March 8, 2021

Nik Nock

Blogger Malaysia

Review Filem Geran – Pusaka Kita Maruah Kita

Review Filem Geran

Semasa mendapat jemputan untuk menonton dan Review Filem Geran ini, Nik Nock tidak meletakkan apa-apa jangkaan yang tinggi. Walau pun begitu ketika membaca sinopsisnya, Nik Nock agak teruja bila mendapati cerita ini adalah berunsurkan aksi persilatan.

Poster Filem Geran
Filem Geran Aksi Persilatan

Info Review Filem Geran

  • Tajuk Filem : GERAN
  • Pengarah : Areel Abu Bakar
  • Terbitan : Layar Pictures Sdn Bhd
  • Barisan Pelakon
    • Namron – Pak Nayan
    • Khoharullah – Ali
    • Feiyna Tajuddin – Fatimah
    • Fad Anuar – Mat Arip
    • Azlan Komeng – Kahar
    • Aeril Zafrel – Lah
    • Megat Shahrizal – Man Bangla
  • Lain-lain Pelakon
    • Fatimah Abu Bakar, Taiyuddin Bakar, Niezam Zaidi, Adam Shahz, Kasturi Majid, Sham Majid, Yusran Hashim, Abinoorizuadin, dan lain-lain
    • Haji Daud – Penampilan istmewa seorang pelakon terkenal

Sinopsis Review Filem Geran

Filem Geran merupakan sebuah filem aksi persilatan Arahan Areel Abu Bakar. Ianya mengisahkan kemelut dalam sebuah keluarga petani di sebuah kampung yang berjuang untuk mempertahankan hak keluarga mereka.

Latihan Silat Ali bersama Guru
Filem Geran Mengangkat Seni Silat Melayu

Pak Nayan (Namron) bapa kepada tiga orang anak telah diasak dan diugut oleh lintah darat yang berpengaruh supaya menggadaikan tanah mereka apabila anak bongsu kesayangannya Mat Arip (Fad Anuar) mencagar geran tanah rumah pusaka mereka kerana berjudi dan gagal membayar balik pinjaman tersebut.

Namun keluarga Mat Nayan yang ditunjangi oleh anak sulungnya Ali (Khoharullah) tidak menyerah kalah malah bangkit melawan demi hak dan maruah keluarga mereka.

Pak Nayan dan Haji Daud asalnya adalah sahabat baik dah rakan seguru dalam dalam ilmu persilatan. Namun oleh kerana sifat iri hati dan tamak hubungan mereka retak sehingga menginjak usia tua.

Review Filem Geran

Setelah tayangan Filem Geran tamat, Nik Nock berasa amat puas hati secara keseluruhannya. Sebetulnya perasaan BANGGA sebenarnya hadir dalam diri. Terasa seperti melihat sebuah filem aksi kungfu lakonan pelakon Hong Kong kegemaran Nik nock iaitu Donnie Yen (hahaha).

Seperti sudah lama tak menyaksikan filem yang sebegini. Penuh dengan aksi pergelutan, drama keluarga yang menginsafkan serta kasih sayang sebuah keluarga.

https://youtu.be/L6UeUhz3rPc
Official Trailer Filem Geran

Jalan Cerita Menarik

Review Filem Geran – Jalan Cerita

Jalan cerita filem ini sangat mudah untuk difahami. Tiada sebarang kekeliruan kerana Filem Geran diolah dengan begitu baik sekali. Jalan cerita yang lancar dan tidak tersekat-sekat membuatkan Nik Nock senang faham.

Kehidupan dan suasana kampung menjadikan Filem ini dekat di hati masyarakat Malaysia. Sebuah keluarga yang mengamalkan ilmu persilatan melayu sangat mementingkan hubungan kekeluargaan walaupun mereka diasak dengan penjahat.

Pak Nayan sekeluarga makan semeja
Filem Geran Memaparkan Ikatan Kekeluargaan Yang Kuat

Review Filem Geran ini walau padat dengan aksi silat namun, jalan ceritanya agak ringan dan mudah untuk difahami. Akan timbul sedikit pertanyaan sahaja di penghujung cerita tentang siapakah sebenarnya watak Haji Daud (JengJengJeng).

Watak Lakonan

Pak Nayan

Namron sebagai Pak Nayan
Namron Sebagai Pak Nayan

Review Filem Geran – Watak Pak Nayan

Pak Nayan merupakan seorang yang sangat tenang dan sayangkan anak-anak terutama anak bongsunya Mat Arip. Terserlah sifat kebapaanya yang hidup di kampung membesar 3 orang anaknya tanpa isteri. Ilmu persilatan diturunkan kepada anak-anaknya untuk mempertahankan silat keturunan bangsa.

Setiap tutur kata dan gerak geri Pak Nayan menunjukkan dia seorang yang sabar dan ayah yang penyayang dan bertanggungjawab.

