Mereka tetap mempnyai nilai kasih sayang terhadap keluarga masing-masing.

Tanggungjawab Kepada Komuniti untuk Tidak terus hanyut dengan masalah moral

Filem Wira ini memaparkan kisah kehidupan komuniti yang tinggal di flat. Pada asalnya Nik Nock berpendapat ada aksi yang agak tidak masuk akal seperti ada sekumpulan budak flat yang bakar kereta dan menghisap dadah secara terbuka di tangga.

Budak FLAT……BANGUN!!!!

Namun bila berfikir sekali lagi, keadaan sebegitu tidak mustahil untuk berlaku sekiranya kita terus membiarkan masalah yang ada buat masa kini tidak dibendung.

Tidak semestinya semua filem kena tunjuk keadaan sebenar sahaja. Apa yang MUNGKIN akan berlaku pun patut di ketengahkan supaya kita semua tidak leka.

Kita PEREMPUAN juga boleh jadi seorang FIGHTER

Nik sangat kagum dengan watak Zain dalam Review Filem Wira ini. Walau nampak wataknya bukan watak ‘gadis melayu terakhir’, dia seorang yang sedikit keras kepala dan ganas bertarung namun sifat hormat dan sayang kepada keluarga tetap menjadi yang utama.

Review Filem Wira
Filem Wira Menengahkan Pertarungan Wanita

Bukan kita wanita kena jadi fighter sebab kena bertarung aksi seperti Zain tidakkk…Nik Nock pun tidak mampu. Namun kita boleh jadi fighter untuk memperjuangkan pandangan serta mempertahankan keluarga kita.

Kesimpulan Review Filem Wira

Nik Nock sangat rekomen untuk kawan-kawan menonton Filem Wira dehhh. Banyak pengajaran yang kita dapat peroleh daripada Filem ini di samping mata takkan berkelip melihat aksi pertarungan yang semacam REAL.

Cepat pergi tengok ya.

Boleh tengok jadual tayangan Filem Wira di SINI

Baca juga Review Filem Geran yang juga antara filem aksi dan kekeluargaan yang Best bagi tahun ini.