Salah satu kekurangan sambal adalah kebiasaanya sambal tidak tahan lama dan cepat rosak. Sama ada sambal dimasak sendiri atau pun sambal yang dibeli seperti sambal Seri Nenda, ianya mesti di masak dengan mengikut petua sambal tahan lama supaya sambal tidak mudah rosak dan dapat disimpan dengan lebih lama supaya tidak membazir.

7 Tips dan Petua Sambal Tahan Lama
Sambal yang dimasak sendiri walaupun telah mengikut resepi namun kadang kala ianya tetap tidak menjadi dan tidak tahan lama dan cepat rosak. Nik Nock kongsikan tips dan petua untuk kekalkan ketahanan sambal supaya ianya kekal lama.
(1) Peralatan Memasak Bersih
Sebelum memasak, kita kena pastikan peralatan yang digunakan seperti, kuali, blender, lesung, pisau dan lain-lain dalam keadaan bersih supaya tidak menjadi tempat kuman membiak dan akan menyebabkan sambal dimasak tidak tahan lama.
(2) Kisar Dengan Minyak Petua Sambal Tahan Lama
Bahan-bahan kisar perlu menggunakan sedikit minyak masak bukannya air. Boleh juga ditumbuk sehingga lumat untuk elakkan penggunaan air.
(3) Tumis Pecah Minyak
Bahan kisar atau tumbuk perlu di tumis sehingga pecah minyak. Tumisan yang basah dan tidak cukup kering akan membuatkan sambal tidak tahan lama, mudah berkulat dan berubah rasa serta aroma.
(4) Bahan-bahan Berkualiti Petua Sambal Tahan Lama
Gunakan bahan-bahan yang berkualiti sepert cili, bawang dan ikan bilis. Bahan-bahan yang kurang elok dan rosak akan menyebabkan sambal mudah rosak juga
(5) Tunggu Sejuk
Setelah sambal dipastikan benar-benar masak, baru matikan api dapur dan dibiarkan sejuk dahulu. Barulah di simpan di dalam bekas.
(6) Bekas Kedap Udara
Gunalah bekas yang bersih, kering dan kedap udara untuk menyimpan sambal di dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
(7) Guna Sudu Bersih
Bagi sambal yang telah disimpan di dalam bekas, mesti guna sudu yang bersih untuk mengambil atau menyeduk sambal. Jangan guna sudu basah atau yang telah digunakan kerana bakteria dari udara dan bahan makanan lain boleh menyebabkan sambal mudah rosak.

Senang kan petuanya. Mesti ikut petua ini untuk menjaga kualiti dan ketahanan sambal.
Boleh dapatkan sambal Seri Nenda yang memang tahan lama sehingg 3 Bulan. Tapi biasanya kalau kat rumah, sambal Seri Nenda ni takkan sampai 3 bulan sebab cepat habis kerana sedap!
Jenis-jenis Sambal Seri Nenda
Sambal Seri Nendani lima (5) jenis sambal yang semuanya sedap-sedap belaka
(1) Sambal Bilis Cili Kampung

(2) Sambal Tumis Bilis

(3) Sambal Daging Carik2

(4) Sambal Paru

(5) Sapi Berlada 3 Malam

Boleh dapatkan Sambal Seri Nenda ini menerusi Facebook dan Instagram Seri Nenda. Mereka juga buka peluang bagi sesiapa yang berminat untuk menambahkan pendapatan dengan menjadi agen sambal Seri Nenda.
Antara Testimoni Sambal Seri Nenda


Nik Nock kongsikan juga dengan kawan-kawan media sosial dan nombor untuk dihubungi bagi maklumat lanjut berhubung dengan produk sambal Seri Nenda.
| FACEBOOK SERI NENDA |
| INSTAGRAM SERI NENDA |
| NO TELEFON 012 346 0838 (FAUZIAH NOH) |
| ALAMAT DAPUR SERI NENDA NO 27-1A, LOT 237, KAMPUNG SUNGAI JAI, JALAN SUNGAI JAI, BERANANG 43700 SELANGOR |
Terima kasih kepada Usahawan SERI NENDA yang berkongsi rasa sambal resepi asli yang sedap dan memudahkan semua. Semoga usaha SERI NENDA terus melakar kejayaan. Aameen.
Artikel lain yang boleh di baca berhubung batik lukis SERI NENDA boleh KLIK pada link yang berikut;
Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS
More Stories
Makanan Bebas Gluten Malaysia | Eatslim Lifestyle
Serunding Daging Tahan Lama | HajiWan Serunding
Senarai Kelengkapan Umrah | Lelaki dan Perempuan