Review Filem Geran - Pak Nayan tenang di kerusi malas
Pak Nayan Seorang Yang Tenang dan Penyabar

Ali dan Fatimah

Review File Geran – Watak Ali dan Fatimah

Tiga orang anak Pak Nayan yang mengikuti jejak ayah mereka yang mendalami ilmu persilatan. Ali merupakan anak sulong sentiasa mempertahankan ayah dan adik-adiknya daripada diganggu konco-konco Haji Daud.

Ali dan Fatimah makan bersama Ayah dan Mat Arip
Ali dan Fatimah Abang dan Kakak Yang Menurut Kata Ayah

Pada ketika adik bongsunya Mat Arip di tahan penjahat, Ali berhempas pulas bertarung dengan konco-konco Haji Daud sehingga menemukan Mat Arip. Pada ketika inilah penonton pasti tidak dapat mengerdipkan mata kerana aksi pertarungan yang sengit dan non-stop.

Nik Nock amat berterima kasih kepada Pengarah kerana mewujudkan watak Fatimah yang dilakonkan oleh Feiya Tajudin. Fatimah seorang serikandi yang tangkas melawan musuh demi mempertahankan maruah keluarga. Jangan lupa #FatimahCengey lepas tonton Filem Geran deh :-).

Fatimah Serikandi Silat Melayu
Fatimah Seorang Wanita Yang Tangkas Melawan Sekiranya Diganggu

Watak Fatimah juga boleh menjadikan penonton wanita terinspirasi untuk menjadi wanita yang kuat dan tegas serta tidak tunduk kepada ancaman. Yeahh :-).

Mat Arip & Mi Piang

Fad Anuar Sebagai Mat Arip
Fad Anuar – Mat Arip

Review Filem Geran – Watak Mat Arip & Mi Piang

Syabas kepada Fad Anuar yang melakonkan watak Mat Arip dengan berkesan. Seorang anak manja yang suka berjudi dalam pertarungan aksi lawan dan berlumba kereta. Walau pun salah kerana mencagar geran tanah ayahnya namun dia berhempas pulas untuk mendapatkan kembali geran tersebut.

Dia bersama sahabat baiknya Mi Piang akhirnya terpaksa balik ke pangkuan keluargnya untuk mendapatkan bantuan setelah beberapa kali kalah dan ditipu dalam perjudian dan lumba kereta.

Mat Arip dan Mi Piang Suka Berhibur
Mat Arip dan Mi Piang Kawan Susah Senang

Kahar, Lah dan Lain-lain

Review Filem Geran – Lain-lain Watak

Azlan Komeng @ Kahar seperti biasa tidak mengecewakan dengan watak orang kanan kepada Haji Daud. Dia juga mempunyai sejarah silam dengan Ali yang membuatnya lebih berdendam dan mahu mengalahkan Ali dalam setiap pertarungan.

Review Filem Geran - Kahar Orang Kanan Haji Daud
Kahar Orang Kanan Kepada Haji Daud

Aeril @ Lah hanya muncul di babak perlumbaan kereta dengan Mat Arip. Seperti seorang pemuda kota yang kalah dalam perlumbaan dan mengharapkan pertolongan Man Bangla untuk menewaskan Mat Arip.

Review Filem Geran - Lah dan Kawan-Kawan Buli Mat Piang
Aeril Sebagai Lah Menjadi Lawan Mat Arip Lumba Kereta

Lain-lain pelakon adalah sangat membantu menghidupkan lagi Filem Geran ini walaupun majoriti adalah barisan pelakon baru.

Ahli Silat Sebenar

Review Filem Geran – Ahli Silat Sebenar

Barisan pelakon dalam Filem Geran ini adalah 90% daripada merupakan ahli silat dan sekurang kurangnya mempunyai asas dalam seni bela diri persilatan. Jadi menontonya adalah realiti seni persilatan dan tidak dibuat-buat.

Menurut Pengarahnya Areel, pemilihan pelakon di buat semasa sesi uji bakat di gelanggang silat serta di pertandingan silat di sekitar utara tanah air. Khoharullah @ Ali sendiri adalah Juara Silat terbuka Dunia sebanyak 2 kali ya.

Sekiranya kawan-kawan adalah seorang ahli silat, tak semestinya Silat Gayong atau PERNAH belajar silat masa belajar dahulu seperti Nik Nock semestinya Filem Geran mengembalikan nostalgia kita yang dulu (hahaha).

Secara tak langsung juga, sebagai ahli persilatan, ianya mampu menarik kita untuk pergi menonton Filem Geran ini.

Realiti Hidup Sebenar

Review Filem Geran – Realiti Hidup Sebenar

Nik Nock Review Filem Geran ini sebagai sebuah karya yang memaparkan realiti bukan lakonan semata-mata. Kisah hidup keluarga petani di bahagian Utara Malaysia, mengutarakan loghat utara di sepanjang perjalan filem.

Tidak nampak seperti di buat-buat, ianya sebuah percakapan yang lancar seperti warga utara yang sebenar dan asli.

Ada juga watak seperti Lah (Aeril Zafrel) yang tidak berbahasa utara dan Nik Nock rasa itu adalah tepat kerana tidak dinyatakan asal Lah yang mungkin bukan bukan berasal dari utara.

Bagi yang kurang memahami loghat kedah, anda jangan risau kerana Nik Nock sendiri berloghat Kelantan masih dapat memahami dialognya dan sekali sekali merujuk kepada sarikata dalam Bahasa Melayu disediakan jika ada dialog atau perkataan yang kurang difahami.

Realitinya juga termasuk para pelakon utamanya yang tidak mempertaruhkan paras rupa semata-mata. Kita tidak akan dihidangkan dengan seorang HERO yang kacak bergaya, HEROIN yang cantik dan bermake-up tebal seperti kebanyakan filem.

Kareografi dan Cinematografi

Review Filem Geran – Kareografi & Cinematografi

Setiap aksi dalam Filem Geran ini amat boleh dibanggakan kerana langkah dan gerak geri persilatan nampak real dan tidak di buat-buat. Babak yang paling Nik Nock tak lekang mata menonton adalah di saat konco Haji Daud menyerang secara serentak anak-anak Pak Nayan di lokasi yang berlainan.

Mat Arip dan Fatimah terpaksa bertarung tanpa henti kerana melawan penjahat yang rama. Manakala Ali bertarung dengan Kahar musuh lamanya di kawasan bendang.

Salah satu aksinya Mat Arip terpaksa melawan di dalam sebuah bas tanpa henti kerana diserang bertubi-tubi oleh penjahat yang sangat ramai.

Review Filem Geran - Pelakon Bergambar Di dalam Bas
Babak Serangan Dalam Bas Mesti Tonton

Pertarungan antara Fatimah dengan konco-konco Kahar juga aksi tanpa henti. Fatimah di serang bertalu-talu semasa dia membeli di pasar sehingga ke jeti. Antara babak menarik adalah pertarungan Fatimah dengan menggunakan mop sangatlah menarik.

Review Filem Geran - Fatimah Berlawan Guna Mop
Fatimah Berlawan Guna Mop Di dalam Pasar

Tidak lupa juga babak di mana Ali mencari Mat Arip yang di tahan musuhnya. Banyak babak pertarungan antara Ali dan penjahat sehingga Mat Arip ditemui di sebuah gudang beras milik Haji Daud.

Ali terpaksa melawan penjahat dari konco bawahan sehingga orang kanan Haji Daud iaitu Kahar. Babak pertarungan memang BEST! Rugi kalau tak menontonya….Penat betul menjerit di dalam panggung (Fuhhh)

Adegan lumba kereta juga boleh dipuji terutamanya bila mereka berlumba dengan kereta klasik merentas jambatan. Bila Mat Arip di tipu kerana terpaksa berlumba dengan kereta lumba yang baru, mereka berlumba di dalam kawasan pekan. Juga terdapat adegan drift sepanjang perlumbaan yang menarik.

Review Filem Geran - Jambatan di Laut
Antara Lokasi Lumba Kereta Yang Cantik

Penggambaran Filem Geran ini di buat di Kedah. Walaupun hanya di kampung dan bandar kecil, cinematografi filem ini boleh dibanggakan. Sangat kena dengan genre aksi silat yang dipertontonkan.

Review Filem Geran Keseluruhan

Review Filem Geran sememangnya telah mengangkat seni tempur Silat Melayu. Tiada apa yang dapat digambarkan melainkan perasaan PUAS dan BANGGA kerana Filem Geran dihasilkan sebegini rupa.

Aksi yg realistik,

Jalan cerita yang mudah difahami,

Suasana kampung yang sebenarnya,

Loghat utara yang asli,

Aksi pertarungan yang mendebarkan,

Sayangi Keluarga,

Semangat Setiakawan,

Rasa menghargai harta pusaka kita, dan

Rasa bangga dengan Seni Silat Melayu

Review Filem Geran, Nik Nock

TAHNIAH kepada Pengarah, Penerbit, Pelakon dan semua yang terlibat di dalam produksi Filem GERAN.

Filem Geran RANCAK dengan Aksi dan PENUH dengan Pengisian KEKELUARGAAN

Nik Nock

Dari awal hingga ke akhir cerita, Nik Nock tidak bosan dengan jalan dan plot cerita. Seni silat Melayu akhirnya ke Layar Perak. Ayuh kawan-kawan kita pakat tonton dan sokong Filem Geran.

Review Filem Geran ini adalah pendangan dan pendapat peribadi Nik Nock sahaja.

Boleh juga baca dan tengok video Review Filem Geran di blog lunastory.com

Selamat Menonton 🙂